Rabu, Februari 22, 2012

SAYA REDA DAN RELA ... - AYAH FARIS

"Pagi tadi selepas subuh, suhu badan Faris turun secara mendadak sampai 26 darjah Celcius. Kecoh masa itu sehingga Faris terpaksa menggunakan warmer," ujar ayah Faris, Shamrulismawi Ismail.

Berikut gambar dihantar oleh Sham kepada saya petang tadi.


Selepas menjalani rawatan kimoterpi semalam, Faris dilaporkan tidak berdaya membuka mata sepenuhnya.

"Cuma pagi tadi, ada sekejap dia cuba membuka mata tetapi tidak berjaya, mungkin kerana tubuh kecilnya terlalu kepenatan," tambah Sham.

Saya percaya kisah Faris telah dihebahkan di dalam ribuan blog dan emel di Malaysia. Anak kecil sebelum ini ceria, bebas bergerak seperti anak kecil lain, kini terlantar kesakitan akibat HLH atau barah darah.

Berikut gambar Faris ketika sihat.


Ini pula gambar anak kecil berusia 6 tahun itu ketika saya menziarahinya 2 hari lalu.


"Sham, awak reda dengan kejadian ini?"

Berat untuk saya mengajukan soal itu tetapi saya ingin mengetahui perasaan ayah berusia 38 tahun terbabit. Dia sahabat saya, insan begitu berkhemah setiap kali berjumpa.


"Jika Allah lebih sayangkan Faris, saya reda dan rela berbanding melihat keadaan dia sekarang, menderita kesakitan. Doktor melaporkan, paru paru Faris sudah tidak mampu mengembang dan mengempis secara sempurna manakala seperti Mazidul tengok dua hari lalu, hanya 48% daripada udara dari mesin oksigen masuk ke dalam tubuhnya," jelas Sham.

Saya terdiam.


"Hari pertama Faris dimasukkan ke hospital, ibunya macam hendak pitam. Pada mulanya saya ingatkan kerana dia terlalu kepenatan. Setelah diperiksa oleh doktor, isteri saya disahkan mengandung dua bulan," tambah Sham.

"Syukur," balas saya ringkas.


Untuk rekod, Faris telah berada Sime Darby Medical Center selama 22 hari dan bil hospital dilaporkan hampir mencecah RM100,000.

Sebelum ini terdapat sebilangan komen berbentuk lancang, menggesa Faris dipindahkan ke hospital kerajaan bertujuan untuk mengurangkan kos rawatan.

"Memang kalau boleh saya hendak memindahkan Faris ke hospital kerajaan, saya tidak menafikan kepakaran doktor di sana (hospital kerajaan). Tetapi dalam keadaan sekarang, doktor sendiri tidak berani mengambil risiko. Pagi tadi, udara memasuki tubuh Faris hanya kira-kira 28% sahaja dan anak saya masih bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk pernfasan," terang anak kelahiran Pulau Pinang itu.

Kagum saya mendengar suara tenang Sham sedangkan anak bongsunya sedang bertarung nyawa.


Perhatikan titisan airmata jernih mengalir di pipi Faris.

Kita hanya berupaya menatap gambar di atas berulang kali tetapi hanya dia merasai derita ditempuh. Terlintas di fikiran saya, betapa kentalnya semangat anak kecil itu, berjuang untuk terus hidup. Barangkali dia juga menyedari, kasih sayang ayah dan ibu tidak pernah luntur sewaktu dia mendepani cabaran besar untuk kembali sihat.

... jika Allah mengizinkan.


Hanya semangat dan ketabahan dimiliki kakitangan Standard Chartered itu dan isterinya, Zuraine Mohamad, menjadi pasak utama kehidupan keluarga. Sesungguhnya bukan mudah berhadapan dengan kenyataan. Anak kesayangan mereka, dahulunya ceria sejak dilahirkan, kini kaku terbaring tanpa menunjukkan sebarang respon.

"Saya dan ibu Faris telah melakukan usaha terbaik untuk dia. Kini kami hanya mampu bertawakkal, berdoa hanya yang terbaik untuk dia," kongsi Sham lagi.

Kepada mereka telah menyumbang wang tunai untuk meringankan tanggungan keluarga Faris, terima kasih diucapkan.

"Alhamdulillah, kami menerima kunjungan ramai rakan Facebook dan pembaca blog Bersama Mazidul. Ini pun ada bersama saya," ujar Sham.

"Sampaikan salam saya kepada mereka," balas saya spontan.

Saya akur, pembaca blog saya bukan kepalang hebat mereka.

Salurkan bantuan ke akaun Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.

Saya difahamkan kekadang akaun terbabit disekat oleh Maybank dan kemudian akan dibuka semula. Jika transaksi pertama tidak berjaya, cuba lagi.

DOAKAN KESEJAHTERAAN FARIS ...

25 ulasan:

  1. semoga ibu dah ayah adik Faris terus tabah,dan doa akak supaya adik Faris sihat semula...aminn

    BalasPadam
  2. sama-sama doakan yang terbaik...... sekarang masa dorang, esok lusa mungkin kita...

    BalasPadam
  3. Insyaallah jika Allah lebih sayangkan Faris, harap ibu ayah Faris turut bergembira kerana dia akan menanti kalian di pintu syurga! Mudah2an Allah tentukan yang terbaik buat Faris... amiin. Kuatkan semangat En. Sham dan Isteri!

    BalasPadam
  4. semoga ibu dan ayah adk faris tabah dgn dugaan ni..semoga adk faris kembali sihat dgn izin Allah..

    BalasPadam
  5. saya tak sanggup nak tengok keadaannya.melihat titisan airmatanya,melihat kesayuan wajahnya tapi saya tetap nak tahu perkembangannya.....adakah ini sekadar dugaan atau ada hikmah disebaliknya.....Allah terlalu menyayangimu sayang....

    BalasPadam
  6. Setelah terbaca di wall FB saya ttg adik Faris, saya begitu sedih memandangkan usia adik Faris sebaya anak saya. Semoga keluarga adik Faris tabah dan mendoakan yang terbaik untuknya. Allah menduga kepada insan yang Allah sayang. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Jangan sesekali menyesali ketentuan ini. Sama-samalah kita berdoa semoga adik Faris kembali sihat seperti dahulu.

    BalasPadam
  7. Ya Allah.. Engkau berikan kekuatan kepada keluarga ini. Semoga adik faris sihat kembali.

    BalasPadam
  8. Ya Allah. Berikan kekuatan kepada keluarga ini. Kuatkan iman kepada mereka menghadapi hari yang mendatang. Permudahkan urusan mereka. Permudahkan permintaan mereka. Permudahkan hasrat mereka yang ingin melihat hambamu sihat. Insyallah.

    BalasPadam
  9. Ya Allah.. kuatkan la semangat ibu & ayah adik faris utk menghadapi ujianmu ini...
    Ibu & Ayah adik Faris... Bykkan berdoa.. InsyaAllah.. semuanya akan dipermudahkan Allah swt...saya & suami juga penah mengalami pengalaman yg sama seperti kamu pada Dec 2011 yang lepas.. Pelbagai komen lancang juga saya terima dari rakan yg mempertikaikan kenapa tidak menghantar arwah ank kami ke hospital kerajaan....biarkan lah mereka bercerita.... kamu berdua harus kuatkan semangat...

    BalasPadam
  10. Tak terucap dengan kata2, hanya airmata yanng mengiringi.Sangat sedih, dan tak mahu lihat gambar2 yang menyayat hati tapi keinginan untuk mengetahui perkembangan terkini insan kecil ini membuatkan saya membuka blog Saudara Mazidul dan FB En. Sham berulangkali setiap hari...

    Hanya Allah yang tahu hikmah di sebalik semua ni...

    BalasPadam
  11. smti...insyaAllah..jika Allah menghendaki...adik faris akan kembali sihat..tetapi jika ALLAH mengambil nyawa adik Faris,semoga tabah dan redha...insyaAllah...saya doakan yg terbaik utk adik faris...

    BalasPadam
  12. Mungkinkah aku di lahirkan sebagai insan sensitif, perasa, mudah terusik emosi, terlalu murah air mata...itulah diriku, terbaca kisah anak ini aku sebak dan segala rasa kurasai....bersabarlah wahai keluarga anak ini,kedua ibubapa tabahkan hati menempuh dugaan ini, walau berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..InsyahAllah semoga anak ini cepat sembuh Amin.

    BalasPadam
  13. udah2an dipermudahkan segala urusan...doa dan harapan dia dapat sembuh..Insyaallah...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....bersabarlah wahai ayan dan bonda.....

    BalasPadam
  14. STM. moga Allah bersama mu dik... kuatkan semangat dan byk kan bersabar..

    BalasPadam
  15. salam,saya cuba 3 kali, x berjaya2 nk bank-in.cuba lagi ptg nnt.insyallah,

    BalasPadam
  16. alfatihah wat adik faris.. menitis air mata sya.. dah lama ikut adik faris.. dah rasa mcm ilang anak sendiri.. apa pun tenanglah faris disana... nantikan ibu ayahmu di pintu syurga ya sayang... =(

    BalasPadam
  17. sedih sy tengok... menitis air mata.. terasa hati seorang ibu.. kalu anak jadi begini.. hati ibu dan bapa mana yg tak risau... sy tak dapat gambarkan.... tak terkata...

    BalasPadam
  18. Allah lebih sayangkan faris. Syukur, dia tidak lagi perlu menanggung deritA yg sgt azab utk budak sekecil dia. Jgnla bersedih buat semua yg menyayanginya, kerana pastinya, dia telah diberi yg terbaik selama hayatnya. Semoga sokongan semua, mampu meredakan sedih dihati ayah ibu faris. Sungguh berat mata memandang berat lg bahu memikul. Cuma sebagai ibu, saya hanya mampu berkata, dari melihat anak derita, saya redha dia dijemput ke syurga. Insyallah mudah2an.

    BalasPadam
  19. Ya ALLAH, hebatnya ujian dr ALLAH utk mak n ayah faris termasuk faris juga. Sy trsgt2 bersimpati dan memahami prsn mrk ketika ini krn anak sy yg yg sulung (3 thn) juga prnh br2 ini dimasukkan ke hospital selama 22 ari dan dimasukkan ke ICU selama 15 ari krn mslh paru2 n jntg. Harapan yg pihak Doktor bg mmg xbyk tp Alhamdulillah, anak sy kini kembali sembuh n ceria spt sediakala.
    Sesungguhnya ALLAH maha kaya, wpun mcm2 ujian ALLAH bg termasuk sy sndri kehilangan kerja krn terpaksa menjaga anak. Sy doakn smga adik faris ditmptkn disisi maha PENCIPTA dan ALLAH bg kekuatan kpd mak n ayah faris.

    BalasPadam
  20. Ya ALLAH, hebatnya ujian dr ALLAH utk mak n ayah faris termasuk faris juga. Sy trsgt2 bersimpati dan memahami prsn mrk ketika ini krn anak sy yg yg sulung (3 thn) juga prnh br2 ini dimasukkan ke hospital selama 22 ari dan dimasukkan ke ICU selama 15 ari krn mslh paru2 n jntg. Harapan yg pihak Doktor bg mmg xbyk tp Alhamdulillah, anak sy kini kembali sembuh n ceria spt sediakala.
    Sesungguhnya ALLAH maha kaya, wpun mcm2 ujian ALLAH bg termasuk sy sndri kehilangan kerja krn terpaksa menjaga anak. Sy doakn smga adik faris ditmptkn disisi maha PENCIPTA dan ALLAH bg kekuatan kpd mak n ayah faris.

    BalasPadam
  21. ya Allah semoga ank kecil ni kuat dandi berikan kesejahteraan..n smoga mak n ayahnya tabah..

    BalasPadam
  22. I/Allah...sy akn btkn solat hjat b'trusn hgga adik Faris smbuh & kmbali sihat...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.