Selasa, Februari 21, 2012

FARIS SELEPAS KIMOTERAPI KE 4 (BIL HOSPITAL HAMPIR MENCECAH RM100,000)

Petang tadi saya menghubungi ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, Shamrulismawi Ismail melalui panggilan telefon bimbit.

Berikut gambar pertama dihantar kepada saya.

"Ini gambar dirakamkan petang semalam. Masa saya bercakap dengan dia, Faris mampu membuka mata dan menganggukkan kepala," ujar Sham.


Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....

Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'


"Gambar kedua, saya rekodkan selepas Faris menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari dan 2 petang tadi. Dia diberikan ubat tidur untuk berehat," tambah ayah pesakit.

Untuk rekod, itu rawatan kimoterapi ke 4 dilalui oleh Faris.


Sewaktu mula mengetahui kisah derita ditempuh oleh anak kecil itu, bil hospital terpaksa dijelaskan oleh Sham dan isteri, RM75,000.

Setelah 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit kini menanggung bil berjumlah RM96, 957.68.

Berikut salinan bil dikeluarkan oleh pusat perubatan terbabit.


Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.

Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.

Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.

Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom.

Jika ingin menyumbang untuk meringankan tanggunggan ibu dan ayah Faris, salurkan ke Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.

Mewakili  keluarga Faris, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua bermurah hati menyumbang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.

TERUS HEBAHKAN BERITA INI

38 ulasan:

  1. ya Allah...sebak bila baca interaksi bapa dengan faris....

    BalasPadam
  2. Semoga Adik Faris kuat.

    Kedua ibu & bapa adik Faris diharapkan redha & bersabar dgn ujian ini. Teruskan berdoa, InsyaAllah.

    BalasPadam
  3. Ya Allah, Kau sembuhkanlah anak kecil ini. Amin.

    BalasPadam
  4. gatal2 tagan td tbe2 terbace kisah adik Faris nie...sedih sgt..hope abah n wife tabah hadapi dugaan Allah yer..same2 la kite mndoakan kesejahteraan adik Faris..Amin..

    BalasPadam
  5. didoakan semoga adik Faris cepat sembuh

    BalasPadam
  6. aku juga seorang ayah..punyai anak yg hampir sebaya dgn faris..aku akan bantu apa yg termampu...ya Allah..limpahkan segala rahmatmu keatas anak ini...

    BalasPadam
  7. anak saya pun bernama faris... semoga adik faris cepat sembuh & kembali sihat boleh bermain seperti kanak2 biasa yg lain.. amin.. STM

    BalasPadam
  8. Semoga Adik Faris sembuh dan semoga ibubapanya tetap tabah. :( kami akan terus mendoakan yang terbaik, insyaallah.

    BalasPadam
  9. Faris perlu kuat,mak ayah Faris pun kena tabah hadapinya..senoga cepat sembuh

    BalasPadam
  10. saya minta izin nak copy n paste utk hebahkan kepada org semoga faris cepat sembuh.

    BalasPadam
  11. Semoga Adik Faris ini cepat sembuh.InsyaAllah. Amin.Tak sanggup nak melihat keadaannya sebegini rupa. Ya Allah, ringankanlah juga beban yang ditanggung mereka.Amin.

    BalasPadam
  12. Teringat macam nilah anak akak dulu
    kira2 16thn keluar masuk ICU ..

    Tapi kini usianya 17 thn.Alhamdulillah! Allah swt panjangkan umurnya tapi Allah swt ambil akalnya..

    Semoga adik Faris cepat sembuh dan jadi anak yg soleh..Amin.

    BalasPadam
  13. Ya Rabb, Ya Rabb, Ya Rabb..sembuhkan lah adik faris ini seperti sediakala, kasihanilah adik faris...insyaAllah, amin Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb

    BalasPadam
  14. STM..En Mazidul, mohon izin utk share di blog saya - walaupun ia tidaklah blog popular namun saya percaya "every cent counts"..Salam ta'zim dan moga Adik Faris cepat sembuh

    BalasPadam
  15. Ya! Allah! Dengan rahmat & kasih-Mu, kau sembuhkanlah penyakit anak ini. Kau kurniakanlah kesabaran & ketabahan utk kedua ibibapanya. Ya! Allah! Sesungguhnya kami hamba-Mu yg lemah. Hanya Kau tempat kami memohon, pemilik sekelian alam.

    STM

    BalasPadam
  16. Ya! Allah! Berkat Rahmat & kasih-Mu, Kau hilangkanlah derita anak ini. Kau kurniakanlah ketabahan & kesabaran kpd kedua ibubapanya.

    Ya! Allah! Sesungguhnya kami adalah hamba-Mu yg lemah. Hanya Kau tempat kami memohon; pemilik sekelian alam.

    STM

    BalasPadam
  17. Ya Allah..semoga faris terus kuat utk melawan kesakitan ni...

    BalasPadam
  18. Semoga cepat sembuh..bagi yang belum mengambil insuran takaful bolehlah menghubungi saya @ syahrul37@yahoo.com..

    BalasPadam
  19. Semoga cepat sembuh..bagi yang belum memiliki insuran takaful untuk perlindungan diri dan rawatan hospital dan juga simpanan masa depan boleh menghubungi saya @ syahrul37@yahoo.com..

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum Warahmatullah

    Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

    Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikulnya.

    Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Faris dan Keluarganya dan berdoa semoga cepat sembuh.

    Mungkin tuan punya blog boleh cuba usaha sampaikan kepada orang tua faris seperti yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w seperti sabdanya

    "Bersegeralah dengan sedekah kerana bala tidak akan langkah sedekah"

    "Ubatlah sakitmu dengan bersedekah"

    Saya sendiri telah lihat bagaimana anak buah saya satu ofis telah sembuh dari penyakit barah hati. Padahal sebelum itu semua orang yang melihatnya mengatakan bahawa memang tiada harapan. Semuanya kuasa Allah, tiba-tiba sahaja ada orang yang ingin mendermakan organ hati yang kematian waris. Dan ditakdirkan kini anak buah saya itu sihat dan ceria sehingga sekarang. Subhanallah.

    Bila ditanya apa rahsianya. Rupanya semasa beliau sakit, kedua orang tuanya telah mengeluarkan wang untuk disedekah kepada masjid-masjid dengan cara memberi makan kepada jemaah masjid. Berapa yang dibelanjakan? RM 10,000.

    Percayalah. Bersedekah itu lebih baik daripada Insuran dan takaful.

    Cubalah ikhtihar dengan cara ini. Niatkan sedekah itu untuk mendapat kesembuhan penyakit dengan meminta kepada Allah. Ubat baik macammana sekalipun kalau Allah tak izin,maka tak akan sembuh. Insuran besar mana sekalipun kalau Allah tak izin,maka tak akan sembuh.

    Cubalah, selepas itu tawakal. kalau boleh bersedekah dengan harta yang paling kita sayang, InsyaAllah, jika ditakdirkan umur Faris panjang, maka itu semuanya kuasa Allah. Kita hanya usaha dan ikhtihar sahaja.

    Kalau tak percaya, cubalah google pasal bab sedekah ini, mesti jumpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insuran atau takaful bukanlah bertujuan menghidupkan yang mati atau menyembuhkan yang sakit..itu semua dari Allah s.w.t..tujuan insuran atau takaful adalah untuk meringankan beban kewangan setelah berlaku apa2 musibah..wallahualam..

      Padam
  21. me mohon share entry ni kat blog me..tqvm

    BalasPadam
  22. Ya Allah, permudahkan urusan keluarga ini Ya Allah.
    Tabahkan hati En Sham dan isteri.
    STM

    BalasPadam
  23. salam en mazidul.. saya cuba transfer ke dua2 account maybank empunya....

    tapi tak berjaya...

    Status: Unsuccessful - Account is not authorised. Reject code: [0076]

    BalasPadam
  24. Salam Bro Mazidul.

    saya dah mencuba 4-5 kali transfer sumbangan melalui M2U. tapi gagal. asyik tulis "Unsuccessful transaction. the account not athourised". Kenapa ya?

    BalasPadam
  25. Saya rasa kena block dgn Maybank ni. Kena maklumkan dengan maybank perkara ni. mungkin mereka curious duit kerap masuk. penat dah saya cuba transfer..asyik tak blh

    BalasPadam
  26. Sy pun dah cuba secara online, cdm & kaunter. Mmg x blh sbb officer maybank kata dah terlalu byk transaction. So, owner kena update buku dulu. X leh guna 3rd party, ower kena pegi sendiri. Hope blh inform ayah Faris.

    BalasPadam
  27. mari kita semua doakan dan buat solat hajat supaya adik faris sembuh dari penyakitnye, Allah s.w.t yang maha pemurah lagi maha penyg dapat sembuhkan lah penyakit adik faris ini dan lindunginya dari segala penyakit,sihatkan lah dia seperti anak2 biasa,ya Allah bantu hamba mu itu ya Allah.amin .. ya Allah

    BalasPadam
  28. Salam, al-fatihah untuk ibu dan ayah arwah aik Faris..Menyentuh hati bila membaca ini, tabahkan hati , semoga adik Faris ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.