Sabtu, Februari 25, 2012

CAKARAN BERBISA

"Pada kira-kira jam 11.30 pagi, dengan keizinan suspek, saya telah pergi ke pejabatnya di Shah Alam, Selangor. Saya bersemuka dengan dia berikutan sikap kurang ajar, menghantar pesanan ringkas berbentuk cacian dan makian kepada saya. Suspek naik berang apabila saya ingin berjumpa dengan bos dia. Tanpa diduga dia terus menarik rambut saya sekuat hati. Dia merentap tangan dan menolak saya berulang kali. Sewaktu terjatuh, tumit kasut patah. Mungkin tangan saya tercedera samada akibat terkena kuku, cincin atau bangle dia. Saksi kejadian, rakan sepejabatnya di tingkat 3, namun lelaki itu hanya sekadar melihat sahaja tanpa menghalang perbuatan ganas rakannya itu," ujar mangsa berusia 33 tahun.


Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor dan sebelum itu mendapatkan rawatan doktor di Hospital Sungai Buloh pada jam 9 malam tadi.


Selain lengan, mangsa mendakwa leher, jari dan paha turut luka dalam kejadian itu.

Suspek dikatakan berusia lewat 30 an, kakitangan pusat pengajian tinggi, IPT.


"Saya juga telah menghubungi pejabat IPT itu dan bercakap dengan kakitangan wanita bertugas, memaklumkan saya telah dikasari di dalam pejabat kakitangan  IPT terbabit. Dia kemudian meminta saya hadir ke pejabat untuk membuat laporan. Mujur 3 anggota polis peronda berkebetulan berada di kawasan kejadian sempat menarik saya keluar sekaligus menenangkan suspek," tambah mangsa. 

Saya percaya Pegawai Penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam akan menjalankan siasatan sewajarnya berhubung kes terbabit.

"Apapun perselisihan faham berlaku, saya tetap perempuan dan dia lelaki. Tenaganya terlalu kuat untuk saya mempertahankan diri," tambah wanita itu.

Kepada mereka menjadi mangsa keganasan sebegitu, pertama, laporkan kes kepada pihak polis dan kemudian pergi mendapatkan rawatan dan pengesahan kecederaan di hospital KERAJAAN. Laporan terbabit perlu untuk Pegawai Penyiasat menjalankan tugas.

8 ulasan:

  1. Kenapa sampai jadi begitu? Apa kesnya?

    BalasPadam
  2. Iskhhh... Kalau cakar harimau yg disarankan Ustazah Norbayah tu kan ke elok? Tapi utk suami-isteri lah.

    Apekehalnya cako mencako ni? Rimau jadi-jadian kot?

    BalasPadam
  3. Marahnyaa lelaki itu, kesian dia:-):-)syyy kes pelek bila lelaki serang wanita:-) tukar jantina kan elok,,

    BalasPadam
  4. haishh... laki mcm ni pun ada kat dunia ni.

    BalasPadam
  5. tak patut dia buat camtu. nasib dia tak bertindak lebih kasar dengan menggigir cuping telinga perempuan tu huhuhu ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.