Iklan Zone A

Khamis, Februari 23, 2012

AIRMATA FARIS MENGALIR SEBAIK MENUTUP MATA

Faris Nur Daniel meninggal dunia selepas 22 minit saya menulis entri ini.

"Engkau hendak pergi ke hospital?," soal rakan saya Mossen Mohamad melalui telefon.

Bak orang mengantuk disorong bantal, saya menerima pelawaan itu. Jam 11.33 kami berdua menuju ke Sime Darby Medical Center, Subang Jaya, Selangor.


Untuk rekod, saya, Mossen dan ayah arwah Faris, Shamrulismawi Ismail, pernah menuntut di kelas sama sewaktu di institusi pengajian tinggi.

Jam 11.40 pagi tadi, kami tiba di Neonatal Intensive Care Unit, NICU. sebilangan sanak saudara terdekat Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, sudah berada di lokasi sama.

Suasana sugul menyelubungi ruang NICU.


Saya dan Mossen kemudian bertemu Sham untuk mengucapkan takziah. Ketabahan tergambar jelas di wajahnya.

"Dua puluh tiga hari Sham?," soal saya.

"Dua puluh tiga hari aku tidur di luar unit itu," balas Sham.


Beberapa minit kemudian saya melangkah masuk ke bilik jenazah ditempatkan. 


Lebih 3 minggu Faris bertarung nyawa akibat HLH, barah darah, dia kemudian menghembuskan nafas terakhir tepat pada jam 10.05 pagi tadi.


Selepas menerima berita Faris berada dalam keadaan kritikal, saya menghantarkan pesanan ringkas kepada Sham.

'Ayah dan ibu tolong reda dan relakan sepenuhnya jika Faris harus pergi'

Ketika Sham dan keluarga menguruskan proses kenderaan penghantaran jenazah ke rumah, saya sempat menghampiri Zuraine, duduk di atas katil.

"Takziah. Kita semua tidak mahu melihat dia terseksa," hanya kenyataan itu terpancul dari bibir saya. 

Airmata kelihatan tidak berhenti mengalir di pipinya.

"Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya," jelas Zuraine. 


Sebagai ibu, tentunya Zuraine bersedih. Hanya naluri ibu memahami sepenuhnya perasaan wanita berusia 38 tahun itu.


Tepat jam 12.26 tengahari tadi, jenazah Faris dibawa keluar untuk dihantar ke rumah keluarganya.


Jenazah kini berada di Jalan Pulut Lumur, U10/76J, Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini.

Kisah Faris bakal dipaparkan dalam program Malaysia Hari Ini, MHI, esok. Terima kasih kepada Penerbit Eksekutif MHI, Alfian Kaus kerana sikap prihatin beliau.


Di syurga Allah tempat mu, Faris.

129 ulasan:

kakcik berkata...

Bahagialah di sana, anakku.

Kepada Sham dan Zuraine, tabah dan redhakanlah sepenuhnya.

Cik FaRiZaM berkata...

innalillahiwainnailaihirojiun , takziah buat family adik faris , smoga roh adik faris dicucuri rahmat. alfatihah ~

Cik Tie@Akak berkata...

Kisah adik Faris buat hati saya tersentuh...amat-amat..
Teringat waktu kehilangan anak saya suatu ketika dulu...dan saya amat2 memahami perasaan ibu Faris..salam Takziah buat keluarga Allahyarham..
Al Fatihah

MaMa CyDa berkata...

Allahu akbar ...
bergenang air mata ku tatkala membaca entry ini ...

Alfatihah untuk mu Adik Faris ...

AbbotCottage berkata...

Al-Fatihah..jika berkesempatan, Insya'allah ke Alam Budiman.

Rozuan Ismail berkata...

Al-fatihah buat arwah.biarlah dia pergi dengan tenang.ada hikmah disebalik semua ini

CikFi berkata...

Takziah kepada kedua ibu bapa faris..semoga redha dengan ketentuan ilahi..semoga arwah faris tenang abadi disana..sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah kepada Faris...

Ummi Anie berkata...

Innalillahi wainna ilaihirrojiun....mungkin inilah yang terbaik untuk semua.daripada arwah terus menderita sakit.berbahagialah siibu dan sibapa kerana kalian telah menjalankan tanggungjawab dgn sebaiknya.....tempatnya telah disediakan diSana...dan dia juga telah sediakan tempat untuk kalian disana.....

norinaomar berkata...

Innalillah..berakhir sudah penderitaan adik Faris.Insya Allah dia akan menanti ibubapanya di syurga..

*Abah saya sakit di kampung..saya tak dapat nak balik..=(

NenetPenne (NP) berkata...

faris seperti sedang tidor....
para malaikat telah siap sedia untuk menyambut beliau...
yang pasti Syurga adalah tempat untuk beliau...

hajar berkata...

ALFATIHAH UTK ADIK FARIS & TAKZIAH UTK KELUARGANYA...:(

ummiLIN berkata...

Allahhuakbar... airmata saya tak mampu nak menggambarkan kesedihan, syurgalah tempatmu Faris...

M.F.J berkata...

takziah buat keluarga arwah.

kingsano berkata...

Alamat
No 1, jalan pulau lumut u10/76j
Alam budiman, seksyen u10
Puncak Perdana

copy from abah FB

kingsano berkata...

Alamat
No 1, jalan pulau lumut u10/76j
Alam budiman, seksyen u10
Puncak Perdana

copy from abah FB

Sari berkata...

salam takziah buat keluarga ini..
saya speechless
al-fatihah...

ika berkata...

Allahuakhbar...redakanlah pemergiannya kerana ini yang terbaik, ketentuan Allah melangkau perancangan manusia.

ika berkata...

Allahuakhbar....ketentuan Allah melebihi perancangan manusia. Redalah dengan pemergiannya kerana kita juga akan menyusul...

Puteri Satu berkata...

allahuakbar.. tak terucap rasanya... saya dapat merasakan betapa kosongnya jiwa si ibu... walupun reda... sampai akhir nyawa takkan berhenti sesaat mengingatinya... itulah jiwa seorang ibu...

lena berkata...

i made the contribution this morning and came back and just knew about the news of faris thru kak queenie's blog. My condolences to faris's family. Faris will be good taken care of in his god's hands.

hyazz berkata...

Alfatihah buat adik Faris...
semoga keluarga tabah dan redha dengan pemergian nya...tempat Nya sekarang adalah yang terbaik dari segalanya...

|| NaFiRaa || berkata...

Mengalir air mata.. sebak sangat baca n3 nih.. moga Arwah tenang di SANA..

eliyaezlinalias berkata...

innalillahiwainnailaihirojiun
syurga itu sempurna buat mu anak...

mummy_ayu berkata...

allahuakhabr...berat mata memandang, berat lagi yg menanggung ..
takziah sekali lagi...

Cik Rose Cute berkata...

Al-fatihah buat adik faris...airmata saya tiba2 mengalir....Sedih tidak tertahan...Allah lebih menyayanginya...

Mohamad Zaini Suleiman berkata...

Inalillahi wainnailaihi rajiun.. tiba2 saja airmataku mengalir deras.. Aku punya 9 orang anak, 2 orang telah di panggil Allah sebelum dia dapat melihat alam fana ini... Aku pernah ada pengalaman membesarkan anak yang mengalami sakit jantung berlubang kongenital.. pengalaman yg sukar yg pernah ku tempuh.. membesarkan anak sebegini perlu banyak kesabaran dan kekuatan..Ahlamdulillah anak ku itu kini telah dewasa dan akan mendirikan rumah tangga dlm masa terdekat ini..segala2nya dlm perancangan Allah..Adik Faris tetap basah dlm ingatan ku..

Pink Lavender berkata...

innalillah...
tak sanggup dah tengok adik faris nih lebih terseksa dengan kesakitan yang dia tanggung

fazilzura berkata...

Takziah pd En sham & fmily .. semoga roh nye tenang di sisi YANG ESA..

http://www.afazilzura.com/2012/02/air-mata-rakyat-malaysia-melimpah-ke.html

fazilzura berkata...

Takziah pd En sham & fmily .. semoga roh nye tenang di sisi YANG ESA..

http://www.afazilzura.com/2012/02/air-mata-rakyat-malaysia-melimpah-ke.html

misz uzmy berkata...

Harap familynya tabah...

Takziah dan Alfatihah...

ckokjue berkata...

Ya Allah..tabahkan hatimu wahai ibu..
air mata yg baca ni pun seorang ibu..
Anak sakit cktpun xboleh kawal airmata ni dripada jatuh..

Takziah,,brt mata mmndg brt lagi bahu mmikul..Syrga tempatmu naak!

MamaFarhan berkata...

Dari tadi saya menanti entri terbaru yg akan ditulis diblog ini... betul kata en mazidul " hanya naluri ibu mengetahui sepenuhnya..."

moga zuraine tabah dan redha atas ujian ini... jaga kesihatan dan kandungan baik2..semoga seluruh ahli keluarga sabar dan tabah.. Faris menunggu di pintu syurga...

Al-Fatihah..

wan nurul hezrina berkata...

al fatihah.tabahkan hatimu wahai keluarga faris.tapi kalau nurul tak taulah mcm mana nak tabah=(

wan nurul hezrina berkata...

mohon kongsi gambar di blog.

kirana nakia berkata...

Allahuakbar...tidak terdaya menahan airmata ini....

kirana nakia berkata...

Allahuakbar..tidak tertahan air mata ini dari mengalir....

Aya Ariel berkata...

mungkin itu yg terbaik utk faris..

salam takziah kpd keluarga arwah..Alfatihah

elly hamzah berkata...

terima kasih di atas usaha murni saudara mazidul; mengambil gambar2 dan mengupdate setiap yg berlaku selama ini; Al-Fatihah utk arwah

norhidana berkata...

takziah utk keluarga juga al fatihah utk arwah adik faris...

air mata menitis tak berhenti baca ntry nih..

Rosydi berkata...

Takziah utk saudara Sham & family. Dgn berkat janji Allah, anak ini akan menunggu ibubapanya di syurgaNya nanti...

mamaaqilahvsadam berkata...

innalillah...dn alfatihah...sejak tau pasal faris...hari2 sy bukak wall abg sham utk tau keadaan faris dn tiap kali tu mengalir airmata ni...terlalu sedih...

Izni Hafiz Abdul Rashid berkata...

Maaf saya tak boleh baca entry nie... Tengok gambarnya saja, mata saya dah berair... Takziah untuk kedua ibu bapa Faris... Sesungguhnya Allah lebih sayangkan dia...

WannssCFS berkata...

Allah telah menjanjikan tmpt yg paling indah utkmu Faris...dan disana juga Faris akan menanti Ibu dan Bapanya dengan senyuman dan suatu hari nanti mereka akan bersama semula...Alfatihah....:(

aim-a berkata...

takziah diucapkan.mengalir air mata saya tatkala membaca entry ni.

takziah diucapkan.

Masya berkata...

mengalir air mata sebak membaca entry ini.. al-fatihah moga rohnya tenang disana....

kejora berkata...

al-fatihah..syurga tempatmu nak..sebak hati melihat penderitaanmu

::NureeN:: berkata...

Takziah...
Al-Fatihah..
sebak didada bila baca n3 di blog member td.. terus saya terjah cini..

lady scooter berkata...

innalillah... semoga ibu dan bapa arwah tabah hadapi dugaan ni. Semoga Allah beri kekuatan pasa pasangan ni. Sy juga tak dapat tahan diri dr menitiskan air mata tatkala membaca bagaimana arwah bertarung nyawa selama 23 hari tu tadi. Mungkin ini yg terbaik buat arwah supaya dia tak terus menderita. Ya allah... pastinya tak tertanggung sakitnya buat si kecik ni. insya-Allah, pastinya tempat arwah di syurga. Amiinn...

Miqail Online Store berkata...

Allahuakbar...hanya naluri seorang ibu yg memahami hati seorang ibu...Al fatihah..damailah engkau di sana Faris.....memamg tak tertahan air mata...

wafyrichshop berkata...

Takziah buat keluarga adik faris...Al fatihah buat adik faris..TErsentuh bila membaca entiri ini..

wafyrichshop berkata...

Al Fatihah buat keluarga adik faris.. Takziah dari kami sekeluarga...Sayup dan terharu dengan entri ini..

Mamaleesya berkata...

salam takziah buat keluarga adik faris. Sangat tersentuh hati membaca kisah adik faris. Smg segala penderitaan berakhir, segala kesakitan terhenti setelah bertemu Allah. Inilah yang terbaik untukmu syg. Tunggu ibumu di syurga ye.

Al-fatihah.

Rose berkata...

al fatihah buat adik faris
syurgalah tempatnya..

Mummy Dasy berkata...

Takziah, al-fatihah.. mengalir airmata..

NUN@ berkata...

Syurga tempat mu adik faris...semoga parents faris tabah menghadapi dugaan allah ini.. Janji allah tu pasti...al fatihah

Siti Asiah berkata...

Salam takziah...bertabahlah...

caLLiZs RoSeLaNd berkata...

Takziah Kepada Sham dan Zuraine, Semoga Roh Faris dicucuri rahmatNya...al-fatihah...

farul_izraf berkata...

Adibah Noor - Terlalu Istimewa

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju

Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa daya
Tuhan lebih menyayangimu

Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingnya
Mendengar cerita
Sekadar rahsia

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

ayrine-bakertale berkata...

salam, Al fatihah pd keluarga arwah. semoga keluarganya tabah.

Harapan sy pd Maz dan penerbit rancangan MHI dpt kupaskn lebih lanjut penyakit HLH. sy juga dpt tahu bahawa anak perempuan sulung En. Sham juga pernah critikal tahun lepas. Adakah penyakit yg sama atau sebaliknya. Sy juga buat research dan dpt tahu yg HLH byk memyerang kanak-kanak.

fida berkata...

Al Fatihah buat Adik Faris. Hati ibu mana tak sedih, meleleh air mata baca entry ini:(

Lynn berkata...

Semoga dia tenang di sana...marilah kita semua sedeqahkan al-fatihah untuk si kecil kesayangan Allah ini..

Tq untuk saudara Mazidul sebab publish tentang arwah...

Rasa tak terungkap lagi dengan kata-kata melihat segala penderitaannya...

Sham Hardy berkata...

ya Allah.. Innalillah. sebak saya baca cerita blogpost ini.. sebagai ayah saya simpati dengan apa yang telah berlaku, Allah itu maha besar, takziah saya ucapkan, saya sedekahkan Al-fatihah juga kepada adik faris. :((

CopyPaste-TembakJerr!!! berkata...

Al - Fatehah untuk keluarga Faris

In the name of Allah , the Entirely Merciful, the Especially Merciful.

The Entirely Merciful, the Especially Merciful,

Sovereign of the Day of Recompense.

It is You we worship and You we ask for help.

Guide us to the straight path

The path of those upon whom You have bestowed favor, not of those who have evoked [Your] anger or of those who are astray.

aminnnnnnnnnnnn....

ejam berkata...

Al-Fatihah, takziah...semoga tabah.

❤Anis❤ berkata...

Alfatihah..
Khusnul khatimah air mata itu..
Syurga tempatmu nak..
Tak terbendung kesedihan tatakala baca kisahmu..

CORNELIA SHARON GEORGE berkata...

ya Allah...seperti saya sendiri yg mengalami situasi ini sampai airmata keluar...takziah buat keluarga arwah Faris...Al Fatihah untuk adik Faris...

tatabear berkata...

Takziah utk keluarga Allayarham adik faris. semoga tabah menerima ketentuan Allah. Insya Allah syurga pasti utk arwah faris. Al-Fatihah.

Miss Anis berkata...

al-fatihah buat keluarga adik faris...

dakcik berkata...

al-fatihah utk arwah..
semoga dai tenang disana..sgt2 sedih

Maria Iskandar berkata...

AL-FATIHAH untuk arwah...

Maria Iskandar berkata...

al fatihah untuk arwah

mamaelly berkata...

Al Fatihah.. air mata saya tak henti mengalir setiap kali membaca cerita tentang arwah adik faris..

hari ni saya terlambat tau tentang pemergian arwah.. ermmm

Semoga kedua ibu bapa arwah tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.. ingatlah Allah lebih mengetahui dan menyayangi kita...

saya merasai kesedihan yang ibu faris rasai... kuatkan hati ye kak..

Syurga tempatmu Faris sayang...

Naveen berkata...

AL-Fatihah

Maria Iskandar berkata...

alfatihah...

Ezad Skytech berkata...

Al-Fatihah dan takziah buat keluarga adik Faris..

Sha berkata...

Al-Fatihah. Salam Takziah kpd family arwah adik Faris. Syurga tempatmu :)

air mata menitik nitik keluar dri mata ini.

Azlee berkata...

Mungkin ini terbaik untuk adik Faris. Daripada dia terseksa mengalaminya, dan kita pilu melihatnya. Doakan kesejahteraan untuk rohnya. Moga dia juga mendoakan untuk ibu dan bapanya yang tidak putus2 menaburkan kasih sayang pada insan yang kecil ini. Al Fatihah..

dambakasih berkata...

Al-Fatihah...Semoga aman disana wahai Faris. Luluh hati membaca kisah. Bagai nak roboh dada menahan sebak.. Buat si ayah dan si ibu, tabahkanlah hati. Setiap rancangan Allah ada hikmahnya. (Pergh, x disedari, gugur juga airmata). Buat arwah Faris, doa kami sentiasa bersamamu, nak...

TINI berkata...

AlFatihah... Faris bahagia di sisi Nya... Buat Ibu dan Ayah Faris... tabahlah... Insya Allah, kita semua akan ke sana juga...

AdanyaKauUntukku berkata...

alfatihah
moga allah merahmati roh adik faris..

pastinya adik faris menanti dengan senyuman bila di akhirat menyambut ayah dan ibu...serta semua kaum keluarganya

EinaZ berkata...

AlFatihah untuk Arwah Adik Faris. Jujurnya.. saya juga seorang ibu... memang hati ibu akan kosong+sepi+sebak memacam rasa... tapi... sebalik ketentuanNya... hati ibu terpaksa merelakan pemergian si anak mendahului...daripada melihatkan keseksaan si anak... hati ibu mana tak sedih dengan pemergian si anak. Hope parents dan keluarga tabah menghadapi dugaan dariNya. Takziah dari saya.

Nadzimah berkata...

berakhir sudah derita si anak kecil ini..Surgalah tempatmu Sayang..Tunggulah kedua ibubapamu nanti di SANA..Al-Fatihah

hanadamia berkata...

x tertahan dibuat nya sebak air mata sentiasa mengalir ...moga keluarga aruah tabah...allah lebih menyayangi aruah farish...

nikki berkata...

alfatihah buat faris...dan buat en. sham sekeluarga semoga tabah menghadapi ujian dariNya....

azam berkata...

salam takziah.....

Semoga Allah memberi rahmat kepadanya dan semoga keluarganya tabah dan redha

Sha berkata...

mohon share beberapa keping gambar di blog saya.

Rosniena berkata...

Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat..sebak dadaku.Allah sayangkan Faris dan ibu bapanya

CkYnHaShiM berkata...

al-fatihah...moga arwah adik faris tenang di sana... salam takziah untuk keluarga arwah...

Hamba Allah berkata...

AL-FATIHAH BUAT ADIK FARIS DAN TAKZIAH BUAT KELUARGA DAN SAUDARA-MARANYA.redha dan iringilah pemergiannya dengan doa yang pasti perjalanannya dipenuh dengan cahaya,cahaya kemenangan,cahaya kegembiraan dan cahaya kebahagiaan kerana syurga sedang menanti kehadiran si kecil,ceria dan tabah menghadapi setiap penderitaan yang dilalui sebelum ini..mohon share gambar dalam blog ini..tq

Umimans berkata...

Anak kecil yang meninggal dunia akan menjadi syafaat untuk kedua ibu dan bapanya di akhirat nanti. Redhakanlah pemergiannya, hanya Allah yang lebih mengetahui segala sesuatu.
Al-fatihah.

lynnepu3gp berkata...

alfatihah...semoga ayah dan ibu faris terus reda dan tabah....

Ummiakid @ lily berkata...

Alfatihah..
Air mata Khusnul khatimah...
Syurgalah tempat abadi mu wahai anak kecil...

Takziah buat keluarga muga tabah dan terus kuat...

Adam Vai berkata...

Innalillahi wainnalilla hirrojiun. Salam takziah kepada keluarga adik Faris

ct fatimah berkata...

semasa membaca entri ini airmata tak henti2 mengalir. semoga ibubapa faris tabah menghadapi dugaan ini. Pasti syurga menanti mu faris. Al-Fatihah.

masmurni berkata...

Al-fatihah..Takziah buat family adik faris.. Allah sayangkan Faris..

shafinar99 berkata...

Al-fatihah... Takziah buat keluarga adik faris.. Sebagai seorang ibu, saya amat memahami bgaimana perasaan pn zuraine skrg ni kerana saya jg pernah merasainya 7 bulan yg lalu, semasa kehilangan anak sulong... Namun sebagai umat Islam kita terpaksa akur akan ketentuan Tuhan kerana setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya... Semoga anak kita tergolong dikalangan org2 yg soleh dan menunggu kita di pintu syurga nanti..Amin

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ berkata...

Tears roll over my cheeks seeing all those pictures of Faris. He's an Angel that God has sent to be with the couple for a while. They have done their best to keep Faris alive and it's time for his departure. I could only console myself that he's set free and don't have to go through any pain anymore. May you rest in peace, little soul. :(

And deepest condolences to the entire family.

iburafiq berkata...

tamat sudah sebuah derita, syurga buatmu nak, insyaallah.

cahyapenyayang berkata...

al-Fatihah...
tahziah kpd klrga arwah adk Faris...
smoge klrga arwah tabah menggdpi hr2 yg seterus nyer...

*sebak cahya bce ttg arwah...

zackrul berkata...

Sedih membaca warkah ini... apatah lagi ibu bapa si anak kecil ini.. moga diberikan kekuatan dan semangat untuk mereka berdua.. Al-Fatihah untuk arwah adik Faris..

Cik Ly Wana berkata...

Al fatihah.. takziah kpd sluruh keluarga arwah adik faris.. mmg menyayat ht.. Allah lebih menyyangi mu...

idasm berkata...

alfatihah...
sedihnya... airmata sy turun dgn lajunya..

Mas berkata...

Al-Fatihah dan takziah buat keluarga adik Faris..
Airmata saya tak mampu nak menggambarkan kesedihan....
Syurgalah tempatmu Faris...

LadyBird berkata...

innalillahiwainnailaihirojiuunnn...

Allah lebih menyayanginya dan keluarganya..

Faris akan menunggu ayah bondanya di Sana.. Insya-Allah..

gadisBunga berkata...

saya tak dapat tahan air mata tatkala entri ini berakhir... :'(

alfatihah...

maszull berkata...

assalamualaikum....sedihnya bila mama membaca n3 ni...al-fatihah buat adik faris...:(

deq su berkata...

Al-Fatihah.. itu yg trbaik buat arwah.. kebahagiaan dia menanti ibu dan ayah di syurga. Alhamdullilah.. rezeki si ibu dan ayah ada yg membantu mereka di sana nanti..

dani berkata...

Al-fatihah dan takziah..

chena79 berkata...

Salam takziah.syurga jua tmptmu wahai faris..al fatihah.

chena79 berkata...

Salam takziah.syurga jua tmptmu wahai faris..al fatihah..

dilla adilla berkata...

takziah buat keluarga adik faris. relakan pemergian beliau. syurga lah tempat bagi kanak2 sudi itu AMIN

AnneAin berkata...

takziah buat keluarga adik faris..saya jg baru kehilangan ibu tercinta akibat barah payudara.di syurga Allah tempat mereka...Aminnn....

naza isma berkata...

Takziah kepada keluarga arwah. Sy seorg yg mahal air mata tp x dpt thn juga bila bc entri ni. Syurga untukmu nak. Allah menyayangimu

ema ibrahim berkata...

Al fatihah.. takziah kpd sluruh keluarga arwah adik faris.. mmg menyayat ht.. Allah lebih menyyangi mu...

ema ibrahim berkata...

Allahu akbar ...
bergenang air mata ku tatkala membaca entry ini ...

Alfatihah untuk mu Adik Faris ...

cHEnTa TiKa berkata...

Al Fatihah..
saya dapat tahu kisah adik Faris ni smlm... tp tidak dapat membaca kisahnya penuh disebabkan line internet yg sgt low..
dan ketika ini.. bru saya dapat membaca keseluruhannya..

air mata saya tidak berhenti mengalir dari mula sy baca entry yg mula2 smpai entry terakhir dari blog nie..

saya tidak pernah ada anak..
saya tidak pernah jadi ibu..
sy tidak pernah rasa sakit..
tp apa yang dipandang sangat sayu, pilu tidak tergambar melalui kata2...
diharap keluarga tabah menghadapi ujian ini..
kami yang memandang hanya mampu sedekahkan Al-fatihah kepada Arwah.

Syurga tempatmu sayang!

tooko berkata...

~al fatihah...~ saudaraku.. moga tenang disana.. amin...~

afk@penk berkata...

X sanggup melihat arwah menderita kesakitan...dan biarlah arwah tenang disana bersama Penciptanya....buat abah dan ibu kuatkan semangat ...Dia menunggu kalian di pintu syurga....Alfatihah...

Cik Ayu berkata...

membaca entry ini dengan linangan airmata tanpa henti..

semoga keluarga adik faris redha dgn pemergiannya

semoga arwah adik faris tenang di sana

mulan berkata...

tahniah utk keluarga arwah adik faris,


anakmu sedang menunggu kalian di pintu syurga...

ColLiN berkata...

salam takziah.. Al Fatihah.. terasa naluri ibu di usik perasaan..

ChocoCheeseHoney berkata...

as salam,

nak mintak kebenaran utk post link ni kat facebook boleh?

Roses_Leo09 berkata...

al-fatihah
Tersentuh naluri saya sebagai seorang ibu melihat wajah comel yang terbujur kaku.
Semoga dirimu aman bersemadi di sisi yang maha esa. amin .....

SHARIFAH ROHAIZAH AL QADRY berkata...

Innalillahiwainnailaihirrojiun..Semoga sayang faris tenang di sana.. Allah SWT sentiasa memeliharamu di sana.. Syukur Alhamdulillah hilang segala kesengsaraanmu sayang. Hanya Allah SWT yang layak untukmu.. Syrga Allah tempatmu

AswanOthman berkata...

Innalillahiwainnailaihirrojiun..Ya ALLAH..Engkau tempatkan lah Arwah adik Faris ditempat2 yg mulia serta bersama2 golongan yg Engkau Redhai dan seperti mana yg telah Engkau janjikan..Al-fatihah

Nukilan ikhlas dr hati sy yg bernama Aswan Bin Othman dari Shah Alam...ketika membaca artikel ini..mataku telah menjadi kabur akibat airmata aku yg tidak mampu untuk menahan kesedihan tentang permergian Arwah adik Faris..Ya ALLAH...berikan lah kekuatan untuk ibu dan bapa Arwah adik Faris...Amin Ya Rabbalalamin...

bada berkata...

al-fatihah...

miss nina berkata...

Innalillahiwainnailaihirrojiun. takziah kepada kedua ibu bapa arwah Faris. Semoga Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi cubaan ini.
al-Fatihah

Wanpetunjuk berkata...

Al-Fatihah...bergenang air mata sy bila membaca kisah ini. Sungguhpun sy antara rakyat Malaysia yang bekerja di luar, sy mengucap salam takziah buat keluar arwah Faris.

Allah maha mengetahui akan perkara yang kita tidak pernah ketahui...

Ratu Idaman berkata...

Sbg seorang ibu saya amat sedih membaca kisah arwah ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Takziah utk keluarga arwah dan al-fatihah utk arwah adik faris. Allah lebih menyayangimu syg..insya allah syurga tempatmu