Jumaat, Disember 30, 2011

TARIAN TIANG OH! YEAH! (18SX)

Kebelakangan ini heboh diperkatakan berita berhubung tarian tiang.

Tarian berunsurkan pergerakan menggiurkan itu antaranya dipersembahkan di kelab malam di Amerika Syarikat. 

Bukan sahaja lelaki, perempuan juga tertarik menonton tarian sebegitu.


Melalui pembacaan dan maklumat diperolehi dari kenalan tinggal di sempandan, tarian tiang juga tidak asing di Thailand. 

Perut kempis dan wajah seksi gadis Thailand juga dilaporkan menarik perhatian pelanggan dari Malaysia untuk menikmati tarian ghairah itu.


Gadis muda hanya memakai coli dan seluar dalam melakukan pelbagai pergerakan liuk lentok menggunakan tiang untuk kelihatan seksi pada pandangan mata pelanggan pusat hiburan.

Leher mereka kemudian dikalungkan bunga, bernilai di antara puluhan dan ribuan ringgit. Pada waktu rehat, turun dari pentas lalu mengambil peluang melayan pelanggan sudi menghadiahkan kalungan bunga kemudian ditukar dengan wang tunai di kaunter pusat hiburan sama.

Seperti diketahui majoriti pembaca, gambar di bawah didakwa dirakamkan di pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang Jaya, Selangor, MALAYSIA.


Baca laporan pendedahan akhbar Kosmo! di sini.

Saya kemudian menghubungi kenalan menetap di kawasan berhampiran pusat hiburan itu.

"Saya mendapat maklumat, kejadian itu sudah berlarutan sejak kira-kira 6 bulan lalu. Bukan sahaja gadis Thailand, Cina dan Vietnam pun ada. Majoriti pelanggan berbangsa Cina dan pusat hiburan sama seringkali beroperasi lebih masa, sampai jam 6 pagi," dakwanya.

Berikutan latar belakang rakan sebagai bekas penguatkuasa undang-undang, maklumat dikongsinya itu boleh dianggap berkredibliti.

Hari ini Kosmo! memaparkan grafik lokasi pusat hiburan itu berbanding jarak ke Balai Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah dan bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ.

Satu tindakan cukup telus.


Lebih menarik perhatian saya, kenyataan dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam, MPAJ, Norhayati Ahmad.

“Pihak kami juga tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung isu terbabit,” katanya.

Adakah MPAJ beranggapan pelanggan pusat hiburan itu akan mengemukakan aduan kepada MPAJ samada membuat aduan bertulis atau menyalurkan maklumat berhubung tarian tiang itu melalui panggilan telefon?

Oh! Yeah!

Atau beliau berharap imam surau atau masjid berhampiran meninjau kegiatan pusat hiburan terbabit dan kemudian menghubungi MPAJ?

MPAJ dilengkapkan dengan pegawai dan anggota penguatkuasa, tidakkah seorang daripada mereka memperoleh informasi berhubung kegiatan pusat hiburan terletak kira-kira 8 kilometer dari bangunan mereka bertugas?

Sila baca kenyataan penuh pegawai terbabit di sini.

Hemat saya, adalah lebih baik pihak berkuasa tempatan itu melaksanakan langkah damage control dengan mengeluarkan kenyataan klise ...

"Pihak MPAJ dengan KADAR SEGERA akan MENYIASAT laporan wartawan akhbar Kosmo dan mengambil TINDAKAN wajar mengikut undang-undang termaktub berhubung syarat lesen dikeluarkan kepada pusat hiburan itu"

Sekaligus menjalankan operasi bersama media tempatan.

Berhubung dakwaan kehadiran perkerja gadis warga asing? 

Barangkali tiang di pusat hiburan di negara mereka sudah tidak mencukupi lalu mereka bertindak mencari 'tiang' lain di Malaysia.

10 ulasan:

  1. MPAJ pedas tak rasa cili..harap-harap lepas ni tak ada la lagi dimomokkan dengan alasan yang tak diterimapakai.

    BalasPadam
  2. smti...hahaha...tuh sbb bila diorg kena kejar ada yg lari smpai x cukup tiang...

    BalasPadam
  3. salam..

    patutlah org kita suka mkn angin dan cuci mata ke thailand..

    BalasPadam
  4. Kalau tak silap,bangunan balai polis pandan perdana ini pernah jadi isu berkenaan kedudukan dan juga kenapa bangunan tersebut dipilih untuk menempatkan balai tersebut.
    Siapa pemilik bangunan tersebut?dekat sangat dengan pusat hiburan?.
    Ada juga kawan kerja dengan syarikat kawalan keselamatan milik bekas KPN dimana pejabatnya berjiran dengan balai polis ini.
    Pernah juga ke kawasan ini dan masih ingat nama SAFARI LAGOON!!!!!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.