Sabtu, Oktober 08, 2011

GAMBAR 'PINTU' KE ALAM BUNIAN DIRAKAMKAN?

Jam 3 pagi semalam, kru 666 ke Taman Tasik SUK, di Seksyen 5, Shah Alam, Selangor.


"Pernah kami datang dengan kawan ke sini, kemudian dia kena rasuk. Tiba-tiba tenaga dia menjadi kuat sangat dan dia hendak terjun ke dalam tasik. Nasib baik kami enam orang, pegang dia," ujar sumber.


Kru 666 memasuki taman terbabit tepat pada jam 3 pagi.

"Di sebelah kiri itu, penduduk tinggal di kawasan sekeliling tasik kata, tempat pontianak selalu muncul. Kami memang tidak berani hendak pergi," jelas sumber kelihatan ketakutan.

'Sumber' informasi kami, 4 remaja berusia 21 tahun kami temui sewaktu menjalankan tinjauan berhampiran sekolah di Seksyen 24.

Razali kemudian memasang kamera perakam pergerakan infrared di kawasan dimaksudkan. Sementara itu Boy dan Atoi asyik menggunakan alat perakam audio parabolik bertujuan mengesan audio ganjil.


Saya berpeluang mengabadikan gelagat kru di lokasi.


Tidak dapat disangkal, suasana gelap dan sunyi agak menyeramkan namun keadaan itu tidak membataskan pergerakan semua kru.

Tujuan kami jelas, menyingkap fakta di sebalik pelbagai dakwaan menakutkan berhubung kehadiran entiti paranormal di kawasan riadah itu.

"Pernah beberapa kali, Mat Rempit melintasi round about dekat Masjid Shah Alam mendakwa beberapa kali ternampak pontianak berdiri di tepi jalan berhampiran hutan ini," dakwa sumber.


Saya mengingatkan sumber, alam ghaib itu wujud cuma kekadang cerita seram disebarkan di kalangan masyarakat lazimnya banyak ditokok tambah.

Tiba-tiba pada jam 3.43 pagi, saya terdengar suara Azree menjerit dalam kegelapan malam.

"Dapat gambar rumah! Dapat gambar rumah!"

Pantas semua kru berada berhampiran Azree mendekati ayah kepada dua anak itu untuk melihat hasil rakamannya.


"Jom bang, kita pergi ke tempat saya rakamkan gambar itu tadi," ajak Azree.


Saya teruja melihat gambar direkod menggunakan kamera Nikon D60 milik Azree.

Kami kemudian bergegas memanjat bukit di sebelah kiri jalan berhamapiran tasik diikuti oleh kru lain. Untuk rekod, beberapa lokasi di sekitar tasik didakwa 'perkampungan' entiti digelar orang bunian.


Sebaik tiba di pondok, berhampiran lokasi gambar dirakamkan, Adam bersuara.

"Tadi masa saya datang ke sini seorang diri, pohon buluh di kanan itu bergoyang kuat, saya pun SMS VJ dan minta Azree naik," jelasnya.


Seperti dijangka, kru Penyingkap Fakta, Jet, turut tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kawasan sekitar.


Razali kemudian pantas memasang kamera perakam pergerakan infrared dan lensa alat itu dihalakan ke arah lokasi sasaran.


"Mula mula tadi, saya rakamkan gambar ini," kata Azree.


"Abang tengok dua dahan kayu, v-shape di sebelah kiri rumpun buluh, tidak ada apa menarik. Lepas itu saya shoot lagi. Sebaik saya preview gambar, saya terkejut bang. Di tempat sama, macam ada frame pintu, kemudian kalau kita perhatikan secara teliti, macam ada entiti terbang keluar dari 'pintu' sama," terang Azree tenang.

Berikut gambar dimaksudkan oleh Azree dan sila klik imej untuk melihat butiran lebih jelas.


"Kalau kita tengok betul betul, macam ada pintu empat segi tetapi tidak mencecah tanah," tambah Azree.


Bandingkan gambar di atas dengan imej saya rakamkan pada jam 4.30 pagi tadi di lokasi sama dan teliti perbezaannya.


Setelah diteliti,  visual 10 saat dirakamkan oleh kamera pengesan pergerakan infrared menunjukkan dua dahan kayu terbabit didapati bergerak beberapa saat sekaligus mengaktifkan kamera terbabit.

Apapun, 666 terbuka kepada komen pembaca berhubung gambar dirakamkan selagi penjelasan dilontarkan logik dan boleh diterima dek akal.

Saya percaya, gambar itu ganjil dan sukar diperolehi. 

Mungkinkah imej itu memaparkan kepada kita pintu ke dunia lain? 

Pintu ke alam bunian selama ini diperkatakan oleh masyarakat?

NOTA

Kru 666 akan berada di Putrajaya, petang ini, 9 Oktober 2011, klik di sini dan berikut kisahnya. 

32 ulasan:

  1. sgt jelas..tapi tk tau nak cakap ape..hanya Allah yg mengetahui..syabas utk kru..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum ..

    gambar yang dirakam tu, memang terlalu rare pada saya..gambar pertamaok..kedua, gambarnya ada macam flare ijau tu sebab shutter speed..shutter slow sikit tu..sebab tu ada bekas macam bayang2 bekas pohon buluh bergerak..its ok, bukti semua tu...tang nampak pintu tu, very impressive...teruskan mengkaji....saya sentiasa menunggu laporan seterusnya

    BalasPadam
  3. semakin menarik..hari jumaat semalam sy ada solat jumaat kat masjid sek 24.gambar tu nmpk clear..apakah itu kn??

    BalasPadam
  4. Wooo...percaya-percaya..memang nampak perbezaan nya...wajah hijau tu macam muka orang.

    BalasPadam
  5. Smart!!! Terbaeekk!!! Keep It Up Guys... (^_^)v

    BalasPadam
  6. Imej tersebut pertama kali saya lihat seakan mirip rupa, ada mata, hidung panjang dn ada mulut

    BalasPadam
  7. wow. ini 1st time saya nampak gambar macam ni berjaya ditangkap. saya akan terus menanti. tahniah!

    BalasPadam
  8. Whoah, bro!

    That's a magnificent picture!

    Teruskan usaha menarik, keep up the good work... :)

    BalasPadam
  9. Moga disingkapkan tabir penglihatan ahli 666, so lepas ni boleh tengok apa yang ingin ditengok. Jangan lupa rakam ye. Kami yang penakut ni pun nak tengok jugak sebenarnya, tapi tengok dalam gambar saja la, tak mau tengok secara live... takut... he..he..

    BalasPadam
  10. miracle..!!! subhanallah...


    good job!! teruskan...sedia menunggu..

    BalasPadam
  11. Terbaekk...

    Kalau ada buasir jom jengok blog saya untuk cuba petua yang insyaAllah berkesan

    BalasPadam
  12. Jangan terpedaya dengan helah musuh untuk melalaikan kita. Alam ghaib tak ada pintu. Itu semua 'decoy' untuk menarik minat kononnya 'untuk kajian'. Atas nama mencari kebenaran kita akan buang masa dan tenaga mencari benda-benda ni. Lebih baik berusaha menjadikan di penakut menjadi berani.

    BalasPadam
  13. x tau nak ckp ape...pape pun syabas buat kru 666.. :D

    BalasPadam
  14. penemuan paling menarik dn saya teruja membacanya....

    BalasPadam
  15. sekadar berkongsi..bukankah pintu yang dimaksudkan itu adalah papan tanda empat segi yang berada di gambar sebelum terjadi image itu,,cube perhatikan betul 2..cume bile diimej kn dgn dekat die jd besar..

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama berkata...
    sekadar berkongsi..bukankah pintu yang dimaksudkan itu adalah papan tanda empat segi yang berada di gambar sebelum terjadi image itu,,cube perhatikan betul 2..cume bile diimej kn dgn dekat die jd besar..


    My reply:
    Hmmm... macam ada kebetulan pulak kat situ... Cuma kalau betul camtu... bagaimana pulak imej papan tanda tu boleh jadi besar sangat sampai hampir separuh pokok buluh tingginya tu?

    BalasPadam
  17. Salam saudara, sila layari blog saya Nukilan Bentara Tujuh untuk mengetahui kebenaran tentang Para Bunian. Banyak salah tanggapan yang telah disogokkan kepada kita selama ini. Harap apa yang dipaparkan di blog saya dapat memberikan penjelasan dan menyampaikan kebenaran mengenai Bunian. Sekian, wassalam.

    Hj Muhammad
    Bentara Tujuh

    BalasPadam
  18. Salam, sila juga layari laman Facebook Bentara Tujuh dan dengarkan rakaman audio serta tonton rakaman audio di sana. Wassalam.

    BalasPadam
  19. Dah dapat pic itu, ada tak kru yang try nak masuk?

    BalasPadam
  20. Lanjutkan pemahaman anda mengenai tajuk diatas :

    http://www.youtube.com/watch?v=SW1QEfkRdrM

    BalasPadam
  21. satu penemuan hebat..... saya akan ke tempat ini ujntuk menyaksikannya sendiri.... harap dapat alamat tempat tersebut. terima kasih atas usaha anda.... itu 90% adalah tingkap ke Dimensi Bunian. mungkin terbuka atau sengaja dibuka atas seba tertentu... teruskan usaha team untuk kebaikan seluruh manusia.. saya percaya sesiapa yang pernah menonton LOTR.. pasti akan terkejut dengan persamaan alam Bunian dgn alam LOTR.. i mean sebahagiannya.. ..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.