Jumaat, Oktober 21, 2011

GAMBAR MAYAT (AMARAN : JANGAN LIHAT JIKA LEMAH SEMANGAT)

Di Malaysia, gambar mayat tidak boleh disiarkan oleh media cetak mahupun elektronik jika tidak ditutup secara rapi. Justeru, pembaca hanya berpeluang melihat mayat dalam keadaan berikut.


atau begini ...


Dalam erti kata lain, hanya wartawan, jurukamera, pegawai serta anggota pihak berkuasa dan orang ramai berkebetulan berada di lokasi kejadian sahaja berpeluang melihat mayat dalam keadaan sebenar.

Kali ini saya mengambil pendekatan berbeza.

Saya ingin pembaca melihat keadaan sebenar mayat di lokasi mangsa bunuh ditemui. Barangkali majoriti pembaca sanggup melihat dan meneliti gambar bakal saya kongsikan. Manakala sebilangan lagi mungkin tidak memiliki semangat kuat untuk melihat paparan sama.

Jika tidak sanggup ...

SILA KELUAR DARI TAMPALAN INI DENGAN KADAR SEGERA!

Andai anda masih membaca ayat ini, maksudnya anda sudah bersedia untuk melihat antara gambar saya abadikan sewaktu melaksanakan tugasan sebagai wartawan membuat liputan jenayah.

1!

.
.
.

2!

.
.
.
3!

Berikut gambar mayat penjenayah Indonesia maut di tangan polis.

Bersedia?

1!
.
.
.
2!
.
.
.
3!


Tubuh kaku dan darah kering justeru mayat tidak berbau.

Saya juga merekodkan gambar beberapa mayat mangsa bunuh di lokasi berbeza. 

Here we go ...

1!
.
.
.
2!
.
.
.
3!

Tidak salah jika dikira sehingga ...
.
.
.

4!


Sebilangan mayat ditemui berada dalam keadaan lebih ngeri. Berikut antara contoh ...

1!
.
.
.
2!
.
.
.
3!

Sebab apa perlu menutup mata?

Gambar di bawah, eksklusif dan tidak pernah dipaparkan secara terbuka. Lagi pun, saya percaya tiada siapa mengenali identiti mangsa terbabit.

1!
.
.
.
2!
.
.
.


Tentunya semua imej di atas menyentuh hati dan perasaan saya kerana menggambarkan tragedi kehilangan nyawa. 

Namun gambar terakhir ini, amat memilukan jiwa.


Mayat bayi lelaki cukup sifat, berbalut tuala serta diisikan ke dalam beg, dipercayai cuba dicampakkan oleh suspek ke dalam sungai buatan manusia namun tersadai di tebing.

Mengapa makhluk bergelar manusia sanggup berbuat demikian? Mengapa bayi itu tidak dizinkan untuk hidup dan membesar seperti orang lain?

Bonus, klik di sini.

22 ulasan:

  1. astaghfirullahalazim....syurga tempat bayi tu..

    BalasPadam
  2. mmg ngeri, mau ada yg pengsan....gamba last tu meruntun hati...

    BalasPadam
  3. Saya lemah semangat bila tengok perempuan cantik je Bro... he he

    BalasPadam
  4. gambar yang lain lansung tak tersentuh hati, tapi gambar bayi dengan najis di punggungnya itu, membuatkan saya menangis...wajah anak-anak terus menerpa..

    sedihnya kenapa begini banyak kes buang bayi dan zina ini??apa yang patutkita lakukan??

    ya allah bantulah kami, berilah hidayah pada kami, tolonglah kami ya Allah...jauhkan anak-anak kami menjadi penzina dan insan yang tidak soleh ya allah..bantulah dan berilah kekuatan kepada kami untuk mengajar dan mendidik anak-anak kami..amin amin amin

    BalasPadam
  5. Ngeri...
    Tengok gambar mayat saja dah rasa pandangan berpinar-pinar.
    Apatah lagi kalau tengok mayat sebenar.
    Huhu..
    Tak sanggup tengok lagi!

    BalasPadam
  6. sedihnya...mesti hati En. Mazidul menanggis kan tgk semua ni kat lokasi, kalau saya lah,entah kuat ke tidak lagi, semoga Allah memberi en. Mazidul kekuatan untuk terus membongkar kejahatan

    BalasPadam
  7. kagum dengan semangat mereka2 yang bekerja seperti polis dan koroner yang selalu berurusan dgn mayat2 sebegini...

    BalasPadam
  8. Gambar2 lain masih okey pada diri saya..tapi gambar terkahir memang buatkan saya jadi marah..marah pada pelaku yang gamak buat perkara sedemikian rupa..haiwan pun lindungi anak sendiri..tapi manusia sanggup buat sesuatu yang mencerminkan kejahilan dan kebodohan..

    BalasPadam
  9. tak terkata..
    sudah hilang perasaan belas manusia
    membunuh macam sudah menjadi perkara biasa.

    BalasPadam
  10. Itu belum lagi gambar gambar yang LEBIH NGERI didalam simpanan abang. Hehe

    BalasPadam
  11. Saya sering jadikan blog ini bahan induksi set untuk mengajak pelajar saya membincangkan isu-isu sosial..

    Syukur bro Mazidul punya kekuatan mengekalkan azam dalam penulisan blog..

    BalasPadam
  12. nak muntah. tapi kuatkan diri jugak. yang baby tu paling kesian.

    BalasPadam
  13. Pilunya hatiku tgk baby tu. Namun bayi itu akn jd penunggu d syurga kelak.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.