Jumaat, Ogos 12, 2011

"Bila pelajar menghafal Al-Quran kalau asyik membuat 'jualan amal'?"

"Saya hantar anak ke pusat tahfiz. Sekarang ini paling cepat 2 tahun, memang sudah boleh menghafal Al-Quran. Di sekolah anak saya, pelajar menghafal Quran setiap hari, siang dan malam, bukan ada cuti pun," kata rakan.

Saya mendengar penjelasannya.

"Tetapi saya cukup hairan tengok budak-budak mengutip derma di stesyen minyak, depan bank, tempat makan dan kawasan Rehat dan Rawat. Kata dia orang ini dari pusat tahfiz, bila sebenarnya pelajar menghafal Quran kalau asyik membuat jualan amal? ," soalnya.

Pelajar dimaksud ustaz itu, penuntut Pusat Tahfiz Amal, Kuala Kedah, Kedah dan hanya pihak pengurusan pusat terbabit mampu menjawab soalan dikemukakan rakan saya.

Persoalan sama juga barangkali berlegar di minda ramai anggota masyarakat kini.


Selain pelajar perempuan berusia mentah, pelajar lelaki juga boleh dilihat berkeliaran di pelbagai lokasi, menjual pelbagai barangan seperti CD, kopi, kalendar dan balm berharga RM10.

Untuk rekod mereka kerap dilihat berada di lokasi di antara jam 10 pagi dan 11 malam. Melalui jawaban dikemukakan sebilangan mereka, pelajar pusat tahfiz itu berada di Lembah Klang 4 hari seminggu.

"Jadi bila belajar menghafal Al-Quran?," soal saya.

"Kami belajar pada hujung minggu," jawab mereka.


Berikut dokumen dibawa pelajar terbabit sebagai penjelasan kepada kegiatan mereka lakukan. Sila klik untuk membesarkan imej di bawah.


Tujuan pelajar melakukan 'jualan amal', untuk mereka meraih pengalaman dalam dunia perniagaan. Sekaligus merealisasikan misi pusat terbabit, merangsang pelajar kanak-kanak mencontohi Rasullullah S.A.W mula berniaga pada usia muda.

Perhatikan gambar resit di bawah, saya rakamkan pada 13 Jun 2011.


Perhatikan juga nombor siri resit, 92834. Maksudnya pusat tahfiz sama telah meraih jualan mencecah RM 928,340.00  ( 92,834 x RM10) dalam tempoh tidak dapat dijelaskan.

Jika sebelum ini, bagi setiap pembelian,  resit dihulurkan pelajar kanak-kanak namun kejadian pada 13 Jun lalu berbeza. 


Barangkali misi Pusat Tahfiz Amal itu kini berbeza, upgraded, melatih warga emas untuk berniaga?

Rekrut terbaharu?

18 ulasan:

  1. Saya pernah sekali dahulu menegur seorang dari mereka di Jaya Jusco Aeon AU2. Saya bertanya "cikgu kat mana?". Pantas dia menjawab "cikgu buat kutipan derma kat tempat lain". Saya pun tengok jam dah pukul 10.25 malam. Saya cakap la yang adik tak sepatut nya ada kat sini sekarang ni, dah pukul berapa dah ni. Sepatut nya adik kena berada di asrama atau rumah sekarang ni. Saya tanya dia lagi, "Emak dengan ayah tau tak adik buat kerja macam ni?".."Tahu, diaorang pun galak kan" jawab dia. Saya terkedu. Dengan muka selamba dia palingkan muka, terus beredar.. Tepuk dahi saya lepas tu..

    BalasPadam
  2. Maz,

    saya pun ada beberapa kali berjumpa dengan kanak-kanak semuda 9-12 tahun menjual kismis dan produk-produk keagamaan kepada saya. pada hemat saya, mereka ini terlalu muda untuk berada diluar rumah pada waktu lewat-lewat malam. tidak adakah akta yang melindungi kanak-kanak malang ini di negara kita?

    kebanyakkan mereka adalah dari sekolah pondok/ tahfiz yang digunakan untuk mendapatkan keuntungan kepada pemilik tahfiz. timbul rasa benci dihati saya pada "binatang" yang memanipulasi pelajar sekolah tahfiz ini apatah lagi kanak-kanak ini sangat muda dan tidak memahami situasi disekeliling mereka.

    BalasPadam
  3. kat Shell seksyen 9 shah alam pun sama, sejak 3 tahun saya bekerja di plaza masalam.... setiap kali isi petrol untuk kereta atau motosikal saya, mesti dihadiri oleh mereka, sampai sekarang ini masih ada.... tapi tidak dipastikan dari pukul berapa mereka bermula....

    sekian..

    BalasPadam
  4. ada juga mak bapa yang suka anak dia keluar dan tidak belajar supaya dapat berbuat perkara sebegini. pernah sekali terserempak dengan golongan pelajar ini, hati pekerja sosial di JKM tidak mengiziknkan saya berdiam diri dan akhirnya saya bertanya kepada adik tersebut. Untuk pengetahuan semua mereka ini masih lagi tertakluk kepada AKTA KANAK-KANAK 2001, saudara dan saudari boleh merujuk dengan JKM yang berdekatan dimana pihak kami boleh menerangkan dengan lebih lanjut. tahniah juga kepada Abg Mazidulyang berjaya mengupas perkara ini untuk tatapan umum.

    BalasPadam
  5. Saya sokong pendedahan yang Mazidul lakukan,
    Kegiatan menggunakan kanak2 sebagai jurujual/mengutip derma ini tlh. lama, aktiviti ini pernah suatu masa dulu dilakukan oleh ALARKAM, nampak nya setelah pertubuhan tersebut diharamkan, telah adapula yang meniru cara tersebut....

    Saya menjadi tidak sslesa setiap kali tersempak dengan kanak2 yang menjalankan aktiviti begini.....
    Saya memboikot aktiviti yang dianjurkan oleh pihak yang menggunakan mereka.... Pada masa yang sama saya merasa simpati dan kesihan kepada kanak2 yang "dipergunakan"

    Sekali lagi saya ucap syabas kepada Mazidul...

    BalasPadam
  6. Kat Banting pun ada. Saya selalu jumpa kat pam minyak Petronas. Saya pernah beli ubat seperti dalam gambar ini RM20 ringgit kerana kesian tengok budak-budak yang jual. Tapi bila dah selalu sangat jumpa dengan kumpulan ini rasa geram pulak ngan pihak yang mempergunakan mereka. Kalau jumpa lagi sekali saya akan ambil gambar mereka.

    BalasPadam
  7. Saya pernah jumpa seorang budak perempuan menjual madu di RnR Pagoh arah selatan semasa balik ke Johor dan jumpa sekali lagi budak yang sama dua hari selepas itu di RnR Machap arah utara semasa balik semula ke Selangor. Mereka ni tak balik rumah atau asrama agaknya..

    BalasPadam
  8. ini pun sama dengan pengemis kemboja..

    BalasPadam
  9. arrayah.info - Kaji Selidik - 70% Mahukan Al-Quran Berbanding Perlembagaan Warisan Penjajah

    BalasPadam
  10. Macam mana pusat tahfiz amal ni ada banyak sangat pengetua...kalau tengok tandatangan pengetua kat resit tu semua berlainan...sama juga tandatangan kat dalam surat tu...nampak sangat ada unsur cubaan nak menipu.

    saya memang dah lama x bagi duit kat depa ni...kalau tindakan pusat takfiz ni melanggar akta perlindungan kanak-kanak, kenapa masih tiad tindakan??

    BalasPadam
  11. Alamak minggu lepas sy dah 'menderma' kat budak2 tahfiz amal ni....sy lihat ramai juga yg berbuat mcm tu...lokasi setiawangsa berdekatan maybank dan giant.

    BalasPadam
  12. di carefour, pacific, tesco, stesyen minyak area seberang perai! ada yang kata, guru mereka memantau dr jauh...sbb tu mereka takut menjawab soalan...saya selalu bertanya kpd mereka dan menyatakan, "dulu dah keluar paperkan, kata tak leh jual benda cam ni (after melibatkan kemalangan), kenapa ada lagi, terus mereka beredar, saya nak ambil gambar, tapi takut dengan pemantau mereka...mana tahu diapa-apakan pula kita....
    mmg geram...agaknya pihak itu mempunyai kabel besar mana ya? macam tak lut saja.....siapa ya...?

    BalasPadam
  13. pernah juga beli minyak angin rm20 mcm dlm gambar tu..kesian dekat budak perempuan tu..saya beli dekat petronas subang bistari..rasanya masih aktif di situ..harap de pihak yang boleh atasi masalah ini..kerana kita pun tidak tahu adakah betul atau tidak..kesian tengok mereka..masih kecil..kadang-kadang kerana kesian, saya kasi la juga rm2-rm5 untuk makan..tidak beli ape2 barang dari mereka...terdetik juga dihati..betul ke mereka budak2 tahfiz???tapi takpe la..niat sedekah..

    BalasPadam
  14. Tak de ke pihak-pihak tertentu yg boleh ambil tindakan dan menyiasat perkara ni?

    BalasPadam
  15. rugi mane2 parent yg sekolahkan anknyer kt ctu, dah tentu2 hujung minggu jer die blajar, sanggup x g sekolah kebangsaan n habiskan hari2 die dgn buat jualan amal yng bknnyer utk diri die tp utk pusat, tp x pnh pulak sy tgk pusat2 tahfiz yg maju or berduit, kebnyakannyer meminta2 selalu, sbb kalau die ikot sunnah Nabi betol2, bkn ker rezeki tu 9/10 drpd perniagaan, nmpak sgt niat dia berniaga salah, atau mungkin menggunakan sumber yg salah, contoh die jual bulm yg kita xtau dri mane puncanyer, entah bgus or tak kualiti die pon tak tahu..

    BalasPadam
  16. Di Miri sarawak pun ada juga kumpulan ini. Tapi kita tak kisah, kalau ada duit kita derma, kalau tak ada kita beri tahu tak ada. Kalau tujuan nya baik, maka biarkanlah. Kenapa perlu dipersoalkan hal2 berkaitan pembangunan Ummah, sedangkan kalau kat club senang2 bagitau "keep the change" kat waitress yang kiu miut.

    BalasPadam
  17. .. kes yang sama saya sering ternampak di Hentian Rehat (Plus) Seremban ke KL, saya nasihatkan isteri saya jangan beli "Apa salahnya membeli sambil menderma... mereka nak buat masjid!" saya tanya "berapa harga balm tu?" isteri saya buat tak dengar bual bab lain... saya terfikir sebesar mana mereka nak buat masjid ni!...

    BalasPadam
  18. Kanak-Kanak mengemis atau menjual adalah salah dibawah Akta Kanak-Kanak 2001 lihat seksyen 17(1)(k). So lebih baik jangan beri...

    Kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk mengemis, dsb.

    32. Mana-mana orang yang menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana kanak-kanak atau, sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, membenarkan kanak-kanak itu berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud—
    a) mengemis, menerima sedekah, sama ada atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua untuk jualan; atau
    (b) menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang, loteri haram, perjudian atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan kesihatan dan
    kebajikan kanak-kanak itu, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
    tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.