Khamis, Julai 07, 2011

Ayam Kasut Dan Ayam Air Kain Buruk (Seburuk Perangai Sebilangan Pekerja Syarikat 'Sedap Hingga Menjilat Kaki)

4 hari lalu, saya melintas di hadapan Kentucky Fried Chicken, KFC, Cawangan Carrefour, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Tiba-tiba hati terlintas untuk bertanyakan soalan penting. 

"KFC cawangan mana pekerja dia sapukan ayam di tapak kasut sebelum di goreng tu?"


2 pekerja perempuan di kaunter kelihatan terpinga-pinga. 

"Ha? Ada ke?," tanya mereka kembali.

Pantas saya mengeluarkan Samsung Galaxy Tab dari dalam beg galas dan berkongsikan klip video dipaparkan di blog dan You Tube sebelum ini.

"Itu mesti klip video lama sebab uniform dia orang tu lama punya," komen mereka. 

Kalau sebelum ini, klip video pendek memaparkan tindakan pekerja menyapukan 2 ketul ayam ke tapak kasutnya sebelum di goreng, klip video kedua, tidak kurang kotornya.

Tonton pula klip video kedua berikut.


Sehingga saat ini saya terus bingung cuba mencari jawaban logik mengapa sebilangan pekerja KFC sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Adakah syarikat gah memasarkan makanan segera bertaraf dunia itu cuai menjaga kebajikan pekerja? Adakah pekerja tertekan dengan suasana di premis, menuntut kehendak pelanggan dilayan dengan kadar segera seperti juga makanan (segera) dijual?

Sebelum ini saya membaca penjelasan wakil KFC di blog rakan blogger. Antara intipati tercatat, syarikat terbabit akan terus berusaha menjaga dan mengekalkan kualiti bahan makanan dijual. Sebagai langkah berjaga-jaga, kamera litar tertutup, CCTV, dilaporkan di pasang di dapur setiap cawangan.

Namun jika pekerja berasa sakit hati, mereka berkebarangkalian sanggup bertindak di luar batasan peraturan, bertujuan mensabotaj majikan sekaligus syarikat sama. Justeru, selain melengkapkan premis dengan CCTV, pihak pengurusan KFC harus membuat kajian berhubung kebajikan individu mereka gajikan. Tambahan pula dalam video kedua, beberapa pekerja bak 'merestui' perbuatan mencemarkan makanan bakal dihidangkan kepada pelanggan seperti pembaca dan saya.

Mengapa video klip terbabit muncul hanya di Malaysia? Sedangkan ribuan lagi cawangan KFC dibuka serata dunia?

Selagi KFC tidak memberikan jawab secara terbuka kepada pengguna, saya dan keluarga tidak akan berkunjung ke KFC lagi selepas ini.

Itu janji saya.

44 ulasan:

  1. samalah
    dah tak berani nak pegi makan KFC
    geli pulak...

    harap KFC lebih prihatin dan waspada pd masa akan dtg

    Entry Terkini:
    Respon Pihak KFC Berkenaan Isu Video Kotor Pekerjanya

    BalasPadam
  2. kalau tertekan pun dengan kerja yg memerlukan dgn segera, xperlu sampai nak cemarkan makanan.. dah la nak bagi orang makan lg.. x faham dengan orang yg berperangai mcm ni..

    BalasPadam
  3. Ciss.. Ini bkn lg biadap tp kurang ajar. 1 dosa yg sukar utk kita maafkan.

    Siap gelak ktawa lg tu, skit pun x rasa bsalah.

    BalasPadam
  4. KFC bertanggungjawab kerana mengambil pekerja sedemikian. Bagaimana memilih pekerja? Berbalik kpd soal BASIC.

    Kemaafan dari pihak majikan mungkin mudah tapi susah nak trace & minta maaf dari setiap seorang customer - tu pun kalau sempat minta maaf. Mungkin mereka masih belum sedar akan kesan berbakul-bakul kena sumpah.. I just want to wish them: "Good luck in your life dude! Semoga dikasihani."

    BalasPadam
  5. Walaupun saya bukan penggemar tegar KFC ni, tapi hati sakit sangat tatkala melihat perilaku pekerja sebegini.. Sangat kurang ajar...

    BalasPadam
  6. salam TM...

    video yg pertama tu mmg keterlaluanlah kan. Tapi video yg kedua mengingatkan saya kpd satu peristiwa yg pernah saya saksikan dgn mata kepala saya sendiri masa saya bekerja di sebuah fastfood restaurant zaman remaja dulu (American Fast Food - dah tak wujud lg dah). saya bertugas di bahagian counter.

    satu hari entah atas kesilapan apa (mungkin penutup periuk tak dikunci sempurna) minyak menggoreng ayam telah membuak-buak keluar...melimpah merata2 sampai ke lantai...

    jadi olehkerana supervisor takut dimarahi oleh org 'atasan' dia telah menyuruh/memaksa pekerja ambil balik minyak yang tumpah dan masukkan semula ke dalam periuk. bagaimana? gunakan towel bersih yang diserapkan minyak tumpah dan perah semula ke dlaam periuk...

    dlm kes ni, tak boleh nak salahkan pekerja 100% sebab majikan kalau boleh taknak rugi sesen pun..tiap titik minyak, tiap debu tepung dikira untung dan ruginya..tapi tiap titik peluh pekerja kadangkala terabai gitu jer...

    bersambung...

    BalasPadam
  7. sambungan...

    kalau perhatikan betul2 kat video tu, tuala tu mungkin bukan kain buruk (harap2lah kan?) tapi tuala bersih yang digunakan untuk 'menyedut semula kerugian' syarikat yg tumpah...heh3

    apapun eloklah Tuan paparkan benda2 ni semua sebab bangsa kita ni mmg jenis berbondong2...kalau tak gitu mungkin takder sorang pun fikir bersih tak bersih minyak menggoreng ayam tu...kalau tengok warnanya, ada yang dah kaler minyak tar pun ada, sepatutnya dibuang jer dan diganti yg baru dan bersih tp dek kerana masih taknak rugi, saya ada dengarlah syarikat ni akan jual minyak2 ni pada peniaga2 pasar malam dgn harga yang murah...cer tengok minyak menggoreng kat pasar malam...selain dah berbau pahit, kaler dia kurr semangat aiii...tu tak penyebab penyakit ker? ada orang kita kisah? sebab saban malam jualan mereka laris jer....

    silap haribulan tapak kasut pekerja tu lebih bersih dari minyak menggoreng tu ngah3...

    kalau sudi, fikir2kanlah...
    terimakasih dengan entri pembuka mata dan minda ini...tu baru KFC, camner plak ngan lain2 makanan segera lain yg mengaut untung juta2 dari kita semua? - anda dan saya dan anak cucu saya... selamanya.

    BalasPadam
  8. Kakcik juga akan memastikan keluarga kami tidak akan 'menyentuh' KFC buat masa ini

    BalasPadam
  9. Saya nak minum kat luar pun takut sebab pernah ada orang sendiri mengaku pada saya dia telah meludah dalam minuman orang yang dia tak suka dan bagi orang tu minum. Geli. Itu satu saja yang dia mengaku. Tak mustahil orang lain pun buat hal yang sama.

    BalasPadam
  10. kalau iman tak ada...mmg orang akan buat ape saja...tidak takut pada dosa dan pahala....pada pekerja yg telah melakukan perbuatan terkutuk tu..taubat nasuhah sahaja dapat menyucikan dirinya semula...itupun mereka perlu memohon maaf secara terbuka

    BalasPadam
  11. kepada yang berbuat onar, berhenti je lah kerja kalau tak puas hati dengan management...yang usah atau sakit nanti pelanggan bukannya management...takkan kerana marahkan nyamuk, kelambu jiran dibakar kan...

    BalasPadam
  12. Saya tak mahu dah masuk KFC selepas ini selagi para para pekerjanya adalah di kalangan remaja remaja yang kebanyakan tidak matang dan tidak bertanggung jawab.

    Blog Baru >> http://savebudget.net

    BalasPadam
  13. sekarang ni bkn pelanggan adalah raja..kalau masuk restoran pelayan/peniaga adalah raja..kena layan diaorang bebaik..kalau x diaorang pedajal kita nyer makanan..

    BalasPadam
  14. Selepas tgk kedua2 video , bukan saja KFC, mane2 restoran segera pun saya dah geli tekak nk g makan. Makin teruk, mane2 restoran kt luar pn saya dah geli nk g makan. Elok msak sendiri, mkn kt rumah.

    Kpd KFC holding, sila ambil tindakan sewajarnya, x ckup skadar bagi kenyataan dgn janji nk psang CCTV. Sila siasat lagi mendalam dan hadapkan yg bersalah ke muka pengadilan.

    Malu dgn perangai budak-budak sekarang. Malu pda siapa? Sebangsa? atau dgn bangsa lain? hmm..

    BalasPadam
  15. Takde rasa tanggungjawab pada masyarakat!

    Semoga Allah melindungi kita daripada melakukan kezaliman...

    BalasPadam
  16. dicadangkan pihak pengurusan ambik la para pekerja yg punyai kelulusan dlm pelajaran dan yg bertanggungjawab.. jangan sebab nak bayar upah bulanan murah.. maka perkara2 kecik mcm ni tidak diambik kira.. sy yakin & pasti.. kebanyakan para pekerja KFC skarang ni.. xbepelajaran.. main tangkap muat je.. klu la bleh mereka tu nak gajikan para PATI.. cukup bagi upah makan 2 ketul ayam shari smalam !! gamaknya la !!

    BalasPadam
  17. smti

    bagi saya,saya berpegang dgn kata2 pekerja kfc kota damansara tue, "uniform lama".mgkin benda nie penah terjadi dan pihak pengurusan kfc sudah mengambil tindakan yg sepatutnnya. jadi,sbgai pelanggan, tak salah untuk kita memberi peluan kedua kepada kfc

    BalasPadam
  18. sebenarnya kdg2 org yg lakukan macam tu bukan sebab sakit hati....tapi saja nak suka2 dgn kwn-kwn...rasa seronok buat macam tu.

    BalasPadam
  19. Salam...saya memang tak minat KFC ni, tapi memandangkan anak2 memang suka, rasa terkilan jugak...Bila saya tunujkkan kepada member2 office ( cina )...rasa malu sebab yang buat tu semua melayu, Islam lagi...mesti diorang kata Islam/melayu tu pendengki, pengotor dan sebagainya...Terdiam, sebab memang dari suara yang didengar tu melayu....

    BalasPadam
  20. smti...saya setuju ngan tindakan abg mazidul....saya pun telah membuat tindakan yg sama....smapi kita betul2 puas hati, baru g mkn kat kfc...x kira la kat mana2 pun...

    BalasPadam
  21. salam kwn2...

    ini yg direcord...yg tak direcord?...yg kita tak nampak? wallahualam...berdoa la kita agar bebas dari semua perkara yang tak elok ni...

    sedih tengok sikap mereka. tak ikhlas dlm bekerja.

    BalasPadam
  22. sejak terbaca kisah ni, saya dah bertekad no more KFC, kita tak tau apa lagi yg pekerja mereka dah buat selama ni... saya rasa memang ni kes tak puas hati! yuckkkk!!

    BalasPadam
  23. En. Mazidul rasanya pihak KFC dh menjelaskan semalam bekenaan hal ni....ini link nya http://www.youtube.com/wat​ch?v=4C3V24dhyew

    BalasPadam
  24. memang kurang ajar betol bebudak ni..bangsa Melayu mesti agama Islam kan..tapi perangai memang nauzubillah..btol2 hati penuh dgn najis!!

    BalasPadam
  25. smti,

    wah.. bukan main biadap lagi..

    syarikat pengusaha pun sama 2x5.. main amik je pekerja.. dah la gov tax customer yg bayar.. dah tu hidangkan makanan yg kotor pulak tu.. isk isk..


    memang biadap yang keterlaluan bagi saya...

    BalasPadam
  26. kurang ajor,memang x berkatlaa duit gaji korang tu.CELAKA.....

    BalasPadam
  27. salam.

    Pengarah Kewangan KFC Holding Malaysia Bhd encik Mohamad Bin Alwi boleh jelaskan perkara ini.
    Hantarkan reaksi anda kepada beliau menerusi emel beliau: mohammad.alwi@kfcholdinga.com.my
    atau hubungi beliau menerusi 03-20263388 sambungan 350.
    semoga berjaya mendapat penjelasan dari oprang kuat KFC ini.

    BalasPadam
  28. sori anak2 ibu xkn bawa ank2 ibu ke KFC...sgt2 sedih...sampai hati diaorg buat camni...

    BalasPadam
  29. tak sembahyang, kurang iman punca jadi mcm tuh. tu basicnya. kalau betul sembahyang ada iman tak mungkin nak terpikir nak buat benda2 macam tuh.
    apa hukumnya makan makanan yang dibuat dr air tangan org yang tak sembahyang?... penah dengar kisah ni... tapi tak ingat...

    BalasPadam
  30. nasib baik dah bertahun-tahun tinggal KFC.kedai makan mana-mana pun memang berisiko kotor.sebagai student nak tak nak terpaksa jugak makan untuk terus hidup, daruratlah tu kan.
    SMTI!

    BalasPadam
  31. part yang paling best...budak melayu kita...kurang sivik sungguh!

    BalasPadam
  32. nanti bila dah budak yg kerja tu sudah berkeluarga, sudah menanggung anak bini baru dia tahu "nilai makanan"

    BalasPadam
  33. takbaik sungguh yang buat tu.Biar Allah yang membalasnya.

    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/07/tips-menabung-3-akaun-keluarga-aka.html

    BalasPadam
  34. klip video pertama mmg x blh terima...biadap betul perilaku pekerja tu. Anak-anak saya mmg pengemar KFC tapi setelah tgk klip video tu terus diaorg pun x nak dah KFC..'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.

    BalasPadam
  35. smti...btl2 kotor sungguh perangai diaorang. buat masa ni dh x nak makan kfc lagi..

    BalasPadam
  36. syorkan letak CCTV di bahagian penyediaan makanan...supaya senang semua ada bukti dan nampak dgn jelas. atau buat open kitchen konsep biar pelanggan boleh nampak apa yang dia org sediakan dan masak

    BalasPadam
  37. tak berotak punya budak, mak bapak korang pn sma gk perangai mcm korang kot. harap2x korang kena laknat lah dgn tuhan. klo x puas ati, berenti la berniaga sendiri, bodoh.

    BalasPadam
  38. aku ingat mak bapak korang mcm korang gak tak berotak. klo x puas ati berenti la. p meniaga sendiri klo x bleh kerja dgn org. harap korang dpt laknat secepat mungkin.

    BalasPadam
  39. ni la pepatah ade menyebut..kerana nila setitik habis susu sebelanga..aku rasa la kan..bukan KFC je yg ade pekerja sebegini rupa..rasanya fast food lain pun ada staff mcm ni..tp sama ada tau atau x je..macam kedai mamak..dah ade isu kekotoran macam ni yg berlaku..tapi still ramai jgk yg g makan..x boleh nak salahkan 100% kat kfc..yg salah kalau staff dorg tu..yg bekerja tak ikut peraturan..

    wallahualam..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.