Ruang Iklan Zone A

Ahad, Mei 29, 2011

Dia BUKAN Bomoh

 "Apakah antara simtom terkena saka?," soal saya.

"Saya bagi contoh kepada abang. Perempuan berusia 27 tahun, tinggal di Cheras, Kuala Lumpur, dia kerap diganggu mimpi pelik, hidup tidak tenteram dan nampak macam tidak waras. At one time, dia cuba membakar rumah boyfriend dia, selalu ponteng kerja dan cuba untuk membunuh emak dia sendiri," kata Adam.

Ahmad Adam Aliff, 24 tahun, pelajar jurusan Komunikasi dan Psikologi di kolej swasta, saya kenali tahun lalu. Melalui pengamatan saya, dia anak muda cukup beradab dan sentiasa bersedia membantu insan memerlukan.


"Sewaktu mula dirawat, dia menjerit, suara bertukar menjadi garau, tenaganya lebih kuat dan cuba terjun dari tingkat 13 di bangunan tempat dia tinggal," sambungnya lagi.

"Kaedah digunakan untuk merawat dia?," tanya saya.

"Ayat ayat Al-Quran," balasnya ringkas.

Dengan izin Allah, setelah dirawat dan dipulihkan, kehidupan wanita terbabit kembali normal. Dia mula berubah sikap dan diterima keluarga dan rakan.

Pembaca dihormati, selama ini ramai menghubungi saya untuk mendapatkan contact number mereka berkebolehan membantu memulihkan mangsa dipercayai mengalami masalah 'ganjil' pada pandangan manusia.

"Adam, awak sudi membantu?," soal saya.

"InsyaAllah bang," ujarnya.

Molek jika saya peringatkan, Adam bukan bomoh. Dia manusia biasa seperti kita semua tetapi bersemangat tinggi untuk menghulurkan bantuan kepada kelompok bermasalah dengan berbekalkan sekelumit ilmu diwarisi.

Hemat saya, jika dilanda musibah, kita harus berusaha mencari jalan terbaik untuk menanganinya.

Andai sesiapa memerlukan bantuan berhubung kejadian ganjil tidak dapat dihuraikan secara saintifik, sila hubungi saya dengan menghantar pesanan ringkas ke 019 300 7008.

Membantu itu sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai manusia di muka bumi Allah ini.

20 komen:

zeqzeq berkata...

terima kasih..

ada saham

azwa amani berkata...

terima ksh..

manjeamusyuk berkata...

Alhamdulillah..mmg ramai diluar sana ada masalah.

Hasmizal berkata...

semoga mendapat keberkatan Allah Taala..

Nurul Hidayah berkata...

mekaseh..sgt2 bergune...

Miecyber berkata...

Usaha murni untuk membantu sesama insan...

Video Gol Champion League Final 2011 .Barcelona 3 - Manchester United 1

kirana nakia berkata...

Salam
SMTI
Semoga Allah memberkati usaha abang Maz dan Adam...insya Allah..:)

ibuintan berkata...

semoga ramai lagi yg dapat dibantu

usaha yg murni menolong insan yg dalam kesusahan

azya1673 berkata...

Alangkah baiknya sekiranya anak-anak muda yang lain mencontohi anak muda yang seorang ini.

Teruskan usaha murni anda.Semoga Allah memberkati kalian berdua.

GreenAppleKu.com berkata...

Terima kasih, amat berguna untuk orang yg memerlukan bantuan.

Minta encik mazidul berikan info mengenai isu bir yg sedang hangat di perkatakan sebab tak ramai yg nak tulis nama hatta letak gambar bir tersebut.

Jika benar haram, kena beritahu pada umat Islam yg lain agar mereka tidak terus membeli minuman tersebut. Tidak perlu takut meletakkan nama dan gambar bir yg terlibat, Dah sah2 haram kan.

Tapi kenapa perlu di sembunyikan isu ini. TQ. En. Mazidul.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Bagusnya dia, masih muda dianugerahkan kebolehan mengubati orang lain. Terima kasih bro sbb sudi kongsi.

azieazah berkata...

Seumur hidup saya tak pernah saya pergi jumpa bomoh atau pengamal perubatan, jauh sekali jumpa psikiatrist...


Tapi bila melihat anak muda pun berkebolehan, semoga persepsi terhadap pengubatan seperti ini tidak disalahtafsirkan...

ummiLIN berkata...

semoga Allah memberkati usaha anak muda ini. Sesungguhnya sejuk perut ibunya. Alangkah bagusnya kalau anak muda kita yang lain seperti Adam..

JiMi berkata...

smti...saling membantu dalam perkara kebaikan dan kebajikan..

Dunia Baru berkata...

SMTI

*SiRibenMerah berkata...

SMTI ...

ejaescobart berkata...

smti

Adam Vai berkata...

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan ulasan. Kelebihan yg dianugerahkan daripada Allah SWT akan digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan.

http://sheild37xs.webs.com/

iDAN berkata...

... tak semua punyai kebolehan seperti Sdr Adam, rakan saya ada beberapa orang yang berkebolehan seperti Sdr Adam seorang ada di sekitar Serdang Selangor & seorang lagi nun jauh di Melaka ...

Pn. Liza Mahmood berkata...

SMTI.