Isnin, Mei 30, 2011

Bir

Kes 'minuman Arab' dilaporkan mengandungi alkohol lebih daripada 0.5 peratus dan difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dibongkar akhbar Harian Metrio, kini sudah diketahui umum.

Hukum Syarak hanya membenarkan kurang 0.01 peratus alkohol di dalam makanan dan minuman.

Minuman berkarbonat, pada awalnya dianggap 'bir halal' itu sebelum ini dijual secara terbuka di pasar malam dan restoran terutama di restoran menjual Nasi Arab dengan harga RM3 sebotol.

Saya yakin ramai umat Islam telah menikmati minuman botol pelbagai perisa dipercayai berjenama Barbican itu  tanpa perasaan ragu berhubung status halal-haram minuman terbabit.

Mengapa?

Kerana pada hemat saya, majoriti beranggapan, minuman diminum warga Arab berjubah, halal.

Untuk rekod, antara perisa minuman terbabit, Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach dan Malt.


Berikut Sijil Halal, produk terbabit dikeluarkan Islamic Food Research Center, IFRC, Malaysia And Asian Region.


Sijil dikeluarkan syarikat sama didapati masih lagi diigunakan pemilik menjual produk makanan secara berleluasa di negara kita.

Saya difahamkan, HANYA Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM sahaja diperakui di Malaysia.

Akhbar Kosmo! melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan JAKIM dan pihak berkuasa agama Islam negeri untuk memantau dan jika perlu menyekat penjualan bir terbabit.

Nota

Tinjau blog Kedai Kamera Kami, klik di sini.

14 ulasan:

  1. tuan,

    ada pembetulan tuan..bukan 0.05 tp kandungan nya 0.5

    sumber metro online
    "Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.


    Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol."

    BalasPadam
  2. Salam.

    Tuan, saya masih tertanya-tanya adakah brand yang dimaksudkan itu sebagai barbican sedangkan masih belum ada kata putus dari JAJ berkenaan brand minuman berkenaan.

    dalam pasaran ada beberapa brand minuman malta ini seperti barbican, musi, istak dan sebagainya.

    namun, yang pernah menggunakan trademark 'Halal Beer' adalah brand ISTAK dari Iran. bahkan dipromosikan dan disokong oleh kerajaan sendiri pelancarannya di Halal Hub beberapa tahun lepas.

    Wallahua'lam.

    BalasPadam
  3. difahamkan di Mekah pun ada jual...macamana tu?

    BalasPadam
  4. Barbican berlambak kat saudi. macamana pula saudi kata halal, jakim kata haram ? Setakat ini tak ada dengar kerajaan saudi mengharamkan barbican.

    BalasPadam
  5. Bir atau arak tu haram diminum sebab ia mengandungi alcohol dan akan memabukan jika diminum. Tetapi barbican tidak memabukan dan rasanya seperti minuman berkarbonat yang lain.

    BalasPadam
  6. ...elok kita tinggalkan sesuatu yang meragukan banyak minuman lain yang lebih sedap & dapat menghilangkan dahaga seperi Sarsaparilla... teringat masa zaman knak-kanak di kampungsaya ada batang pokok yang berbau sarsi ini...!

    BalasPadam
  7. salam...mintak copy sijil tu...backlink saudara..t/kasih

    BalasPadam
  8. mengingatkan saya akan baunya terasa mual pulak saya...

    BalasPadam
  9. salam.... hanya sekadar pandangan saya...
    boleh tak jgn sebarkan dulu berita2 begini selagi belum ade pengesahan 100%. kalau JAIJ dahboleh confirm kata haram kenapa tak hebahkan betul2?
    sorry to say.. berita yg disiarkan kat TV3 dgn menteri yg bertanggungjawab pasal hal ehwal agama mmg kurang bertanggungjawab. kata haram saja tapi taknak bagi info lengkap pada rakyat semua. tak dbagitahu jenis aper, details pasal produk tu. kalau dah berani kata HARAM tunjukkanlah jelas2 gambar produk tu semasa siaran.
    skg benda ni dah jadi mcm fitnah lak sebab info yg dbagi tak lengkap, lepas tu yg lagi satu pihak dah mula bersuara nak menafikannyer.
    serupa mcm kes secret recipe, akibat dr pihak2 yg tak bertanggungjawab sebb tak selidik betul2....

    BalasPadam
  10. Salam bang Maz,

    Masyarakat skrg mmg tak tahu @ buat2 tak nampak. Ada juga food court di shopping mall yang guna perakuan sijil halal yang sama.

    Mcm saya pegi tempoh hari ke Jusco di Klang ni, tak nampak pulak mana sijil halal kat food court dia (atau salah saya tak nampak) @ mmg kecik sgt org x nampak? berdebat dengan wife sambil makan 'mana tanda halal dia letak yer'

    Boleh terima ka? Tanggapan masyarakat kini, apa yg arab makan, minum, sume halal. mazhab lain2, dah majoriti kita mazhab shafie, ikut lah peraturan yg ditetapkan. betul tak?

    Alhamdulillah, even saya penah tiggal di asia barat, tapi sekali pun tak penah sentuh minuman ni. mmg sah2 tulis ada alcohol. Balik malaysia tengok jual bersepah2, tak paham sungguh..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.