Ruang Iklan Zone A

Khamis, April 21, 2011

Ini Melayu Lanchooww!!!!!!!!!!

'ini anjing besar tarak paham ma!
kah kah kah!
ini melayu lanchooww!!!!!!!!!!
wo men bu ai bik mama!!!
nie men????
kah kah kah kah'

Wow! What the fuck!

Komen terbabit dilontarkan di blog ini.

Cyber Security, Kementerian Dalam Negeri dan Pasukan Polis Diraja Malaysia seharusnya memantau komen berbentuk sensitif.

Kalau marah sekalipun berikutan nukilan blogger terbabit, mengapa harus dibabitkan nama Melayu secara am? 

Jangan biarkan api di dalam sekam merebak dan kemudian panasnya membakar diri.

Sebagai blogger, saya amat berhati-hati sebelum mencatatkan pandangan di blog ini tetapi nampaknya sebilangan tukang komen tidak bertindak begitu.

10 ulasan:

d_tieah berkata...

Betul tu.. Sebagai pengomen, tak semestinya kita perlu lantang dalam bersuara.. Agak agak lah.. Lantang bertempat takpe.. Ini lantang dan dengan sesuka hati je guna perkataan kasar.. Nampak sangat tak sensitif dengan bangsa lain.. Huhh!

Entry Terbaru : Skrip Dialog Usop Wilcha Jadi Sebutan Setiap Hari

KANG LATEP berkata...

diorang memang semakin kurang ajar...

Shahrul Hairy Shaharuddin berkata...

Pemikiran yang sempit pengomen tu bro.. dah la kadang2 pakai Anon.. cess..

ibnu marzuki al firdaus berkata...

jom bertemu ruas kat http://www.bloghousemalaysia.com/

ibuintan berkata...

memang kurang ajar dan otak sempit

NAZREE berkata...

kadang kala, bila difikir-fikirkan.Tidak salah nak bersuara kerana masing-masing ada hak untuk bersuara namun mestilah berpada-pada.

Berdasarkan pada ayat mandarin tersebut, jelas menunjukkan tahap psikologi pengomen tersebut berada diluar kawalannya. Kita sebagai blogger hanya mampu melihat dan mentafsir. Biarkan pihak yang berwajib menyelesaikannya~

p/s: Just my 2 cent~

Vin Petrol berkata...

Biasalah, pengomen tak de telur. Lantang bersuara tapi tak berani expose identiti.

Blog bro Maz pun tak terlepas dari pengomen-pengomen tak de telur macam ni dulu. Sebab tu sekarang disarankan untuk moderate komen dalam blog. Takut ada pengomen pengecut yang suka caci maki macam ni lah, mengotorkan blog dengan kata-kata kesat mereka.

sOFiAn berkata...

bro mazidul...tidak semestinya cyber security, SKMM, KDN dan PDRM nak memantau 24 jam.. Pengguna juga perlu melaporkan jika terdapat sebarang kesalahan yang melanggar mana-mana akta.. Saya cadangkan jika ada penyebaran fitnah dan sebagainya boleh buat laporan / aduan ke agensi yang berkaitan jika perlu..

The Red Rambutan berkata...

Bro Dul

Sentimen perkauman tidak boleh dipermainkan. Tapi ramai yang masih kurang mengerti dan tidak didik dengan sempurna dan lengkap. Pihak yang berkenaan patut ambil tindakan. Mencegah adalah lebih baik dari mengubat.

Miecyber berkata...

Melampau...

Tips Elakkan Mabuk Darat