Sabtu, Mac 12, 2011

Pemandu Teksi Taiko (UPDATED)

"Kami sebagai ticket provider tak boleh ambil tindakan kepada pemandu teksi. Memang pernah ada kes, pemandu bergaduh dengan penumpang dan ditinggalkan di tengah jalan," ujar penyelia.

Penyelia?

Ya, penyelia syarikat tiket teksi di LCCT saya hubungi pada jam  1.10 pagi tadi.

Jom flash back.

Saya tiba di LCCT dari Sandakan, Sabah pada jam 11.35 malam tadi dan bergegas membeli tiket teksi.

"Encik boleh naik teksi sekarang atau sebelum pukul 12 malam," ujar petugas di kaunter.

Jam 11.45 saya tiba di tempat menunggu teksi. Entah mengapa hati tiba-tiba terdetak untuk saya merakamkan gambar di bawah.


Dari pengamatan saya, ramai penumpang beratur tetapi bilangan teksi kelihatan tidak mencukupi.


8 minit sebelum tengah malam, saya menaiki teksi dengan tambang RM84.


Lazimnya, jika menaiki teksi atau limo dari KLIA atau KLCCT, pemandu keluar dari kenderaan untuk memastikan bagasi penumpang dimasukkan sempurna ke ruang belakang kereta sebelum beredar.


Namun pemandu teksi terbabit tidak berbuat begitu, dia hanya duduk di kerusi pemandu.Terfikir, barangkali dia penat dan ingin beredar cepat. Selepas membuka but dan memasukkan beg, saya duduk di belakang teksi.

"Encik, Seksyen 11, Kota Damansara," kata saya kepada pemandu.

"Saya seksyen seksyen ni tak pandai! Sampai Kota Damansara, awak tunjuklah!," ujanya meninggikan suara.

Saya terkedu buat seketika. Mungkin dia 'taiko' besar di kalangan pemandu teksi.

"Encik, kalau kita bawa teksi kenalah belajar jalan. Macam mana kalau penumpang  nak pergi ke Seksyen 11 kali pertama?," soal saya.

"Pergi sajalah, lepas tu sama-sama cari!," balasnya.

Perbualan terhenti buat seketika sebelum pemandu terbabit memulakan 'drama' pada awal pagi.

"Encik marah saya ke? Marah saya ke?," dia tiba-tiba menyinga.

Tidak cukup secara berterusan meninggikan suara, dia kemudian membrek teksi secara tiba-tiba  lalu berhenti di lorong kecemasan di kiri lebuhraya.

"Oh! Encik marah saya tadi?," jerkahnya lagi.

Suasana di dalam teksi gelap, melalui cermin pandang belakang, dia tidak mampu melihat wajah penumpangnya.

"Saya hanya tegur encik. Sekarang ni cuba tengok, saya marah ke atau encik marah sebenarnya? Siap berhentikan teksi lagi," ujar saya.

"Awak marah saya ke?," jerkahnya lagi.

Saya kemudian memperkenalkan diri.

"Encik, nama saya Mazidul Akmal Sidik, saya blogger. Jangan sampai saya menulis berhubung kejadian ini di dalam blog," celah saya.

Dia tersentak.

"Ya Allah! Ya Allah! Astaghfirullahalazim! Padanlah tadi saya dengar suara, macam kenal. Saya dah tersilap ni! Saya pun memang tak pernah berjumpa dengan encik Mazidul, hanya tengok dalam TV saja.  Aduh! Saya dah tersalah cakap ni!," keluhnya.

Berulang kali dia beristighfar. Saya bertindak mendiamkan diri sebelum dia memandu  keluar kenderaan dari lorong kecemasan.

"Encik, macam inilah, tolong berhenti dan tinggalkan saya di tepi jalan. Kalau ada kereta peronda polis lalu, nanti saya minta tolong hantarkan saya balik ke rumah," pinta saya.

Tindakan pemandu berambut putih, berusia 62 tahun itu menjadi lebih tidak menentu, gambarnya saya rakamkan.


Kenderaan dipandu perlahan, 90 km/jam.


Sepanjang perjalanan, pemandu sebelumnya berang, hanya mendiamkan diri.

"Marahlah lagi encik. Mungkin begini sikap sebilangan pemandu teksi di LCCT. Bila penumpang tegur sikit, tekan brek, berhenti mengejut," celah saya.

Dia terus membisu.

Perlahan saya menukarkan mode kamera kepada video sekaligus perbualan berikut dirakamkan.

video


"Ya Su, di Kota Damansara ni,  tengah hantar customer"

Dia menjawab panggilan sewaktu teksi dipandu menyusuri susur keluar ke Kota Damansara.

Tindakannya berbual menggunakan telefon bimbit sambil memandu, bercanggah dengan undang-undang tetapi saya membuat keputusan untuk mendiamkan diri.

Penat, selepas 2 hari 'bertapa' di Mahkamah Sesyen Sandakan, menjadi saksi utama perbicaraan kes pemerdagangan orang.

Teringat kenyataan  penyelia saya hubungi ...

"Kejadian biasa, pemandu cuba tiba di LCCT untuk mengejar rate tengah malam. Bila sampai  awal, customers dah beli tiket sebelum jam 12, jadi dia orang tak dapatlah extra charge, itu 'hangin' semacam tu"

Kemaskini

Petang tadi saya telah menghubungi pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ Putrajaya. Beliau meminta saya menyerahkan butiran berhubung pemandu terbabit, nombor pendaftaran teksi, masa kejadian dan maklumat dirinya.

Dia akan diberikan notis untuk tampil di pejabat JPJ untuk siasatan dan saya juga akan dipanggil untuk menjadi saksi.

Yeah! I want to do it.

Kenapa? Supaya dia tidak bertindak sama terhadap penumpang lain di masa akan datang.

62 ulasan:

  1. malu ngan sikap rakyat malaysia sendiri...teringat masa di bandung, pemandu teksi sgt berhemah,bersopan...perlu ke sepanjang masa nak pantau...takkan sepanjang masa nak salahkan pihak berkuasa sebab tak ambil tindakan...ntah brapa ramai dah jadi mangsa dia...

    BalasPadam
  2. salam ziarah first time tahu saudara mazidul ada blog tu pun tahu dari maklumat sahabay blogger saya pape pun saya sudah follow saudara. saudara mazidul kne follow saya balik tau.. bukan apa senang nk jejak :)

    BalasPadam
  3. Padan muka pemandu teksi tu..blagak taiko! dia xtau yg naik teksi dia mlm tu en.mazidul!br reti nk minta maaf!!suka en.mazidul buat cm tu kt dia!!

    BalasPadam
  4. salam..

    saya pun pernah kena dengan pemandu teksi yang tak tau jalan...geram je rasanya..

    BalasPadam
  5. amek tu kene sekolah..
    itu baru pemandu yg kurang ajar, belum sentuh lagi pemandu2 teksi yg berlagak sebagai raja di jalan

    BalasPadam
  6. Salam Encik M.A.S,
    Tolonglah bawak perkara ni kepada pihak berkuasa. Kalau bukan encik M.A.S, yang jadi penumpang tu agaknya, entah apa yang akan jadi.

    BalasPadam
  7. Assalam. memang kebanyakan pemandu teksi di kotaraya bersikap begitu. Tidak dinafikan juga ada pemandu teksi yang jujur dalam kerjanya. Saya difahamkan semua teksi di kotaraya menggunakan sistem teksi bermeter. Jika ada kesempatan, En Mazidul boleh melihat keadaan di kawasan Mentari Court. Saya pernah terkena jika waktu awal pagi, dalam pukul 8am, mereka beritahu awal² charge ke destinasi. Saya dikenakan charge RM40 dari mentari court ke SS2 PJ, padahal terang² dipintu teksi tertulis "Teksi Bermeter, Tawar menawar tidak dibenarkan". dan alasan mereka seawal pagi meter masih belum berfungsi pada waktu pagi.

    BalasPadam
  8. Itu kebetulan terkena dengan Sdr. Kalau kena dengan penumpang yang 'tak tahu bersuara', pastinya akan menjadi mangsa. :(

    BalasPadam
  9. Saya terfikir....andai kata yang dalam teksi tu adalah saya...
    Bukan "Mazidul Akmal Sidek"...
    Adakah saya akan ditinggal kan di tepi jalan???
    Macam ni ke yg dikatakan "Budi Bahasa Budaya Kita" ?????!!

    Terkini:
    Jom jual barang...!

    BalasPadam
  10. mak ai mahalnya rm84, tu nasib baik en mazidul, kalau orang lain tah2 ditinggalkan tepi jalan

    BalasPadam
  11. aduhaii saya yg baca tumpang tersangat sakit hatiiii...pernah mengalami keadaan sebegini...naik limo ke puchong drp KLIA dengan RM 120....

    BalasPadam
  12. Kenapa pemandu teksi ni kurang budi bahasa?

    BalasPadam
  13. kalau mcm tu suma org nak jadi blogger terkenal cam Mazidul..baru taiko2 ni cuak..
    hipokrit betul. sepatutnya bukannya takut masuk media, takut pada balasan Allah tak pulak diingatnye.geram den.

    BalasPadam
  14. Saya dah plen nak pegi KL bulan Julai ni naik Air Asia..saya takut kjadian yg sama berlaku kat Abg mungkin akan berlaku kepada saya..

    Abg ada idea tak mcmana nak pergi kat Kuala Lumpur dari LCCT? teksi mana yg lebih selamat atau ada kenderaan awam yang lain boleh digunakan? saya pertama kali menggunakan LCCT ini, so tak tau lah keadaan kat sana...

    Orang Brunei...

    BalasPadam
  15. Puas hati!!.
    Itu saja perkataan yang sesuai untuk golongan yang tidak 'sekolah' ni.
    Sesekali kena sekolah memang bagus.
    Keep it up bro Mazidul.

    BalasPadam
  16. Huh...berdebar..ingatkan dia nak apa-apakan saudara. Hmm nasib juga saudara ni orang terkenal..agak kalau orang macam saya ni yang naik teksi dia...jadi ulam dah kut...tau pulak dia takut...

    BalasPadam
  17. Bagus...sebagai pengajaran kepada pemandu2 limo yang lain...harap depa tengok tampalan ni...ramai dah yang terkena sebelum ni..tp tak buat komplen.

    BalasPadam
  18. Pemandu teksi kan digelar duta kecil negara? Bila pelancong turun dari kapalterbang, pemandu teksi (dlm konteks ni, pemandu limo airport la) yang dicari dulu kan?

    Kalau macam ni punya attitude dan perangai, macam mana nak bagi impression yang bagus pada penumpang?

    Umur dah berusia pun tak reti nak hormat penumpang. Manusia, manusia...

    BalasPadam
  19. Dari pengalam saya dan keluarga yang telah menjelajah kebeberapa negara luar, kami berpendapat bukan hanya pemandu teksi, tetapi sebahagian besar pemandu pengangkutan awam diMalaysia tidak cukup REHAT dan bekerja terlalu KERAS. Bukan untuk menjadi kaya, tetapi untuk menyara keluarga dan mengelakkan diri dari kedaifan. Tanyalah kepada pakar psikitri dan mereka akan terangkan betapa keinginan untuk mengelak dari hidup yang daif boleh menukar warna kehidupan seseorang. Seorang yang baik boleh jadi jahat dan yang jujur boleh jadi penyangak. Kemalangan bas ekspress pun banyak dikaitkan dengan pemandu yang tertidur, tidak peka pada pemanduan dan memandu laju untuk mengejar komisen/elaun tambahan. Dimana silapnya?

    tahirnisa@blogspot.com

    BalasPadam
  20. wah...terkedu dia dengar name en. mazidul..

    BalasPadam
  21. Teruk betul la perangai macam ni, nak tunjuk gengster tak kena tempat. Nasib baik abang mazidul dalam kereta tu...kalau orang lain jenis panas baran.....mau jadi tikam menikam dalam kereta tu...masuk lak Metro besok nanti....Bengap punya pemandu teksi!

    BalasPadam
  22. Buku n ruas,
    bekas polis ke tentera?

    BalasPadam
  23. LaukBrunei: Kalau anda risau untuk menaiki teksi di LCCT, saya cadangkan anda gunakan perkhidmatan bas. Cuma perkhidmatan bas hanya untuk ke KL Sentral yang cuma beharga kurang dari RM 10.00. Dan dari KL sentral anda boleh gunakan perkhidmatan teksi atau tren untuk ke destinasi yang anda ingin pergi. Sekian :D

    BalasPadam
  24. KLIA & LCCT sama caranya beli tiket di kaunter teksi mmg kadarnya begitu... bagi kita yang jarang naik kapal terbang sememangnya terasa mahal sangat... kecuali ulat yang menjadi isu sejak berzaman... mungkin murah sikit.

    Sementelah itu selalunya lebih baik kita minta kawan hantar kasi tambang kadar teksi pun tak apa; setidak-tidaknya membantu ekonomi rakan.

    Berlagak Taiko itu satu hal... yang paling kita kuatiri adalah keselamatan penumpang; nyawa bukan boleh dijual beli; peratus keselamatan atau maut paling tinggi adalah duduk di hadapan sebelah pemandu; kedua tak selamat bangku belakang... paling selamat selalunya pemandu. Bermakna jika dirempuh dari belakang pemandu Taiko ini mungkin selamat Bro Maz belum tentu.

    Huh! memang menaikkan tekanan darah tinggi betul baca catatan yang ini.

    BalasPadam
  25. Eja, welcome and thank you.

    ZZ, yang kedua rasanya.

    Jari, bukan tidak hormat orang tua, orang tua tidak belajar menghirmati orang muda.

    Zhafrie, saya telah berjanji kepada pemandu akan membawa kes ini kepada pengetahuan pihak berkuasa. I did, believe me.

    LaukBrunei, jawaban terbaik diberikan rakan blogger, Noorain.

    BalasPadam
  26. drebar teksi memang langsi... kalau org laen dalam teksi tu kompom drebar tu maki agi... laanat tol...

    BalasPadam
  27. Sokong dengan tindakan En. Mazidul, bukan kita nak menunjukkan kuasa,tapi biar dia tahu, jangan suka suka hati nak berlagak samseng, supaya dia belajar hormat penumpang, walau pun penumpang cuma orang biasa yang tiada nama.

    BUKU DAH TERKENA RUAS.SYABAS....

    BalasPadam
  28. Teruskan Bro & kalau boleh kita buat kempen mari rakam aksi service provider, counter service personnel yg kurang sopan, biadap & melanggar undang2.

    Warga malaysia dah jemu sgt dah dgn 3rd mentality orang2 gini.

    Full Respek dari saya

    BalasPadam
  29. Terima kasih atas entry ini. Sesiapa sahaja yang tiba di lapangan terbang dalam jangka masa tersebut iaitu beberapa minit sebelum jam 12 tengah malam akan mengalami nasib yang sama.Driver teksi yang mengharapkan habuan charge tambahan selepas mid-night tetapi tak dapat. Kalau orang biasa tah apa yang akan jadi pada waktu sebegitu. Sampai bila perkhidmatan teksi di Malaysia akan bertambah baik?

    BalasPadam
  30. Masuk lapuran dalam 999.. Tulah saya x ambil teksi kalo pg kl. Saya ambik bas atau train je.

    BalasPadam
  31. HAHAHA...TAU PLAK TAKUT...KATA TAIKO...TERUS JADI TIKUS DENGAR NAMA MAZIDUL SIDEK...HEHEHE..MMG PADAN DGN MUKA ORG MCM NI..BARU JUMPA BUKU DENGAN RUAS..SYABAS EN. MAZIDUL...TERUSKAN USAHA MURNI ANDA...SAYA SENTIASA MENYOKONG ANDA..

    BalasPadam
  32. Mungkin dia dah biasa buat pada orang lain.JPJ patut pantau dan buat sesuatu kepada pemandu teksi di KL.

    BalasPadam
  33. adakah sebab en mazidul baru dia tersentak. jika kita yang biasa2 ni harus kena "tembak". demi wang, takde kesopanan dah?

    BalasPadam
  34. Saya sokong tindakan En Mazidul.. Biar jadi pengajaran kepada pemandu2 lain..

    BalasPadam
  35. salam en.mazidul.,
    saya mempunyai seorang biras yang bekerja sebagai pemandu teksi di LCCT. tetapi teksi premier. Yang en naik tu terang2 lambang proton di steringnya ialah teksi budget.

    saya hairan kerana encik beritahu yang teksi di LCCT kelihatan tidak mencukupi.

    Dah nak dekat sebulan, teksi budget ini telah mengacau periuk nasi teksi2 premier. di mana, customer yg sepatutnya diberikan tiket teksi kelas primier tetapi diberikan teksi kelas budget. potong line orang kata..:) sudah hampir sebulan jugalah, biras saya itu agak down sedikit pendapatannya berbanding sebelum ini yang pndapatannya agak mewah.

    Elok juga, encik report kpd pihak yg berkuasa. agar jadi peringatan untuk diri sendiri..

    BalasPadam
  36. Inilah hakikat..tu saudara Mazidul yang naik dan dia perasan. Dia tahu siapa Mazidul, tapi bayangkan kalau pelancong atau orang biasa yang memang dia tak kenal...saya rasa memang maki hamun je dapat sedangkan kite pelanggan dia..pada saya tak salah kalau tak tahu jalan mungkin sebab tidak biase dengan kawasan tapi tak salah juga kalau beritahu penumpang dengan cara baik..huh..

    Teruskan ..bawa ke pihak yang berkuasa

    BalasPadam
  37. Harap2.. jadi pengajaran untuk dia.. supaya tak bersikap macam tu lagi pada penumpang lain.. itu abg Dul yang naik..kalo org lain..tak tau la macam mana agaknya ye..

    BalasPadam
  38. saya pun ada juga menggunakkan khidmat Teksi dari LCCT...tapi tiada pengalaman seperti tuan...

    ni nak mintak izin, kalau kena pemandu Taiko mcam tu....boleh mengaku..."Saya adik Tuan Mazidul....hmmmm mesti depa layan saya dengan baik...kannn

    BalasPadam
  39. tahniah bro...saya rasa ramai org yang da pernah alami pengalaman macam ni..tapi mungkin takde kekuatan utk bersuara...tq..tq n tq..to pemandu teksi yang berperangai sedemikian...berhati2lah...jgn sampai tertangkap lagi...

    betulkan yang biasa,biasakan yang betul, yang baik berterusan insyaAllah..

    BalasPadam
  40. ntah berapa ramai yg dah terkena dgn perangai buruk pemandu teksi tersebut.. tindakan tegas perlu diambil dan didedahkan supaya menjadi contoh kpd yang lain..

    BalasPadam
  41. Dah kena sekolah awal2 pagi, he3... Semoga pemandu terbabit dan pemandu yang sepertinya mengubah sikap seperti itu...

    BalasPadam
  42. Dlm cerita nie, sy satu je sy nak respond. Keberanian tuan. Mungkin atas keberanian itulah yg membuatkan tuan menjadi wartawan ini, bukan wartawan hiburan hehehe.

    Saya kagum, klu ada 10 mcm tuan, mau begegar semua manusia seiras perangai SYAITAN. tidak semua org boleh buat seperti tuan. Tahniah....saya suka..

    BalasPadam
  43. terima kasih cik mazidul. saya selalu kena buli dengan pemandu teksi mcm ni. sampaikan saya konfiden semua pemandu teksi memang makan duit haram. benci saya dah ke tahap sebegitu. terima kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  44. sy pun berpandangan sama dgn nina..mgkin ramai pemandu teksi mkn duit haram...kebanyakannya menipu utk hidup.sy pun penah terkene dgn pemandu teksi sebgini,hggakan sy serik/tdk berminat menggunakan perkhidmatan teksi lagi.smuanya gara2 sikap pemandu yg kurang ajar dan kuat menipu.patutnye hormat pelanggan, sb pelanggan yg bg dia org makan(bg gaji)..ni tak..nk maki hamun pelanggan lagi..apa nk jadi la org cmni..mmg patut pun en mazidul dedahkan dlm 999 dan bawa kes ni ke tengah sbg peringatan kdp pemandu teksi tersebut dan kepada pemandu2 yg lain(pas ni mgkin dia akan nasihatkan rakan2 dia plak,jgn tiru perangai dia)

    BalasPadam
  45. Sokong tindakan tuan, saya selalu menggunakan perkhidmatan teksi LCCT cuma belum lagi terkena dengan pemandu yang kurang ajar cuma pekerja di kaunter yang kurang mesra dan tekan pengguna. Sy pernah tiba dari langkawi jam 11.45pm...tetapi bila tiba di kaunter sistem hang..selepas jam 12 baru sistem ok. Ini taktik untuk dapatkan caj lebih selepas jam 12mlm..

    BalasPadam
  46. sokong tindakan en mazidul..dah bnyk kali kene dengan pemandu teksi nih..pernah sekali dah ar tak pakai meter amek cas dabel dr asal..pastuh siap cari pasal kat jalan raya dengan brek mengejut kat lane kanan sbb nak cari psl dengan driver yg bwk slow..kite yg sbg penumpang nih plak takot semcm...kat kl nih lg ar jgn ckp..jln tuh mcm derang yg punyer..sbb tuh kalo teksi yg bwk mcm setan nih malas nak layan..kalo layan kang panjang ceriter kang..biler dah terkene dgn enc mazidul br sibuk nak ingt tuhan..sblm tuh takder plak nak ingt tuhan..cari rezeki tp tak berkat last2 duit tak pernah nak cukup..sy lebih rela mintak member amekkan siap bg pinjam keta time tak der..aper punyer org ar driver teksi nih

    BalasPadam
  47. Tak semua pemamdu teksi yang mcm ni..ada juga pemandu teksi yang jujur bekerja tetapi still terkena sbb hanya perangai segelintir mereka yang mcm ni..

    Saya pernah mengalami situasi yang pahit dan baik.Situasi yang pahit bila driver teksi tuh mengejar masa sbb nak ambil customer lain n oleh itu dipandunya teksi dengan laju.Saya dan rakan ketika itu hanya mampu mendiamkan diri sbb takut. Pengalaman manis pula, akibat kelalaiaan saya, duit teksi yang sepatutnya cukup telah tercicir dan tambang teksi yang sepatutnya rm8,telah terkurang rm5..saya yang ketika itu berada dalam tingkatan 5,mmg agak gusar tetapi alhamdulilah diberikan pemandu teksi yang baik, dia halalkan sahaja tambang tersebut..saya bersyukur sangat2 dan saya doakan dia mendapat limpah rahmat yang berpanjangan..

    BalasPadam
  48. tu yg kadang2 benci naik teksi, jarang sangat dapat pemandu yg bersikap macam manusia.. kebanyakannye berlagak, bwk teksi slow je, pastu suke ikut jalan jauh.. tapi tak sume la yg hati busuk kan..

    BalasPadam
  49. tahniah en. mazidul.. jika x di ambil tindakan mgkin org lain pula akan terkena.. x tau lah kalau yg kene ceno org pmpuan.

    BalasPadam
  50. elok la tu...kasi pengajaran utk driver tu..senang2 dia bole brenti mengejut camtu dan membahayakan penumpang...aku dah lama bawak taxi ni pun x sampai hati nak wat camtu kat penumpang...tu la dia bila byk sgt sykt yg menguasai taxi d lcct...kat aport ni kena 2 atau 3 sykt jer patut beroperasi..baru senang nak disiplin kan driver...kalo 1 sykt control taxi cam klia pun xleh gak..nnti dia ingat dia sentiasa betul jer..driver sumer xbetul...(off air komen ni)...

    BalasPadam
  51. Saya rasa semua pemandu teksi ni jahat... Sbb semua komen trok- trok kt driver taxi... Betol ke? Betol ke? Cuba pkir ckit...

    BalasPadam
  52. assalmualikum semua..

    ayam_katik : cr je teksi lain..

    ^bblovedd^ : jgn pertikaikn, harga telah ditetapkan oleh pihak yg berkuasa.

    iDAN : ULAT murah..? belum kena belum tahu.. klu dh kena mana nk mengadu..

    cubaan : teksi budget kacau periuk nasi premier..?? semua tu ditentukan oleh pihak yg menjual kupon, klu biras awk bwk budget?? tentu premier pulak disalahkan..

    Nina : jgn KONFIDEN semua pemandu teksi makan duit HARAM..kasar sgt tu..

    am : klu xde org mcm awk mesti pemandu teksi xmkn..xde GAJI..

    F&D Solution : 11.45pm sistem hang, 12am br ok..itu xde kena mengena dgn perkhimatan teksi, itu hal yg diuruskan oleh pihak yg menjual kupon..

    5c1d : dh bnyk kali KENA..? kenapa x buat aduan kepada pihak yg berwajib..? catat no pendaftaran dan masa..buat aduan..jgn asyik terKENA saja..

    DarkSky : bwk slow xblh, bwk laju xblh..? entahlah..

    juara : SEMUA pemandu teksi JAHAT..? apalah yg akan jadi kepada semua penumpang yg akan naik teksi lepas ni..?

    saya seorang hamba ALLAH yg mencari rezeki HALAL dgn membawa teksi ingin momohon kepada semua, siasat hal ini dulu..jgn dgr dr sebelah pihak saja..jgn kerana nila setitik rosak susu sebelanga..NO body PERFECT!! setiap manusia melakukan kesilapan..

    mohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahas..sekian wassalam..

    BalasPadam
  53. salam en.mazidul

    saya nak komen sedikit dengan pandangan yg terlalu negatif dlm blog anda.

    berhubung dengan kenyataan encik berkenaan kekurangan teksi di LCCT itu adalah tidak benar. Teksi2 di LCCT ni dipanggil naik ke terminal mengikut giliran. Teksi2 ini berada di kawasan tunggusedia (pool) untuk naik ke terminal jika pihak pengurusan teksi memanggil mereka untuk ke terminal.

    Ayam_katik: Pemandu2 teksi yg gagal menggunakan meter ini hendaklah dilaporkan kpd pihak berkuasa.

    bblovedd: Harga tambang di LCCT bukanlah ditentukan oleh pemandu teksi. Tambang2 yg dikenakan telah diluluskan oleh pihak berkuasa.

    Pida Sanglang: Dari KLIA ke Puchong RM120? Mungkin encik naik limo premier rasanya. Saya tak percaya tambang limo KLIA (budjet) semahal itu. Ini kerana limo mempunyai sistem pemantauan yg terbaik kerana mereka mempunyai penguatkuasa sendiri yg tiada kompromi dgn pemandu2nya.

    Zack2015: Tak semua pemandu teksi tidak berbudi bahasa.

    Laukbrunei: Encik boleh memilih samada menggunakan perkhidmatan teksi ataupun bas. Saya percaya tak semua pemandu teksi bersikap sedemikian.

    ahmad: Tak perlulah kita mengeluarkan kata2 sedemikian rupa kepada pemandu2 teksi. Kata2 itu kurang enak kalau dibaca. BUDI BAHASA BUDAYA KITA.

    cubaan: Disini tak timbul soal potong line. Bukan pemandu teksi yg menentukan atau mengarahkan penumpang membeli tiket. Ini terpulang pada penumpang itu sendiri.

    Afiq zainal: Perkara ini mudah saja, jika ada perkara yg anda tidak berpuashati anda boleh terus menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkannya. Org kita kebanyakkannya hanya bercakap dibelakang saja. Kerajaan kan dah bg saluran dimana kita boleh melaporkan masalah2 berkaitan perkhidmatan awam di Malaysia.

    Nina: Awak bukan Tuhan untuk menilai semua pemandu teksi di Malaysia makan duit haram. Tak semestinya org yg makan gaji dipejabat tu makan duit halal tiap2 bulan. Org yg dtg kerja dengan org yg dtg bekerja adalah 2 watak yg berbeza.

    En.Mazidul hanya mencari salah pemandu teksi dan tidak pula melihat kesalahan penumpang. Ada juga penumpang yg cuba menipu ketika menggunakan perkhidmatan teksi di LCCT. Sebagai pemandu teksi dimana kami nak melaporkan perkara tersebut?

    Contoh 1: Penumpang berkenaan tinggal di Regency Hartamas, Jalan Duta dan membeli tiket Sri Hartamas. Sistem kopun dijual mengikut zon. Tambang Sri Hartamas RM73.50 manakala Regency Hartamas ialah RM84.00. Siapa yg akan menanggung kerugian sebanyak RM10.50 berkenaan?

    Contoh 2: Saya mengambil 2 org penumpang dr LCCT. Tiket tertulis Jalan Kuchai Lama. Sampai saja di destinasi tersebut seorg penumpang saja yg turun manakala seorg lagi meminta saya htr ke Ampang dan akan menambah RM10. Di LCCT satu kopun satu destinasi. Kami diherdik kerana enggan menghantar. Teksi LCCT tidak mempunyai meter dan saya mencadangkan agar dia mengambil teksi lembah kelang. Berapa penumpang tu untung jika dia berbuat demikian? Tambang ke Kuchai Lama RM73.50 dan Ampang RM84.30. Hampir 100% penumpang untung.

    Renung2kanlah....

    BalasPadam
  54. karanka> sokong 100%

    putera desa> may ALLAH bless you..

    BalasPadam
  55. saya sokong.begitu juga teksi kat ktm sungai buloh.teksi ada meter.klu pakai meter ke hosp sungai buloh rasa2 sampai tak RM8.00.sudahlah memandu mcm f1.kejar penumpang lah katakan.

    BalasPadam
  56. memang ada yang baik dan ada yang kurang.tapi yang baik boleh dikira.kalau ditanya semua dah naik.naik apa.naik tocang.terus marah penumpang.kalau tak nak di salahkan nasihatkan kawan2 teksi agar sentiasa berbudi bahasa.orang sabah yang pernah terkena pemandu teksi kurang ajar.klu disabah mati di bunuh suda.

    BalasPadam
  57. Salam ..

    1- Driver ni mungkin marah sebab x dapat midnight charge.
    2- Dia tak patut lepaskan geram atau meninggikan suara sebab ape yang berlaku bukan salah penumpang.
    3- Care driver memberhentikan kenderaan di tepi jalan sebab marah memang x di amalkan oleh pemandu.

    Tapi dari ape yang saye bace di atas, saudara penulis pon ade mem buat provokasi ke atas driver juga seakan akan menyimbah minyak ke atas api

    1- Belajar jalan. Walau bertahun memandu teksi sekalipon untuk ingat setiap seksyen & name jalan memang susah. Tapi kalau teksi tersebut di lengkapi sistem GPS pasti ianya tiada masalah untuk cari dengan syarat penumpang kena sediakan alamat penuh untuk pemandu.

    Saya tahu niat penulis adelah untuk berbual tapi cubalah elakkan soalan sinis yang mana boleh menimbulkan kemarahan seseorang sebab dari apa yang saya bace saudara penulis ibarat cuba mencari bahan dan sengaja mengumpan pemandu masuk ke dalam perangkap. Hehe ...

    Berkenaan laporan saudara ke pihak berkuasa amatlah saya sokong supaya semua pengguna tahu hak mereka dan pemandu tidak mengulangi kesilapan yang sama.

    BalasPadam
  58. Salam Tuan Mazidul..., baru terjumpa posting tuan nie..., tepat dan berani.., tahniah.

    Sebenarnya saya juga adalah pemandu teksi, blog saya http://taxidriversmind.blogspot.com

    Pengalaman tuan ini sebenarnya banyak sekali saya dengar dari rakan pemandu sendiri apabila mereka "dengan bangganya" menceritakan pengalaman mereka membrek kenderaan mengejut, menghalau penumpang keluar, mencampak barangan penumpang dan lain-lain lagi.

    Saya turut malu dengan keadaan ini, cumanya saya merasakan "pemandu" secara bersendirian tidak akan mampu mengubah situasi ini kepada yang lebih baik.

    Ia memerlukan sistem perkhidmatan teksi yang lebih baik, proses pendidikan pemandu yang berterusan, penguatkuasaan yang tegas dan tak lupa juga perlu dipastikan kebajikan pemandu turut terbela dengan memastikan mereka mendapat imbuhan yang setimpal dari titik peluh mereka.

    Saya setuju kalau pak cik ini dipencenkan sahaja dari membawa teksi, beliau tidak layak, kerja yang sesuai mungkin sebagai jaga di hadapan kedai emas. Namun, memencenkan pak cik seorang ini tidak akan mampu mengatasi masalah disiplin majoriti pemandu lain.

    Saya sentiasa memujuk diri dengan perkataan "hanya segelintir" yang bersikap demikian..., tapi hakikatnya bersepah di sekeliling saya..., :-(

    BalasPadam
  59. Salam...

    Suka2 je org2 dlm ni nak kutuk driver teksi??

    budi bahasa budaya kita tau....

    dalam setandan pisang bukan semuanya busuk.... dan bukan semua driver teksi tu asalnye dari mula bawak teksi... ada yg siap kerja hebat2 lagi sebelum buat keputusan nak jadikan memandu teksi sebagai mata pencarian hidup....

    saya pun bawak teksi, alhamdulillah customer saya semua selesa dgn saya...

    kejadian2 yg macam ni jangan djadikan penanda ukur atau utk menghukum pemandu2 lain....

    sekian

    BalasPadam
  60. sokong perbuatan abg mazidul utk lanjtkan hal ini ke pihak bewajib.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.