Selasa, Disember 21, 2010

Top? Bottom Or Flexi?

Gambar anda berpakaian sempurna dimuatkan di blog gay. Kemudian, di sisi gambar itu ditampalkan gambar lelaki berbogel berpenampilan tidak ubah seperti anda, cuma tanpa se urat benang.  

Itu senarionya.

Barangkali anda insan terpilih, dianggap seksi kelompok gay di negara ini. Mungkin juga tubuh  six-pack anda sentiasa menjadi idaman dan kegilaan mereka.

Mereka, jenis lelaki main belakang. 

Di kalangan kelompok gay, mereka mempunyai istilah tersendiri. 'Top', lelaki di atas, 'bottom', lelaki di bawah dan paling hebat, 'flexi', lelaki boleh berada di atas dan di bawah.

Baiklah, andai terjadi, benar gambar anda dimuat naik di blog gay ...

Then what would you do?

Diamkan diri? Biarkan gambar terbabit disaksikan sesiapa sahaja, mungkin adik-beradik atau anak sendiri?

Fine.

... atau buat laporan polis dan kemudian memohon kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menyiasat?

Mengapa harus mengizinkan pemilik laman blog gay sewenang-wenangnya memuatkan gambar kelihatan seperti anda?

Kejadian menjejaskan reputasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.

Catat Ulasan