Isnin, Disember 27, 2010

Jururawat Lelaki Pemilik Blog Lucah

Pemilik blog Jom-lelaki memaparkan gambar kenalan saya berpakaian lengkap. Di bawah gambar terbabit ditampal gambar lelaki berbogel dalam keadaan terlentang.

"Itu bukan gambar saya. Mungkin ada iras sedikit," ujarnya kesal.

Lalu saya mengubungi Perisik Siber, PS, antara individu pakar dalam bidang teknologi maklumat.

"Bro, tolong trace maklumat blogger tu," pinta saya.

Kurang 24 jam, semua maklumat berhubung blogger terbabit dihantar kepada saya.

Maklumat lengkap.

Selain memiliki blog, dia juga memilik laman web serta aktif di akaun Facebook dan Myspace. Nombor kad pengenalannya, 841014-13-XXX, berusia 26 tahun, berasal dari Batu Kawa, Kuching, Sarawak.

Menurut rekod  tercatat, dia bertugas sebagai jururawat di hospital negeri sama, nombor telefon bimbit,+6019877-XXXX.

Terus-terang, saya boleh mendedahkan SEMUA  maklumat peribadinya kerana dia secara terang-terangan menjual maruah kenalan saya. Namun jika itu saya lakukan, pasti imejnya tercemar dan kerjayanya mampu tergugat.

Justeru saya mengambil keputusan tidak mengambil tindakan itu, buat MASA INI.

Wajah pemilik blog terbabit terpampang di blog miliknya.

Sewaktu tampalan ini ditulis, blog miliknya masih aktif, berikutan itu saya akan menghubungi dan memastikan dia bertindak mengeluarkan gambar kenalan saya itu.

Wajarkah tindakan ini?

Kepada PS, muchas gracias!

16 ulasan:

  1. best juga keje korek mengorek macam ni. macam dalam movie la.

    BalasPadam
  2. Sedih dengan mereka yang jauh tersasar dan turut mengheret orang lain dalam kancah ciptaan mereka. Semoga mereka bertemu jalan pulang. :(

    BalasPadam
  3. Salam Mazidul, Satu tidakan yang wajar, tegas dan berani syabas. New Entry "Segan jugak saya, kalau org main ikut-ikut :)"

    BalasPadam
  4. Salam Tuan Mazidul,

    Pendapat saya, wajar tindakan tuan mendedahkan pemilik blog berkenaan...

    Mudah-mudahan dengan tindakan ini, dia akan menghentikan perbuatannya itu...

    BalasPadam
  5. en mazidul..

    xperlu la membuka AIB org..
    xbgs kot membuka aib org ni..

    biarlah mereka dgn kehidupan mereka..

    tu hal mereka dgn tuhan..

    pelik juga kenapa en mazidul ni bnyk sgt ENTRY psl lucah laa gay laaa..gay terutamanya bnyk..

    adakah en mazidul gay?

    mmng gay itu salah tp xperlulah smpi mengaibkn org..

    masing2 dgn kehidupan masing2..

    setiap dr mereka past akn sedar dan akn kembali dgn izin-Nya maka x perlulah sehingga mengaibkn org

    sekian

    BalasPadam
  6. pergh....
    dahsyatnyee..cam dlm muvee..
    bleh tr0s trace maklumat org..cayalah..
    kalau situasi begini boleh lapor polis??

    BalasPadam
  7. Salam,
    Saya sokong dengan pendedahan sebegini. Ramai yang terkena kes-kes sebegini (gambar, identiti dll digunakan pihak ketiga untuk tujuan negatif) tidak tahu macam mana cara nak buat untuk atasi secara betul. Kalau dibiarkan tanpa atasi, lebih banyak kemudaratan yang perlu dihadapinya. Bagaimana kalau anak-anak, atau kawan-kawan anak-anak yang tenguk, saudara mara dan sahabat handai...pasti amat memalukan kena tanggung apa yang tidak dibuat.

    Kalau memang dah sebegitu cara hidupnya, lain pulak cerita.

    BalasPadam
  8. Peace, wajib ada pengadu, kemudian buat laporan polis dan dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, tindakan boleh dilaksanakan samada blogger terbabit memfitnah, memuatkan bahan jelik atau pelbagai lagi dakwaaan.

    Apa pun pastikan anda mempunyai screen shot blog terbabit.

    BalasPadam
  9. Bodoh betulla mamat ni,kalau kat kampung, orang banjar cakap " bodo makan tahek"...Bukan Bro yang mengaibkan diorang. Terang2 diorang yang paparkan apa yang diorang buat....Aje gile..!1

    BalasPadam
  10. Salam,

    Dunis siber kini dah kurang selamatuntuk kita sebab mudah di trace kan

    Jom kongsi pengalaman KISAH BENAR: Hikmah Disebalik Musibah

    BalasPadam
  11. Pemilik blog telah memadamkan blog lucah miliknya.

    Thank you all.

    BalasPadam
  12. Kenapalah sanggup buat macam tu...buat malu kerjaya jururawat je..ni la yang org dok kata sebab nila setitik..

    BalasPadam
  13. mmg byk jururawat lelaki adalah gay..ini tidak dinafikan sbb ditempat saya kerja PPUM pon ader yg gayboy..tak sangka ader yg sanggup buat website utk tarik org jadi gay gak..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.