Ruang Iklan Zone A

Jumaat, Disember 31, 2010

Hitam Putih Tahun Berlalu Dan Mendatang

31 Disember, hari terakhir bagi tahun 2010. Esok, 1.1.11 kita melangkah ke tahun baru.

Hakikatnya, tahun berlalu tidak akan berulang kembali., maksudnya, tiada lagi tahun 2010 di masa akan datang. Di sepanjang tahun lalu, pastinya berlaku pelbagai peristiwa di dalam kehidupan kita sebagai manusia. Sebilangan peristiwa duka, sebilangan lagi peristiwa gembira, mewarnai hitam putih kehidupan.

3 peristiwa signifikan berlaku pada tahun 2010 dalam hidup saya, abah meninggal dunia, kelahiran anak saudara pertama, Muhammad Rayyan, kini berusia 11 bulan dan anak sulung saya, Muhamad Afif Faiq meraih keputusan cemerlang dalam UPSR.

Pembaca juga menempuh pelbagai peristiwa sepanjang tahun lalu. Antara peristiwa hitam dan putih dilalui?

Kongsikan bersama saya dan pembaca lain.

Apapun, tahun 2011 InsyaAllah bakal kita tempuhi dengan ketabahan.

Kepada semua pembaca blog ini, selamat menyambut tahun baru!

12 komen:

Jari Lentik berkata...

Selamat Tahun Baru abg mazidul, semoga thn hadapan dimurahkan lagi rezeki :)))

nuargto berkata...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada Encik Mazidul dan para pembaca setia blog Mazidul Akmal.com..

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Mazidul kerana memberi kesempatan ini untuk mencoretkan perkara signifikan yg berlaku dlm hidup saya sepanjang tahun 2010.

Berikut adalah beberapa perkara/peristiwa tersebut:

1)Kematian bapa saudara tetapi tidak berkesempatan untuk melawat
2)Mengambil pembantu rumah warga Indonesia selama sebulan sahaja dan kemudian memulangkan kembali kepada ejen
3)Tertinggal kapal terbang sewaktu penerbangan dari LCCT ke Sibu
4)Berjaya menulis ebook pertama
5)Mempunyai blog yang kedua http://discount-hari2.blogspot.com

Seperti juga Encik Mazidul, saya juga berharap tahun 2011 dapat kita tempuhi dengan tabah dan sabar.

Selamat Tahun Baru 2011

Anak Ulu Cheka berkata...

salam selamat tahun baru bung idul...semoga mendatang lebih ceria dari sebelumnye...lupakan sengketa lama...buang yg keruh ambil yg jernih

nabil_potter berkata...

Selamat tahun baru 2011 Abg Mazidul =D

hasrul hassan berkata...

Salam ...
Selamat Tahun Baru 2011 ... tgh tunggu follower pertama ...

http://hasrulhassan.blogspot.com

Marhaen Kacak berkata...

selamat tahun baru bro...selamat buat terjahan2 baru..yeay!

Mesti Baca! : Umat Islam Yang Lemau : Bende Kecik Pun Nak Bising-Bising

ASaDa RyutaRo berkata...

dalam perjalanan hidup, tak mungkin ada yang happy memanjang. pasti ada juga cabaran dan dugaan jadi perasa.

Selamat Tahun Baru 2011. semoga tahun baru yang datang membawa lebih banyak kebaikan. :)

azieazah berkata...

Selamat Tahun Baru 2011, semoga tahun mendatang memberikan lebih kebahagiaan dan kecemerlangan kepada kita semua...

kakcik berkata...

Selamat Tahun Baru Sdr...

semoga tahun ini membawa bersamanya 'lebih sinar' buat kita semua... :)

zeqzeq berkata...

selamat tahun baru..
memory
moga agen YAYASAN ini tidak menakluki alam MAYA dengan kabelnya yang besar2.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm

rusliesophian berkata...

Selamat Tahun Baru 2011, bro Mazidul dan juga semua rakan2 blogger dan pelawat blog ini baik sama ada mengenali saya mahupun tidak...baik pernah bertutur dgn saya ataupun belum...kita tetap kawan! Saya doakan semua aman bahagia dan moga tahun baru ini membawa rezeki yg mencurah2, insya-Allah.

iAwani berkata...

Selamat Tahun Baru untuk Mazidul, kami sebenarnya kagum dengan Anda.