Ruang Iklan Zone A

Khamis, September 30, 2010

Jam 9 Malam Ini Pekan Kecil Dijangka Gempar

Saya jangkakan, paparan pertama 999 malam ini akan menggemparkan pekan kecil di Selangor. Kami mengenal pasti 13 premis perjudian online beroperasi 24 jam di pekan sama, kebanyakkan dikunjungi remaja..

Wartawan saya tugaskan, memasuki 4 daripada premis terbabit dan merakamkan kenyataan penjaga kedai.

Perjudian online menjahanamkan dan memporak perandakan khususnya bangsa Melayu. Terbaharu saya bertemu wanita berusia, 37 tahun mendakwa bercerai dengan suaminya akibat terjebak dalam perjudian sama.

"Duit habis, sampai nak beli susu anak pun tak ada. Dia sanggup gunakan duit gaji untuk berjudi, biarkan anak berlapar," luahnya kepada saya.

Saya terlihat air mata mengalir di kelopak matanya. Itu sudah terlalu melampau!

"Saya terpaksa menunggu dia di luar kedai dan ada waktunya dia tak balik ke rumah sampai 2 hari," keluhnya lagi.

Saya percaya, dia bukan satu satunya mangsa keadaan dan sikap. Melalui pengamatan saya, kewujudan premis perjudian online kini bagai tidak mampu dibendung dek pihak berkuasa lagi.

"Hari ini polis serbu, esok kedai beroperasi semula"

Itu antara komen orang ramai saya temui.

Polis boleh mengambil tindakan terhadap pemilik premis mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953, jika sabit kesalahan boleh didenda di antara 20 dan 200 ribu ringgit.

Namun, akta terbabit kelihatan tidak begitu efektif berikutan bilangan premis semakin bertambah di hampir setiap negeri di seluruh negara.

Selain polis, pihak berkuasa tempatan memiliki kuasa memberhentikan operasi perjudian online kerana semua premis digunakan tanpa lesen atau disalahgunakan.

Apapun, usah lupa menyaksikan 999 malam ini, tepat jam 9 malam.

12 komen:

lan_ax berkata...

pihak berkuasa perlu lagi kerap lakukan rondaan dan mengambil tindakan terhadap mereka ni semua.. tapi jangan ada pihak berkuasa yang terlibat pula.. undang-undang tak boleh dikuatkuasakan mengikut musim.. musim habis, masalah timbul semula..

belalang hijau berkata...

bahana gila judi...

zeqzeq berkata...

susah agaknya nak buat Operasi BERSEPADU..
baiksangkanya kakitangan tak cukup..
TNB, air, PBT dll..

azieazah berkata...

Betul tu. Judi ni memang ketagih dan adakala lebih dahsyat kesannya dari dadah.

Kerana yang menjadi mangsa, bukan saja penjudi, tapi insan2 rapat seperti keluarga, jelas dalam contoh yang ditulis.

Area perumanah saya, kedai judi online berada di selit selit kedai topup, tepi supermarket tapi rupa kedai seperti dinding sahaja tak pernah terbuka. Untuk masuk, mesti tekan loceng dan dibuka seseorang.

Macam bijak sangat. Tapi belum pernah kena ambush pun...

ibnrusd berkata...

nak buat mcm mana mana... nak berniaga goreng pisang nanti senang kena roboh, lebih baik bukak kedai main judi, untung manyak ma...

zam.enol.arep berkata...

jika pjudian begitu boleh didakwa bagaimana dengan rumah judi yg tampak gaya 'halal di mata rakyat malaysia'. magnum. 4D. toto. apa tindakan untuk memberhentikannya saudara?

zam.enol.arep berkata...

tutup yang besar. yang kecil akan menurut.yang haram tetap haram. tidak sepatutya ada rumah judi atau pusat judi di malaysia. itu semua merosakkan bangsa. bukan berkata dari aspek agama. tapi kehidupan.

alidyangon berkata...

Salam bro

Ada satu persoalan di sini, kenapa semenjak dua menjak ni, terlalu banyak kegiatan begini dan semakain menjadi-jadi?

Dulu-dulu tak seteruk begini.

Cikgu Mizi berkata...

ganyang perjudian dan maksiat.. jadikan malaysia sebuah negara yang bersih dari segala kemungkaran...

zeqzeq berkata...

jika terkena penyakit JuDI kepada saudara mara;

--sila hijrah jauh dari lokasi JUDI,

--berikan kerja biar sang pesakit JUDI tak boleh memikirkan masa untuk berjudi..tiada masa nak berjudi.

--elak bagi/beri hutang kepadanya.

--gaji hanya diberi sekadar cukup makan.

--ikhtiar & usaha yang lain sewaktunya, dari sudut Islam..

MarDiah berkata...

yang main judi online di rumah pun satu hal lagi...

ANUAR berkata...

premis tiada lesen.potong saja bekalan elektrik,sambungan internet..abis cerita.kenapa lembab sangat pihak berkuasa bertindak?