Jumaat, Ogos 13, 2010

Kes Buang Bayi Di Kelantan Ganjil

Sebelum ini mayat bayi ditemui terbakar di dalam tong sampah di Kelantan.

Terbaharu, menurut laporan Utusan Malaysia, jam 5 petang semalam mayat bayi perempuan  ditemui dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama kolej kediaman di Bandar Bukit Bunga, Tanah Merah.


Wajar keputusan kabinet untuk menyarankan kepada Peguam Negara supaya mereka terbabit membuang bayi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sabit kesalahan pesalah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

48 ulasan:

  1. Wajar betul dikenakan tindakan mengikut seksyen 302 dan 304 KK. Betul-betul wajar. Zalim betul. Betul-betul zalim dan berlaku pada hari Sharizat mengumumkan pembuang bayi tidak akan lagi didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak. Mahu diluahkan, lebih kurang begini. Aku bukan keturunan anjing jalanan yang hidupku di jalanan, matiku di jalanan. Aku baka dari benih Adam yang sepatutnya diberi peluang menikmati hidup sehingga khatam. salam

    BalasPadam
  2. sy amat sokong kalau akta tu di luluskan... biar pesalah yg membuang byi ni kena hukuman gantung.

    diorg ni lagi teruk drpd pengedar dadah... takda hati perut...

    geram dgn kejadian2 buang bayi ni.. kenapa la segelintir manusia ni dh jadi macam syaitan...

    BalasPadam
  3. saya setuju benar dengan hukuman tersebut...
    biar orang tuu rasa akibat perbuataan mereka nie...

    padahal ramai yang kat luar tuu ingin anak tapi tak dapat, yang mereka nie dapat anak tapi buang..

    BalasPadam
  4. aku sokong usul itu... bulan puasa plak tu... dasat sungguh masyarakat skang ni..

    BalasPadam
  5. Sewenang-wenang mereka membuat dosa dan tak takut terus menambah dosa yang ada. :(

    BalasPadam
  6. saya sangat sokong dan semoga adanya hukuman sebegitu ramai orang akan mengambil kes buang bayi sebagai suatu kes yang berat dan bukan remeh...

    BalasPadam
  7. manusia yang buat perkara macam ni memang tak normal.. sebab cuma ada perut tapi tak dak hati.. ada perut pun buta.. buta perut!!

    hish! tak bleh laa tgk.. rasa geramm jaa.. hish!! hish!!

    BalasPadam
  8. Salam ramadhan ye angkel mazidul,

    ai baru je dengar berita hotFM dalam kete ondeway ke opis tadi...& ai menyokom penoh hukuman mati dikenakan kepada mereka yam membuang bayi!!!

    ai sebagai ayah kepada soram anak perempuan berusia 10 bulan amat sedih mendengar berita sebegini setiap hari...
    kenapa lah doram di luar sana tu pasangan muda mudi ni x berhati perut??? kenapa??? x kan lah doram x dengar atau tengok berita???

    "Ya Allah SWT, hanya pada Mu kami meminta, hanya pada Mu kami berlindung...Terangi lah hati² mereka ini agar sedar akan kekufuran yam telah dilakukan..."amin~

    BalasPadam
  9. Hukuman untuk remaja juvana pula bagaimana?

    Adakah sama jika disabitkan kesalahan?

    BalasPadam
  10. Begitulah bila jiwa kosong tak diisi dengan iman. Setuju dengan cadangan Bro Mazidul..

    BalasPadam
  11. nampaknya pendidikan sex perlu diguna untuk mendidik remaja kini. Pandai buat tapi x tahu akibat ...

    BalasPadam
  12. KEJAM! KEJAM! KEJAM!!!

    Saya menyokong si pembunuh dijatuhkan hukuman sampai mati!

    Jika si pelaku beragama Islam & bayi yg dibunuh itu hasil perzinaan, maka wajib direjam sampai mati!

    Kalau benar2 mengaku Islam, PERCAYA adanya Allah S.W.T, PERCAYA kepada AL-Quran, maka saya menggesa Kerajaan Malaysia mengambil tindakan berlandaskan hukum Islam yg sudah jelas lagi nyata ke atas pelaku2 jenayah yg beragama Islam.

    Apa lagi yg ditakutkan selain Allah S.W.T?
    Apa lagi yg hendak dinafikan? Apa lagi yg tunggu?
    BILAAAAAA????

    BalasPadam
  13. Salam En. Mazidul,

    Saya setuju sangat dengan hukuman itu. Setidak-tidaknya menimbulkan rasa gerun.Dalam berita semalam, ada juga yang tak berapa setuju (non-muslim)
    Bagi saya gejala ini dah sampai ke tahap yang parah...risau le dengan jenerasi sekarang...apa nak jadi ye??

    Sebaiknya kita sebagai ibu-bapa memandang serius hal ini. Kena lebih tegas dengan anak-anak, kena lebih peka dengan keadaan sekeliling.

    BalasPadam
  14. Syukur Alhamdullillah..... dah kuar berita semalam... saper buang baby smpi baby tue meninggal ... hahah padan muko kau.. hukum bunuh.... tapi tak setimpal lah... untuk yang cubaan membunuh tue... 30 tahun je....kan bagus sebat sekali....baru timbul penyesalan yang teramat sgt....

    BalasPadam
  15. sedihnya tengok bayi ni.. kalau tak nak.. bagi kat saya pon, saya akan jaga dia dengan baik.. isk isk sedihhh

    BalasPadam
  16. Ya Allah....kejamnya manusia ni....huhuuhuhu...sedih tgk mayat bayi tu....

    BalasPadam
  17. Astagfirullah hal aziim...

    Saranan supaya mereka terbabit membuang bayi didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh memang WAJAR.

    Yang membuang patut kena tindakan, JANGAN LUPA, yang MENCETUSKAN kehamilan tidak dirancang a.k.a. si penyumbang benih pun WAJAR didakwa sama!!!

    BalasPadam
  18. ASTAGHFIRULLAHALAZIM.....NO KOMEN BRO...
    NAK MINTA IZIN SIARKAN ARTIKEL INI DI BLOG SAYA DI KAKIMOTONG.BLOGSPOT.COM DAN SAYA AKAN KREDITKAN LINK BLOG BRO SKALI...

    TQ

    BalasPadam
  19. Masya Allah.. sedihnye..
    Gantung sampai mati? Pls do!

    BalasPadam
  20. Betul tu... biar kasi takut sket...
    ini kalau buang anak...
    takpe... kalau kena tangkap pun takat penjara je..

    Apa bezanya nyawa bayi dengan nyawa orang dewasa? Kalau bunuh orang mmg hukumannya gantung sampai mati. Bayi bukan orang ke?

    BalasPadam
  21. sedihnyaaaa....
    hati mereka dibuat drpd apa ya?
    drpd api mcm syaitan juga ke??

    BalasPadam
  22. Hukuman seksyen 302, hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan memang wajar. Kes ini semakin menjadi2 dan tindakan yang di ambil adalah tepat. Biar pesalah rasa mcm mana bayi tersebut rasa di saat-saat akhir kehidupannya.

    BalasPadam
  23. apa yang hina sangat baby tu sampai kena buang dalam lubang najis...

    mak dia yg patut dibuang dalam lubang najis. ish3x...

    betul2! hukuman gantung sampai mati. but on the other side, mungkin ia membuatkan penjenayah lebih berusaha untuk tutup bukti. mungkin lepas ni bukan takat buang je...hancur sampai xde bukti.

    ish takut nak bayangkan...

    BalasPadam
  24. ya allah! semakin kejam mereka ini sekarang... buang bayi dah seperti membuang sampah saja... moka mereka mendapat hidayah Allah sempena Ramadhan ini.. sungguh tiada syaitan menghasut.. namun nafsu jahat mereka masih menguasai diri.....

    BalasPadam
  25. Al-fatihah kepada mayat bayi tersebut. Sesungguhnya bayi itu tidak berdosa..Saya berharap empunya bayi tersebut akan mendapat balasan secukupnya dari Allah SWT..berkat bulan ramadha ini...amin..

    BalasPadam
  26. saya sokong. kalau setakat denda, ape la sgt kesannya. sbbnye buang bayi ni da kira 1st degree murder. membunuh dgn niat.

    bunuh je mereka!

    jom shopping kat sini Awe's Little Shop

    jom jalan2 kat sini plak My So-Called Life

    BalasPadam
  27. Sangat wajar kalau akta tersebut dijatuhkan kepada pelaku laknat yang membuang bayi sebegitu. Mereka itu bukan lagi manusia tapi umpama binatang yang tidak ada OTAK!

    BalasPadam
  28. Ya Allah apalah nak jadi...dah jadi orang dah tak bertamadun dah dorang semua ni...Ada yang sanggup berhabis duit untuk dapatkan anak, tapi yang ni senang2 je bunuh zuriat yang dorang dapat....

    BalasPadam
  29. saya sarankan hukuman gantung secara live di tv3 lebih bagus.. impact lebih tinggi.

    BalasPadam
  30. mmg ptut pun akta tu sbb ini br mbunuh dgn niat dan kejam...ramai org nak ank xdapt..
    amat setuju dgn usul itu...

    BalasPadam
  31. so sad....sepatutnya dikenakan tindakan berat & pihak bertanggungjawab perlu mencegah daripada berlakunya persetubuhan haram yg menyebabkan kepada gejala yang tidak sihat ini

    BalasPadam
  32. sy sokong..elok sangatla tu..hukum ke dua2nya skali..(ibu&bapa bb)cari smpai ke lubang cacing..

    BalasPadam
  33. Saya tak leh tengok pic sebegini.. Marah membuak..

    BalasPadam
  34. tak tahu nak kata apa dah..
    marah, geram sedih...sedih dgn perlakuan manusia..sudah jd spt binatang..

    BalasPadam
  35. ada mata tak melihat
    ada telinga tak mendengar
    ada akal tak memikir..

    siapa..?? taraf lebih bawah dr binatang..

    BalasPadam
  36. sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan yg tegas pada yg terlibat dgn yg membuang bayi... seharusnya la ibu dan bapa bayi tersebut, keadaan begini akan menjadi virus kepada negara kita.. yg akan tersebar dgn cptnya ke seluruh negara. cptkan la menggubal undang2 baru utk kes ini... supaya tiada lagi bayi yg x berdosa mati kerna kekejaman ibu bapa mereka sendiri, bayi2 tersebut bukan la haram, malah sebersih kain putih walau pun di lahirkan sebelum nikah. yg berdosa hanya ibu dan bapa bayi tersebut.

    BalasPadam
  37. Salam Mazidul,

    Semuga Allah membimbing mereka ini.

    Berikan bayi tersebut kehidupan kerana Allah mempunyai tujuan dan rencana dengan semua kehidupan kita.

    Yang sedang mempertimbangkan membuang atau membunuh bayi, sila fikirkan kembali keputusan anda. membuang mungkin seperti penyelesaian yang tepat pada saat itu, tetapi tindakan tersebut akan menghantui anda seumur hidup.

    Saya pernah bertemu orang-orang memberi bayi kepada orang lain kerana desakan hidup dan menyesal melakukan apa yang telah dilakukan dan cuba berhubung dengan anak mereka kembali.

    BalasPadam
  38. Salam,
    Setelah buat satu dosa besar, sambung pulak dosa yang lain. Macamlah cukup panjang hidup ni untuk bersihkan semula daripada semua dosa2 tu...adoiiiiii la, kenapalah tak fikir panjang sebelum jadi...

    BalasPadam
  39. Allah kata jangan hampiri zina...kenapa Allah tak kata jangan berzina..
    ini bermakna perkara zina ini sangat berat kesan nya, Allah suruh kita jangan dekat langsung dgn zina,apa2 perkara yg boleh membawa kpd zina jangan dibuat..cegah dulu perkara yg boleh merangsang nafsu..bila dah berzina cakap pun dah tak guna...natijah dia apa yg kita nampak hari ni...

    BalasPadam
  40. SANGAT SETUJU DENGAN"Begitulah bila jiwa kosong tak diisi dengan iman" by hunny
    begitulah bila hidup tak berpaksi al quran dan sunnah

    BalasPadam
  41. urggghh!! Masyarakat Malaysia perlu penawar jiwa....dimanakah???haddoi...

    BalasPadam
  42. Hukuman yang lebih tegas perlu dikuatkuasa.Sehingga hari ini 18/8/2010 sebanyak 65 kes buang bayi dilaporkan.Ini tak sampai setahun lagi.Kerajaan perlu sensitif dalam perkara ini.Pemimpin politik perlu campur tangan dalam hal ini.Kurangkan tempat-tempat hiburan.Ketatkan pergaulan lelaki dan perempuan dalam sesuatu majlis @ acara hiburan seperti konsert.

    Izahar
    Tanah Merah Kelantan

    BalasPadam
  43. Setelah seminggu ditempatkan di Unit Forensik Hospital Tanah Merah akhirnya tepat jam 10am 20/10/2010 jenazah bayi yang dibuang di Bukit Bunga Tanah Merah Kelantan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanah Merah.Terasa sebak melihat saat dan ketika jenazah bayi dimasukkan ke liang lahad.Akhirnya bersemadi disitu.Dimana ayah dan ibu bayi ini semasa dibacakan talkin?Tak aman hidup orang membuang bayi.Pasti suati hari nanti akan timbul rasa menyesal dalam diri dia.Masa menanam benih langsung tak fikir akibatnya.Asyik dok ingat kesedapan dunia.Percayalah hidupnya tak akan aman.

    BalasPadam
  44. Salam

    Geramnya!!! Sedih dan rasa nak marah!!! kalau da tak nak baby tu, bagi la kat saya!! jgn buang mcm tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! moga pasni siapa yg buang bayi ni MANDUL! baru rs sunyi sampai tua sebab tak ada anak cucu nk jaga.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.