Isnin, April 05, 2010

Tembak Rakan Sendiri

Jam 2.45 petang tadi, kedai emas di Plaza OUG, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur disamun 2 suspek menaiki motosikal. Semasa memasuki premis, suspek pertama dilaporkan berjaya merampas senjata api, 'pump gun', pengawal keselamatan berjaga di luar kedai emas terkemuka itu.

Malangnya, kedua penjenayah terbabit tidak mengetahui kedai emas itu menggajikan 2 pengawal keselamatan.

Sewaktu melarikan diri ke arah motosikal, rakan suspek ditembak pengawal keselamatan kedua lalu rebah akibat tercedera. Suspek kemudian dikatakan berpatah balik lalu menembak mati rakannya dengan melepaskan 2 das tembakan menggunakan pump gun dirampas.

Polis menganggarkan kerugian dialami mencecah RM500,000.

Dalam kehidupan, sebilangan kita juga barangkali pernah 'ditembak' mahupun 'ditikam' rakan sendiri demi kepentingan diri mereka. Kita mejadi mangsa. Bezanya kita masih hidup, tidak seperti penjenayah terbabit. 

Sesungguhnya ramai manusia berwajah baik tetapi di hati mereka tersirat sifat keiblisan tidak terjangka dek akal fikiran.

Pembaca mungkin pernah 'terkena'.

18 ulasan:

  1. lols. bila saya news update dari the star tadi, I was like wtf?

    But I agree, stabbing dan menembak rakan sendiri adalah satu norma dalam hidup kita. Except, this time literally.

    BalasPadam
  2. peh..ni betul-betul kawan makan kawan..

    punyalah nak selamatkan diri..

    BalasPadam
  3. Pehh..sadis gila mamat nie...mesti menyesal x sudah geng dia jd partner ekk (org johor)..tapi nak buat cmne..dh mati..huhuhu

    Pablo JB

    BalasPadam
  4. Benar bro Mazidul..tembak rakan sendiri,pijak kepala rakan,tikam belakang kawan adalah istilah yang biasa didengar.

    Manusia ada kemampuan yang menakjubkan dalam menjaga kepentingan diri baik ke jalan yang baik atau ke jalan yang buruk.

    Penjenayah merasakan menjadi satu liabiliti kepadanya jika rakanya masih hidup dan berada dalam tahanan polis.

    Membunuh manusia lain memerlukan keberanian yang kental atau hati kering..atau orang yang hilang akal waras..

    BalasPadam
  5. yup..kekadang dah jadi kebiasaan..kipas mengipas..tikam belakang sembunyi tangan..aku baru je kene...rasa nak berenti keje sudahnye

    BalasPadam
  6. ramai orang sekarang tak segan silu 'mengencing' rakan sendiri dan boleh berpura-pura seolah-olah telah menghadiahkan setempayan minyak wangi!

    BalasPadam
  7. aku ni xde la baik sangat...
    tpi bile bace mende ni, aku kire aku ni baik gak la...haha...
    x sampai ati nak wat membe macam tu kot...

    BalasPadam
  8. itulah kebiasaan yg berlaku dlm dunia korporat / politik. semuanya pasal utk 'survival' n mementingkan diri sendiri. cah keting, tai chi, back stabbing & caras adalah antara istilah2 yg digunakan. nilai2 persahabatan diketepikan.

    BalasPadam
  9. seburuk2 manusia ,manusia yg pentingkn diri macam nie la..manusia cmtu patut hidup sorng jer..klo kne tangkap penyamun tu ,mesti lunyai kne belasah

    BalasPadam
  10. kakcik,

    saya hadiahkan minyak wangi dulu, kemudian baru TIKAM..

    BalasPadam
  11. Nak mencari "kawan" mmg ramai, tapi kalau nk mencari "sahabat sejati" mmg susah. Itu lumrah kehidupan..

    BalasPadam
  12. Luka terkena pisau tidak sesakit ditikam rakan sendiri... darah mengalir tidak terasa.. pengkianatan kepercayaan mendalam kesannya...

    BalasPadam
  13. Kata orang, hidup bukan semudah, “tembak dapat hadiah teddy bear”

    Apapun saya sangat simpati bila keluarga DIN BERAMBOI ditimpa musibah kerana rumah arwah dimasuki pencuri malam kelmarin.. Sungguh biadap pencuri.. Memang dasar pencuri, dasar perompak!

    BalasPadam
  14. Kes Jenayah tegar yg tidak mahu meninggalkan bukti ... ataupun mrk dah sama2 berjanji biar putih tulang jangan putih mata.

    BalasPadam
  15. Saya pernah rasa di'tikam' rakan sendiri.
    Memang perit dan saya hilang percaya terus pada dia.
    Dan saya dah tak anggap dia sebagai rakan pun.
    Bukan sekali dua dia buat macam tu, berkali-kali.
    Saya sentiasa maafkan dia sebab bila dia minta maaf, bunyi macam memang dah insaf.
    Tapi buat jugak lagi skali.
    For the last time, memang dah hilang percaya terus.

    Yg perompak ni, saya terkejut jugak dibuatnya.
    Ingatkan dlm drama barat je yg ada kes camni.
    Rupanya Malaysia pun ada kes.

    BalasPadam
  16. Tunggu usia setua saya pasti sedar siapa rakan kita yang selama ni memang mempergunakan kita!.

    Iyer kawan makan kawan memang ramai!.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.