Ruang Iklan Zone A

Rabu, Mac 31, 2010

Ya Allah Selamatkan Nyawa Rakan Ku

Dia insan kreatif. Setiap kali bertemu pasti peluang itu digunakannya untuk mengusik dan bergurau. 

Malangnya hanya semalam saya mengetahui nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Selama ini dia dikenali ramai dengan nama 'Din Beramboi'. Kebanyakan pelawak, hanya berlawak di kaca televisyen atau di pentas, Din, 43 tahun, bapa 3 anak, berbeza, lawak terlalu sinonim dengan dirinya. Bagi saya, dia pelawak di dalam dan di luar kaca televisyen, biarpun wajahnya kekadang kelihatan selamba dan garang.

Kini, tiada sudah lawak itu. Din dilaporkan sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Selayang, Selangor kerana dipercayai dijangkiti kuman air kencing tikus dan demam denggi berdarah. Setakat ini tiada pihak mengesahkan bagaimana cara dia dijangkiti. Din berada di dalam keadaan kritikal dan buah pinggangnya dikatakan gagal berfungsi dan dia mengalami pendarahan di dalam badan.

Kepada keluarga Din, bersabarlah sewaktu mendepani saat duka sebegini. Semoga kalian diberikan kekuatan.

Ya Allah, aku memanjatkan doa kepada mu di pagi ini agar engkau menyelamatkan kawan ku. Semoga engkau pelihara dirinya daripada kesakitan berterusan dan memanjangkan nyawanya, ya Allah. Ya Allah, aku hanya insan kerdil mampu memohon ke hadrat mu, semoga engkau makbulkan doa ini beserta jutaan doa insan mengenali rakan amat ku sayangi, Din Beramboi.

Amin.

49 komen:

From The News berkata...

semoga beliau cepat sembuh. dan kepada yang berdarah jenis O harap sudi-sudilah menderma darah kepada yang memerlukan..

cikgadis berkata...

ah?? aduiii..
:(

doaku bersamanya..
huhu

kakcikseroja berkata...

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

author faethal berkata...

Syafakallah..

Webmaster@Echam berkata...

Amin Ya Rabbal Alamin....

My Life My World berkata...

Semoga Saudara Din Beramboi cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala. Amin.

Khadijah Zek berkata...

moga2 En.Din cepat sembuh...kuman air kencing tikus???hurm..1st time dengar...

miEz haNeM berkata...

moga pakcik din cepat sembuh

Raziff Lokman berkata...

...doa kami utk Din..amin.

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Bekalan darah dilaporkan mencukupi, bernafas namun masih koma.

FAZLI berkata...

Ya Allah, kami mohon agar insan bernama Mior Ahmad Fuad Mior Badri ini engkau sembuhkan kembali. Hanya Engau Yang Maha Menyembuh.. Birohmatika Ya Arhamar Roohimiiin..

Shahrul Shaharuddin berkata...

Doa abg Mazidul saya aminkan.. aminn...

Baru tahu di dalam FB dari status Esma Daniel tentang Din Beramboi.. semoga beliau cepat sembuh...

Azrul Hisham berkata...

semoga abang din cepat sembuh..rindu pula kat lawak2 dia masa dengar radio ERA...

jalilah_jy berkata...

air kencing tikus ni pernah sy terbaca.. terdapat pada kotak minuman. kadang2 tikus ni dia lalu sambil kencingkan kotak2 minuman dikedai..kalu toke tak perasan dia akan masukan terus dlm peti sejuk. sebab tu kalu kita nak minum kena basuh dulu setiap kotak atau tin minum baru diminum tak kira dibeli mana jua. sudah menjadi amalan saya membasuh setiap bungkusan makanan yg dibeli baru dibuka.takut ada kotoran yg kita tak nampak.
semoga ALLAH SWT sembuhkan hambaNya itu dengan segera. amin...

permata hati berkata...

Ya Allah, smoga insan bernama Mior Ahmad Fuad Mior Badri ( Din Beramboi) sihat.Kau peliharala insan ini ya Allah.. sesungguhnye dia seseorang yang amat suka menyenangkan kami dikala sedih...

p/s: - pernah dpt email mengenai racun kencing tikus... memang bahaya... tips.. kalau nak minum air tin better pakai straw atau pun basuh tin tu dulu.... kita tak tau apa yang pernah merayap atas tin tersebut....

echah_syed berkata...

pagi ni berita terkini saudara din ddlm keaadan yg lebih baik dr smlm.so marilah kita berdoa semoga beliau kembali sihat seperti sedia kala.

suke celoteh dia dlm radio era.mmg dia spontan dan unik :)

BRO_MONDAY berkata...

Salam angkel Mazidul,

Bila ai baca entri yu ni, ai terasa sebak mengenangkan apa yam terjadi kepada abam din beramboi serta keluarga...pagi tadi ondeway gi keje ai layan radio era, pak niL soram² je, ada jugak ulasan terkini tentang hal ini, air mata ai hampir mengalir...sedih salah soram idola ai sedam sakit dan koma!!! SEMOGA BELIAU SEMBUH DAN DAPAT MELAWAK SEPERTI SEDIA KALA...

Jai Hazman berkata...

Lets pray for him. Semoga cepat sembuh. Amin..

umi_e berkata...

salam... semoga Allah memberikan keajaiban-Nya dan memulihkan kesihatan yang kritikal itu... Insyaallah...

Pn. Liza berkata...

Ameen..Ameen..Ameen... Ya Rabbal Alameen...

MrsNor berkata...

Amin Ya Rabbal Alamin... moga Din kembali sihat..

zeqzeq berkata...

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

zeqzeq berkata...

pernah terdengar kes di Kelantan tahun 90an..

...kencing tikus juga terdapat di acuan roti pada sebelah malamnya..
atau mesin roti..

sharamli berkata...

d0akan beliau selamat..insyaallah

hayatiharun berkata...

semoga Din cepat sembuh,begitu juga kpd rakan lain yg masih sakit..semoga tabah diucapkan kpd kaum keluarga..Amin..

RastaMat berkata...

Takziah buat Abang Din dan keluarga...

Ezal R berkata...

Semoga beliau cepat sembuh dan cepat sedar dari koma... doa kami semua diharapkan dimakbulkn Allah SWT. Amin.. Insyaallah..

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro berkata...

amin~ semoga ALLAH memudahkan segalanya insyaallah

starsyeea berkata...

takziah buat keluarga abg.din...

semoga Allah tetapkan yang terbaik utk beliau...

rindu nk dgar celoteh abg.din :(

antimisailebat_jijik! berkata...

saya, suami dan keluarga suka kat lawak insan kreatif ni. Yes, beliau memang bijak wp laser. Ada saje idea beliau untuk patahkan bicara orang lain...harap en mazidul sentiasa updatekan status beliau dlm blog ini...Tq

antimisailebat_jijik! berkata...

saya, suami dan keluarga suka kat lawak insan kreatif ni. Yes, beliau memang bijak wp laser. Ada saje idea beliau untuk patahkan bicara orang lain...harap en mazidul sentiasa updatekan status beliau dlm blog ini...Tq

alidyangon berkata...

Bro

Ya Allah

Ku pohon Lindungilah dan Selamatkan lah Encik Meor @ Din Beramboi

Panjangkan lah umurnya agar ia hidup dalam keimanan, dan jika kau cabut nyawanya, matikan ia dalam penuh keimanan, begitu juga dengan diriku, ibubapaku, keluargaku, isteriku, anak ku dan sahabat sahabat ku.

Amin

Al-Fatihah ( Sila baca AlFatihah dengan penuh ye...)

Amin

D'ClassicShoppe berkata...

semoga dipanjangkan umurnya..aminn..

azieazah berkata...

Turut sedih.... 1 ofis kami sedih...

Semoga ALLAH memberikan rahmat dan kesejahteraan..

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Difahamkan buah pinggang dan hati beliau mengalami pendarahan dan kedua2nya kini gagal berfungsi. Sepatutnya kalau ikut dari tarikh semalam, keadaannya akan diketahui dalam tempoh kurang dari 24 jam dari sekarang.

Air kencing tikus memang sangat2 bahaya. Harapnya Abg Din akan selamat dan mampu keluar dari tahap kritikal. Kami akan mendoakan beliau.

anyss berkata...

Salam,
Moga2 cepat sembuh...sama2 doakan

hBz berkata...

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

@cu SaYaNg berkata...

Amin...amin..amin..ya rabbala'lamin

acu dah suruh kawan acu pegi derma darah untuk abg din beramboi..

kengkawan yg perihatin & yg tggl berdekatan,pergi lah menderma darah jika darah anda dalam kumpulan O..semoga abg din kembali sembuh...

Cikgu Mizi berkata...

semoga sihat kembali abg din bramboi..!!

Widad berkata...

bismillahhirrahmanirrahim.
As alaullah al azim. Rabbal arshil azim. aiyash fi ya ka.

siti murni ishak berkata...

Mendoakan keselamatan beliau dan semoga beliau cepat sembuh. mmg terkejut sewaktu terima berita ni semalam melalui post Afdlin Shauki di fb.

N. A. H. A berkata...

Tak kenal sangt tapi nama nya selalu dengr ,jd dia mesti insn istimewa..umurnya masih muda jadi saya yakin anak2 masih memerlukan dia ,simpati saya pada isteri n keluaganya dan sedih juga dengan 'penyebab' dia jatuh sakit.Semoga Allah SWT selamatkan dia .

Juma Karamah berkata...

Amin... Semoga doa ini dimakbulkan-Nya.
Siang tadi dengar sinar FM beliau dalam keadaan stabil, Alhamdulillah

AnakMerdeka berkata...

Kadangkala dugaan yang Allah turunkan kepada terlalu pelik dan berat untuk diterima oleh insan biasa seperti kebanyakan dari kita.

Apapun janji Allah, setiap sesuatu yang diturunkanNya, pasti ada hikmahnya...

Wallahualambissawab...


www.anak2merdeka.blogspot.com

CatlinaFly berkata...

salam bro mazidul..sakit ape ye en din tu?

dah confirm ke denggi berdarah?if yes, alhamdulillah bila dah tau punca senang lah doktor nak rawat..

sy berdiskusi bersama kawan2 seangkatan , kalau belum sah tau penyakit apa dan bukan denggi berdarah lah, mungkin juga penyakit leptospirosis yang mana tersebar ,melalui sentuhan (sentuh, telan)dgn air kencing tikus....penyakit ini kalau dah dikesan, ada rawatannya..tapi if doktor tak request ujian utk leptospirosis ni, memang smpi bila2 lah tak jumpe sebab it needs special stains in the bacteriology lab..

harap bro mazidul boleh luangkan masa bc kat sini jap..

http://www.cdc.gov/ncidod/dbmd/diseaseinfo/leptospirosis_g.htm

harap dpt membantu dan semoga en din beramboi beransur sembuh amin/..

Ismael Zaharee berkata...

Al-fatehah. Takziah dari saya untuk keluarga Din Beramboi yang telah kemabli ke rahmatullah pada 2 april 2010 jam 0030. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

alidyangon berkata...

Assalamualaikum.

Saudara Din Beramboi telah meninggal dunia pada April 2, 2010 (Jumaat) jam 12.30 am tadi.

Al-Fatihah.

بِسْÙ…ِ اللّÙ‡ِ الرَّØ­ْمـَÙ†ِ الرَّØ­ِيم

الْØ­َÙ…ْدُ للّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِين

الرَّØ­ْمـنِ الرَّØ­ِيم

Ù…َـالِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ الدِّين

Ø¥ِÙŠَّاك Ù†َعْبُدُ وإِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِين

اهدِÙ†َــــا الصِّرَاطَ المُستَÙ‚ِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ Ø£َنعَمتَ عَÙ„َيهِÙ…ْ غَيرِ المَغضُوبِ عَÙ„َيهِÙ…ْ Ùˆَلاَ الضَّالِّين

roha berkata...

Salam.

Dari Allah kita datang, kepada Nya jua kita dikembalikan.

Al-Fatihah.

Semoga rohnya dicucuri rahmat.

aspirez berkata...

takziah. sudah sampai janji tuhan pada hambanya, kita kelak akan menyusul maka bersedialah. Janganlah dikeji orang yang telah pergi, doakanlah kesejahteraannya.