Ruang Iklan Zone A

Selasa, Mac 30, 2010

Di Mana Antok?

Harian Metro melaporkan, 17 warga Indonesia terselamat dalam kemalangan membabitkan bot laju di perairan Tawau, Sabah.

Namun, 5 berusia di antara 3 dan 31 tahun, terkorban.

Manakala juragan bot, dikenali sebagai 'Antok', 30 tahun dikata melarikan diri dan polis mendapatkan bantuan kerajaan Indonesia untuk mengesannya.

Adakah semua penumpang menggunakan jaket keselamatan? Di negara ini tindakan itu wajib tetapi seringkali dipandang remeh. Mengapa Antok cabut? Adakah semua terbabit mempunyai dokumen perjalanan sah? Tambahan pula, Tawau dikenal pasti antara pintu keluar masuk warga asing tanpa dokumen selama ini.

3 soalan utama itu harus dijawab kerana saling berhubungkait.

5 komen:

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Dah macam rancangan di mana Joe Jambul, kali ni tukar Di mana ANTOK?

Bak kata orang, berani kerana benar, takut kerana salah.... lari tu takut maknanya.. heheeh

Cikgu Mizi berkata...

Bukan Antok sorang je yang buat keje ni.. Annek pn de gak..
sanggup mempertaruhkan nyawa org lain untuk kepentingan diri sendiri..

zeqzeq berkata...

siapalah agaknya tukang bagi modal kepada Antok.

Pn. Liza berkata...

Bukan 1 bukan 17 tetapi 23 org. Kalau semuanya disahkan tiada dokumen yg sah?


Malaysia oh Malaysia...

aspirez berkata...

Fuh boleh masuk rekod dunia ni.