Ruang Iklan Zone A

Khamis, Mac 25, 2010

Air Jamban Di Halaman (Updated Pictures)

Awal pagi tadi saya, jurukamera, Paulus Dode, Glenn Josh, Didit Haryadi dan Ketua Biro TV3 di Indonesia, Didik Budiarto ke Kampung Beting, Koja, Jakarta Utara.

“Lelaki bertato itu sewaktu saya recee 4 hari lalu minta wang untuk security kita. Saya kemudian bincang sama dia, berikannya 3 kotak cigaret sahaja, beres,” jelas Glenn.

Ketika itu kami dalam perjalanan pulang ke hotel setelah selesai tugasan. Sebelum ke Kampung Beting, 5 kilometer dari bandar Jakarta saya dimaklumkan, sebilangan penduduk di kampung terbabit bersifat 'hostile', kekadang ganas terhadap wartawan dan jurukamera. Mereka enggan kisah mereka disingkap media. Memang berdebar mendengar perkhabaran itu tetapi saya tenangkan jiwa dan berdoa kepada Allah, agar tugasan mampu disempurnakan dengan selamat.

Kampung Beting menjadi terkenal selepas media Indonesia membongkar kes penjualan 25 bayi berharga di antara 500,000 dan 1,000,000 (RM373) rupiah Februari lalu di kampung dihuni hampir 3 ribu ‘warga liar’, setinggan itu.

                                           
“Pendapatan harian individu di kampung ini sebagai pengamen (pemain muzik jalanan) dan pemulung (pengutip sampah untuk dikitar semula) sekitar 2 US dollar (RM6),” ujar sukarelawan, Ricardo Hutajaean.

Lebih malang lagi dilaporkan lebih 800 anak kecil di kampung sama tidak memiliki sijil kelahiran sekaligus tidak diakui Indonesia sebagai warganegara. Senarai panjang nama mereka ditunjukkan Ricardo kepada saya, rujuk gambar, Ricardo di sebelah kiri.

Didit merakamkan gambar anak tanpa identiti

“Pak Ricardo, di Malaysia, ramai warga Indonesia berstatus ‘kosong’, tiada dokumen. Mereka itu pendatang tanpa izin. Peliknya di sini, anak lahir di Indonesia tidak diiktiraf sebagai rakyat negara ini,” celah saya.

“Ya, itu benar. Pemerintah di Indonesia jelasnya tidak mampu menangani masalah kemiskinan,” sambut Ricardo.

Sewaktu menjalankan tinjauan, saya sedih melihat wajah anak kecil bermain bebas di kampung kotor, tidak mempunyai saliran air sempurna.


“Air dari jamban mengalir di halaman rumah,” jelas Didit kepada saya sambil merakamkan visual.

Saya matikan deria bau, jika tidak pasti termuntah.

Itu antara kisah saya singkap dan bakal disiarkan 999 kelak.

Saya kini masih berada di Jakarta, esok akan merakamkan kenyataan polis berhubung kegiatan pemerdagangan bayi berlaku sejak sekian lama.

Berikut beberapa gambar saya rakamkan untuk dikongsikan bersama pembaca.


18 ulasan:

hBz berkata...

cerita ttg air jambatan ni. sama saja macam air di parit sekitar kawasan parit raja. berbau. tertutup dengan semak samun, sampah. orang kampung tak ambil peduli. tetapi, ramai diantara mereka, masih boleh memancing di situ. tak faham saya. sbg student di kawasan ini. kecewa.

kakcikseroja berkata...

Sedihnya melihat anak-anak yang bergelandangan.. besar nanti, apakah nasib mereka? Mewarisi ketidaktentuan hidup?

Ms Sue berkata...

sedangkan terbau najis kucing pun kita tak senang duduk, apakan pulakan najis manusia..
( mmg nak termuntah bila terbayangkan )

From The News berkata...

begitu daif keadaan kat sana. apalah nasib anak-anak tiada identiti tu.

bila lihat kisah-kisah macam ni, barulah sedar betapa mewahnya hidup kita di Malaysia. Walaupun ramai yang pertikai, namun hakikatnya ada yang lebih teruk taraf hidup seperti yang kita lihat ni

JakiJipang berkata...

"Pemerintah Indonesia tidak mampu menanangi masalah kemiskinan" kata rakyat Indonesia sendiri. Indonesia sebuah negara besar yang kaya dengan hasil mahsul kurniaan Allah tapi pemerintahnya gagal mensejahterakan rakyatnya. Fikir-fikirkan lah.

V.I.C @ D.I.A.N.A berkata...

Syukur walaupun negara kita sedikit gegar gara2 fahaman politik yang berbeza, namun kita jauh lebih bernasib baik dari rakyat Indonesia.

Azrul Hisham berkata...

sangat kasihan bila tengok kedaifan mereka....

Pok Li berkata...

syukur. Syukur. Syukur kerana kita berada di Malaysia

bidibonbon berkata...

Kenapa kemiskinan begitu sinonim dengan kekotoran dan sampah?

Adakah kerana salah pemimpin...atau kerana KEMALASAN individu terbabit...yang lama kelamaan menjadi tabiat yg sebati.

Islam menganjurkan kebersihan...islam itu indah....tak kira miskin atau kaya...

RastaMat berkata...

Bersyukur dengan kehidupan kite...

azieazah berkata...

Apa agaknya yang akan berlaku seterusnya kepada mereka, generasi mereka yang tiada identiti ini?

Mewarisi kemiskinan dan kemunduran? Meneruskan budaya bekerja mengutip sampah?

Mereka inilah yang akan menjadi mangsa pemerdagangan orang kerana desakan hidup...

Kalaulah pemimpin mereka dapat membuka mata lebih luas lagi...

LORD ZARA 札拉 berkata...

aduhai~
begitu sekali kehidupan mereka?

Najwa Aiman berkata...

Kerana itu maka mereka bertandang lantas berhijrah ke Malaysia?

cmk berkata...

Kita memang WAJIB bersyukur.

Tapi jangan lupa, di Malaysia pun masih ada rakyat yang hidup dalam kesempitan.

Bagi yang berada, kalau pun malas nak bersedekah, jangan sampai malas nak berzakat.

echah_syed berkata...

seolah mcm setinggan disabah yg pernah dipaparkan oleh karam singh walia.sampah seolah hiasan pokok bunga :p

........

abg combi membawa anak-anak dia gi indon bercuti disamping memberi pengalaman kpd mereka supaya menghargai apa yg kita ada dibumi bertuah malaysia berbanding dgn mereka disana.

mohdandmeriam berkata...

salam mazidul,mak cik selalu singgah cuma tak meninggalkan jejak je..tak pernah miss membacanya..bila membaca n3 ni rasa amat bersyukur kita tak mengalami kesusahan n kedaipan begitu..tapi malangnya bibit2 yg datang kemalaysia yg berasal dari hidup yg susah tak tahu bersyukur bila mendapat majikan yg baik..bila dah selesa tinggal disini mulalah buat macam2 perangai tak elok n menderakan anak2 majkan n bermacam2 perangai lagi.mereka juga tidak kuat pegangan agama sebab itu Allah membalas mereka dgn segla kesusahan hidup..

aspirez berkata...

Persoalan saya bagaimana anak yang lahir tidak diiktiraf sebagai warga sendiri. Bagaimana disini kenapa layanan kita berbeza. Kekadang pemerintah kenalah berlaku adil dan berikanlah hak kepada yang empunya hak yang sebenarnya.

the sastraboy berkata...

cantiknya warna rumput.HIJAU-terang.