Isnin, Februari 08, 2010

Cakera Optik Lucah Bersepah

Tengahari tadi, saya dan wartawan 999, Hazlin Hussain menyertai 12 penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, KPDNKK Johor diketui Risz Fazliana Abdul Hamid menyerbu 2 stor simpanan cakera optik cetak rompak dan lucah di Jalan Siu Chin berhampiran Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru, Johor.

Menariknya kedua stor terbabit tersembunyi di sebelah kedai menjual telefon bimbit dan tatoo. Penguatkuasa KPDNKK terpaksa memecah pintu, 'shutter' kedua premis. Saya percaya kehadiran pihak berkuasa dapat dihidu lebih awal sindiket terbabit, apa tidaknya sewaktu pemeriksaan dijalankan premis dikunci dan peniaga menghilangkan diri.

Bagaimanapun ribuan cakera optik cetak rompak dan lucah pelbagai tajuk berjaya dirampas dalam operasi bermula pada jam 1.16 minit tengahari itu. Premis pertama diserbu dilengkapi 2 kamera litar tertutup. Manakala pengusaha kedai telefon bimbit di sebelah stor mendakwa tidak mengetahui kewujudan stor 2 meter dari premis mereka. Hanya orang dungu terpedaya dengan kenyataannya, itu hemat saya.

"Sebab apa mahu ambil saya punya IC? Saya tidak salah," kata peniaga telefon bimbit meninggikan suara.

"Tidak ada siapa kata you salah, saya cuma mahu ambil you punya statement sahaja. Kita tanya, you jawab," balas penguatkuasa KPDNKK bertugas.

Akhirnya dia akur.

Aduan berhubung kewujudan stor terbabit dikemukakan 999 kepada KPDNKK setelah melakukan tinjauan rahsia Jumaat lalu. Wartawan dan jurukamera 999 memasuki premis sama, visual bahan cetak rompak dan penjual dirakam menggunakan kamera intipan, 'spycam'.

Kamera itu telalu kecil dan berkemampuan merakam visual berkualiti.

Saya difahamkan, pihak polis berkuasa dan berhak mengambil tindakan terhadap mereka memasarkan cakera optik lucah. Lebih menghairankan saya, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan terletak kira-kira 200 meter sahaja dari premis diserbu.

Entahlah, tidak tergamak menuduh pihak tertentu bersekongkol dengan sindiket terbabit. Barangkali peniaga cakera optik cetak rompak di kawasan itu memiliki 'ilmu penepis' undang-undang, hari ini premis diserbu, esok mereka kembali berniaga.

Saya akur dengan 'kehebatan' mereka!

13 ulasan:

  1. fuh!
    kecik2 cam tu pun boleh menghasilkan visual yang berkualiti!
    kadang2 teknologi pun ada keburukan nya bukan?
    tapi kita perlu kan teknologi untuk kesenangan dan kemudahan.
    cuma sesetengah orang yang salah guna.

    BalasPadam
  2. Selamat kembali ke PJ, BRO...

    tengok jauh berjalan, mesti penat.

    BalasPadam
  3. tangkap je mereka ini, pastu sumbat CD dalam mulut diaorang.

    Suke sangat buat tak senonoh n..

    zalim kah saya??

    BalasPadam
  4. tak habis2.
    bila la nak stop bnde2 tak berpekdah ni..
    ish ish ishh

    BalasPadam
  5. banteras cik mazidul
    kasi buka skit minda

    BalasPadam
  6. kekadang pelik tgk peniaga cd cetak rompak nie..
    hari nie kena serbu esok leh bukak kedai cam biasa balik..
    tp tuelahkan..klu xda permintaan mesti business diorang x jalan

    BalasPadam
  7. ada bisnes ada bil API, ada bil air...susah ker nak gubal potong API?

    BalasPadam
  8. aktiviti haram ni kena selalu banteras...nak lagi penjualan cd/dvd lucah...tak hairan kalau jenayah seksual meningkat sekarang disebabkan pengaruh bahan-bahan lucah seperti ni....

    BalasPadam
  9. bila tgk photo GRO berbaju pink kurang kain tu ..fuh..goyang juga iman..jika semua pasangan shape badan mcm tu ..dah terkubur kerjaya GRO...VCD lucah kini kalau nak beli di kedai dh ketinggalan zaman , sekarang budaya buat sendiri lepas tu MMS pd kawan ataupun ambil di Youtube..inilah kesan dunia tanpa sempadan , jika tiada VCD lucah adalah terhapus amalan kurang sihat ini ? tepuk dada tanya iman

    BalasPadam
  10. Bila duit menjadi keutamaan berbanding halal haram...

    BalasPadam
  11. Bahan itu faktor utamanya.
    Jika VCD lucah ini masih hitam putih pun ceriteranya sama sahaja Pelakonnya yang itu juga, manakan boleh laku.
    Bagaimana mahu memusnahkan ianya sampai ke akar umbi; Mungkin tidak: setakat mahu mengurangkan memang boleh dengan kerap mengadakan serbuan.
    Besok lusa belum tentunya ianya tiada; akan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

    Inilah cara dunia barat mahu meruntuhkan keimanan kita. Paling malang kita pun asyik terikut dengan masalah sekodeng & paparan MMS di telefon bimbit kita. Nahas bangsa kita ini.

    BalasPadam
  12. fakta terkini, kedai-kedai cd ini masih beroperasi setakat 17.02.2010. Mungkin towkey yang lain di lokasi yang sama. Agak pelik ilmu kebal mereka terlalu tinggi mungkin hingga tahap sempurna sehingga sukar untuk dibenteras. Wbp perubahan pintu masuk ke Johor dari bandar JB ke CIQ dilihat berjaya mengurangkan kedai-kedai ini kerana kurangnya permintaan ataupun pelanggan dari Sxxxxxxxa.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.