Ahad, Januari 03, 2010

Pelacur Salon (Misi '999' Selesai)

Misi ‘999’ selesai di Kota Kinabalu, Sabah.

Harga perkhidmatan mereka RM300 setiap seorang, keduanya berusia 23 dan 25 tahun, mendakwa ditipu ejen sewaktu memasuki negara ini dari Filipina. Mereka berhutang RM2, 400 dan RM3,000 untuk bayaran dokumentasi diuruskan bapa ayam, kini menjadi majikan mereka.

“How much do you get out of RM300 as a working girl (prostitute)?,” itu soalan saya.

“Only RM100, but I have to pay the credit (debt), it will take another 5 months to settle,” kata MJ.

MJ, pelacur gadis Filipina bekerja di ‘salon’ di Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu. Dia mendakwa dokumen perjalanannya disimpan majikan. Menurutnya lagi di premis sama lebih 40 gadis senegaranya dilacurkan samada secara sukarela atau paksa.

“Supposely, I came here to work in an electronic factory but I was sold to a pimp,” tambahnya lagi.

“How many customers do you have to entertain daily?,” soal saya.

Dia terhenti seketika, mencongak.

“Average of 3,” jawabnya.

Jika dilacurkan di premis bertopengkan salon, lokasi dia bekerja, short game, ST, bapa ayam mendapat habuan RM130, MJ hanya dibayar RM50 sahaja, pelanggan membayar RM180.

Di episod ‘999’, 7 Januari 2010, ‘999’ akan membuktikan kegiatan pelacuran membabitkan gadis Filipina berleluasa di Kota Kinabalu. Kisah 2 pelacur saya temubual bersama wartawan ‘999’, Shahrizam Hamzah pasti mengejutkan pelbagai pihak. Visual dirakam jurukamera TV3, Faizal Afandi atau lebih dikenali dengan nama 'Pacat'.

‘999’ bakal membuat susulan dan merujuk Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat Dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontingen Sabah berhubung tindakan diambil selama premis terbabit beroperasi.

Itu saya panggil, proaktif.

Terfikir, jika krew '999' dari Kuala Lumpur berjaya merakamkan visual dan temubual bersama pelacur terbabit, masakan pihak berkuasa tidak sedar berhubung kegiatan terkutuk itu? Jika mereka mengetahui, mengapa tidak dihapuskan secara total? Tambahan pula, saya amat yakin, kegiatan terbabit bukan berusia setahun jagung.

Sedih, biarpun Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 mula dikuatkuasakan, wanita masih terus dijual beli.

19 ulasan:

  1. wohoho...ini rupanya misi kat KK.. apapun harap pendedahan 999 kali ni boleh membuka pihak-pihak yang lena diulit mimpi kat sana...kesian... mengharap kerja lain tapi dapat kerja lain...mereka patut diselamatkan dari terus terjebak dengan kegiatan tak bermoral ni...

    BalasPadam
  2. salam... saya tak terkejut sebab dah lama tau cuma hairan kenapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan ... terimakasih 999 ... harap pihak berkuasa terjaga dari lena yang panjang...

    BalasPadam
  3. BAPAK AYAM INILAH YG SEPATUTNYA DI BURU HINGGA KE LUBANG CACING. MEMALUKAN AGAMA,NEGARA DAN BANGSA.
    YOP,MASA OPERASI TAK KAN TAK TERJUMPA DGN BAPAK AYAM TU?

    BalasPadam
  4. Begitulah nasib gadis pekerja asing. Lain yang di harap datang ke Malaysia, tapi lain pula yang terjadi. Kadang-kadang kesian juga dengan nasib mereka ini.

    BalasPadam
  5. terus dengan maklumat terkini.TAHNIAH

    BalasPadam
  6. Negara yang melepaskan rakyatnya untuk bekerja di negara asing juga patut memberi pendidikan tidak formal tentang risiko dan beberapa kemungkinan supaya rakyat yang masih tiada pengalaman atau naif lebih berwaspada...

    ibarat ibuayah hendak melepaskan anak pergi merantau..

    yang naif akan menjadi mangsa si bijak licik...

    BalasPadam
  7. nasib wanita cantik tapi bodoh memang selalu dieksploitasikan oleh lelaki bernafsu syaitan.

    Kesimpulannya, cantik saja tak berguna... kalau akal tak ada.

    BalasPadam
  8. Sebenarnya melalui temubual dilakukan, responden mengaku sebahagian daripada rakan sekerjanya melacur secara sukarela, untuk mendapatkan wang.

    Kes rumah pelacuran bertopengkan salon lama saya dengar. Namun, bukan diketahui semua penduduk Kota Kinabalu.

    Jika pelanggan menggunakan pintu belakang rumah kedai, itu 'pssword' mengatakan mereka berhasrat melanggan pelacur.

    Saya dimaklumkan, premis terbabit pernah diserbu penguatkuasa Jabatan Imigresen Sabah. Bagaimanapun, premis terbabit masih terus beroperasi dan hanya ditutup keesokkan hari selepas 2 pelacur ditemubual.

    Hairan.

    BalasPadam
  9. abang mazidul,kenapa la pergi jauh sampai kk nuh.kat sini pon berlambak je. kalau sebut brieckfield, semua orang tau apa yang ada kat sana. yang herannya balai polis depan tu je.tapi yang meniaga makin maju. Boleh tak abang mazidul pergi terjah kat sana plak?

    BalasPadam
  10. salam,..

    qhazi dah terlalu byk membaca serta memerhatikan kelembaban pihak berkuasa,.kalo ditanye nnt pelbagai alasan yang kuar,.kes bertimbun, tak cukup kakitngan dan bla bla bla..
    sampai bile nk macam ni,..?
    tq cz byk memdedahkan semuanya.

    by student setahun jagung.

    BalasPadam
  11. salam,.

    qhazi byk didedahkan dgn kelemahan pihak berkuasa ni,.naik muak n jelak.
    dan melalui pemerhatian qhazi yang setahun jangung ni,.masalah takkan selesai kalo pihak berkuasa asyik bagi alasan..
    sila cari penyelesaian..


    by:student muda

    BalasPadam
  12. En. Mazidul: Nama betul Akta:

    AKTA ANTI PEMERDAGANGAN ORANG or ANTI-HUMAN TRAFFICKING ACT 2007.

    Entri ini sangat bagus. Teruskan menjadi lidah masyarakat melantunkan suara kepada mereka yang sepatutnya "mendengar".

    BalasPadam
  13. Shatooman, done (di KK, pelacur lebih muda dan berbangsa Filipina.

    Nor Azizah, terima kasih and corrected.

    BalasPadam
  14. Setakat serbu dan tangkap tempat pelacuran ini tak akan ke mana. Tetap beroperasi macam biasa juga. Yang penting, setiap agensi kerajaan duduk semeja untuk mengatasi masalah ini.

    PBT mempunyai kuasa yang lebih terhadap premis, sepatutnya memainkan peranan yang berkesan. Menteri dan Exco Negeri yang bertanggungjawab perlu turun padang dan membuat keputusan.

    BalasPadam
  15. Khalil, tiada kenyataan dalam entry ini menyatakan premis terbabit diserbu atau tangkapan dibuat.

    Namun saya percaya, selepas laporan ini dikeluarkan, operasi pusat pelacuran terbabit pasti akan terganggu jika tidak dihentikan.

    BalasPadam
  16. Teruskan usaha anda menyelongkar dan mencari kebenaran. Kami sebagai penonmton setia tetap menyokong usaha dan inisiatif anda. Tahniah.

    BalasPadam
  17. Inilah dakwah bilhal (dakwah dengan perbuatan). Mencegah kemungkaran dengan tangan (iaitu kuasa yang ada) sebagaimana yang digambarkan dalam hadith Nabi SAW adalah satu dakwah yang mulia. Semoga terus berhati putih untuk membantu negara agar bersih daripada noda yang gila.

    BalasPadam
  18. Barangan tanpa pintaan biasanya akan berlonggok & berhabuk. Barangan yang memang panas mana mungkin terbiar & terhenti jualannya.

    Saya sering berfikiran tersirat; bukan tersurat tiap kali lalu di salon yang rata-rata pekerja wanita menggoda & seksi belaka. Bagaikan otak ini telah tercemar bilamana daya tarikan wanita cantik ini berperanan mendandani rambut lelaki!.

    Memang kena amat pelacuran boleh berakar umbi di salon cukuplah jika kita syampu rambut dengan wanita cantik; jari-jarinya yang bermain buih di kepala kita pun sudah boleh menggegarkan iman di dada!.

    Apatah lagi jika diri terus digoda!. Godaan itu sebenarnya ibarat mendekati zina adanya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.