Selasa, Januari 05, 2010

'Ayam' Muda Sabah Murah


Berikutan maklumat disalurkan ‘999’ sepasukan polis Bahagian Anti Kongsi Gelap, Maksiat Dan Perjudian, D7 Ibu Pejabat Polis Kontingen, IPK Kuala Lumpur menyerbu rumah pelacuran di tingkat 1, Jalan Tambipillai, Brickfields.

16 gadis dipercayai pelacur berusia di antara 19 dan 34 tahun diberkas dalam operasi bermula jam 8.15 malam tadi.

“Ada 3 Indonesia, 1 India dan 12 Sabahan,” kata anggota polis bertugas.

Operasi diketuai Pegawai Turus D7 IPK Kuala Lumpur, DSP Razali Abu Samah, pegawai saya kenali sejak 2 tahun lalu. Beliau dibantu Cif Inspektor Azlihan Ishak dan 11 anggota.

‘Ita’, 21 tahun berasal dari Tawau, Sabah antara pelacur berpakaian seksi ditahan.

“Berapa ringgit?,” soal saya.

“RM40, saya dapat RM27, sewa bilik (bayaran bapa ayam), RM13,” bisik anak ke 2 daripada 3 beradik itu.

"Kenapa perlu datang ke Semenanjung melacur, di Sabah tak boleh ke?," tanya saya.

Ita hanya mendiamkan diri. Bukan bertujuan menghina, saya sekadar ingin menyingkap rasional di sebalik tindakan gadis mentah itu. Mengapa dia perlu berhijrah terlalu jauh untuk memperdagangkan diri? Barangkali terlalu janggal sekiranya melacur di negeri sendiri, apapun itu telahan cuma. Lebih mengejutkan, Ita di mata saya boleh dikategorikan sebagai gadis cantik dan menarik. Namun demi menjaga maruah manusia, saya kaburkan wajahnya.

Menurut Ita, rakan sekerja lain dibayar kadar berbeza. Jika RM50, bapa ayam mendapat habuan RM15, selebihnya kepunyaan pekerja.

“Ayam muda, murah,” bisik saya kepada DSP Razali.

“Ha! Ha! Ha! Itu pelanggan, kakitangan kerajaan,” katanya.

“Saya datang sini temankan kawan, saya bukan jenis melanggan pelacur, sorry,” ujar lelaki mendakwa bertugas di Wilayah Persekutuan Putrajaya itu meninggikan suara.

“Jangan cakap banyaklah, ” tegur anggota wanita D7 berdiri di sebelahnya.

“Alasan itu, masa nenek saya masih dara dulu, memang orang sudah guna,” usik saya.

“Bagus ayat itu,” sambung DSP Razali sambil tersenyum.

Di sebelah kanan lokasi kami berdiri, lebih 10 pelanggan ditahan dan akan dituduh mengikut Seksyen 373 Kanun Keseksaan.

Manakala 3 penjaga pelacur diberkas, akan dituduh mengikut Seksyen 373(1)(b) Kanun sama dan jika didapati sabit kesalahan, dia boleh dipenjara 15 tahun dan didenda.

“Hah! Ini ada seorang lagi! Menyorok di sini rupanya,” teriak anggota polis dari dalam bilik berhampiran.

Gadis berbaju hitam berlengan pendek perlahan keluar dari kotak kayu di sebelah katil. Pergerakannya bak ahli gimnastik bertubuh elastik, saya terpegun buat seketika. Di hujung katil bilik dilengkapi penghawa dingin, paip air, tilam nipis dan tuala, kelihatan krim pelincir, lubracating jelly (18 tiub).

Saya sempat merakam gambar pegun 820 kondom dimuatkan kemas di dalam kotak. Mungkin ribuan lagi sudah habis, digunakan pelacur melayan pelanggan mereka sebelum ini.

“Sanggup ke baring?,” usik DSP Razali sambil menjeling ke arah katil.

Saya hanya tersenyum. Spontan terlintas di fikiran, berapa banyak ‘DNA’ berbeza terpalit di tilam sama? Tidak tergamak saya menyentuh tilam berkarat itu.

Bisnes menjual tubuh terbabit pastinya menguntungkan, buktinya, biarpun berulang kali diserbu pihak polis, premis itu masih terus beroperasi.

Visual dan temubual bersama DSP Razali serta beberapa pelacur akan disiarkan dalam episod musim terbaharu ‘999’ pada 7 Januari, 9 malam, Khamis ini. Jangan lupa menyaksikannya.

Nota Semua gadis terbabit berambut panjang. Mungkin memang diniatkan dari awal untuk menutup wajah sekiranya ditahan pihak berkuasa.

Pelik Di Kota Kinabalu, Sabah, majoriti pelacur menawarkan khidmat seks, warga asing dari Filipina dan Indonesia. Di Kuala Lumpur (premis diserbu), kebanyakkan pelacur warga Sabah. Kenapa dan mengapa ya?

36 ulasan:

  1. fuhh...memang panas kali ni..cuma rasa terkilan bila tengok segelintir warga negara kita sanggup memilih kerjaya tak bermoral tu....kasihan...muda-muda lagi dah jadi pelacur...

    BalasPadam
  2. salam tahun baru en mazidul..

    maaf tak dapat hadir gathering tempohari.sgt terkilan tp insyaALLAH pnjg umor lenkali mesti join :)

    apapun azie ada MMS gambo masa kat sana.tq azie


    ..........

    pernah terfikir dihati mcmana dorang melayan berbagai ragam,rupa,bentuk lelaki yg melanggan mereka.mmg tak sanggup!

    kesian ekk :(

    BalasPadam
  3. Harap-harap operasi akan diadakan berterusan, bukan kerana TV3 dah dedahkan saja.

    BalasPadam
  4. salam. ayam muda bukan dari sabah saja murah. Yang melacur satu hal yang melanggan tu pun satu hal.Penyakit kronik sejak zaman berzaman.

    BalasPadam
  5. salah satu sebab Sabah selalu menjadi tumpuan pelancong. Tidak dapat dinafikan dan diselindungi perkara ini kerana inilah hakikatnya.

    faktor mengapa Thailand terkenal dengan pelancongan adalah disebabkan perkara ini.

    BalasPadam
  6. bro kira sendiri ke semua kondom2 tu? keh3 tanya je

    BalasPadam
  7. ada dua sebab kerja,

    kerja untuk makansara diri atau kerja untuk mewah,sara Mez

    kerja yang senang,tapi duit masyuk banyak..

    BalasPadam
  8. Ice, dalam operasi, kondom dijadikan bahan bukti. Bilangan sebenar dikira dek anggota menjalankan serbuan dan kemudian dikongsikan bersama wartawan.

    Jadi, bukan saya kira.

    BalasPadam
  9. beberapa bulan selepas ini, premis yang sama akan sambung operasinya..

    BalasPadam
  10. Khalil, saya percaya pihak polis khususnya melaksanakan banyak operasi. Bagaimanapun mereka berurusan dengan manusia sentiasa mencari peluang untuk mencari wang.

    Hari ini diserbu, dua tiga hari beroperasi kembali. Mungkin pihak berkuasa tempatan harus campur tangan bagi menangani kegiatan pelacuran ini.

    BalasPadam
  11. HARI INI DI SERBU, DUA TIGA HARI BEROPERASI KEMBALI. ITU TAK PELIK YOP SEBAB PREMIS ITU SEMEMANGNYA TETAP ADA DI SITU. YG PELIKNYA BAGAIMANA DALAM MASA 3 HARI BAPAK AYAM ITU BERJAYA MENGUMPULKAN 'PEKERJA' BARUNYA. ADAKAH DIIKLANKAN DI DLM SURAT KHABAR? MUNGKIN TIDAK. KALAU BOLEH CUBA SIASAT BAGAIMANA MODUS OPERANDI BAPAK AYAM MENCARI 'PEKERJA' BARU DALAM MASA SESINGKAT ITU!

    BalasPadam
  12. memang sangat2 menguntungkan perniagaan ni.sbb tu susah nak banteras.sekali kena serbu, senyap kejap.lepas tu ada balik.yang memalukan, anak gadis melayu pon ramai yang jadi pegawai perhubungan pelanggan ni.mungkin nak kerja yang ada title pegawai kot.kalau kerja kat stesen minyak mana dapat jadi pegawai.....

    BalasPadam
  13. apa yang saya tahu, di sabah memang susah untuk dapat kerja, jadi kebanyakan mereka berhijrah ke sini menjadi tukang urut batin dan melacur......kalau buat kat tempat sendiri tau sajalah.....ramai yg kenal kot...

    BalasPadam
  14. salam echah, tiada perkataan Blogger pun..
    lihat macam Anuddin jawab soklan..
    hehee itu laa lama tak buka PC..

    BalasPadam
  15. mungkin juga setengah2 terpengaruh ngn iklan kerja jadi tukang urut refleksologi , bila sudah terlangkah masuk dalam perangkap bapak ayam durjana..xley lari dah

    BalasPadam
  16. isk. kalau tiada pelangan manakan ada pelacur , langgan dan dilanggan. isk.

    2-3 hari gerenti buka premis tu, dan mungkin anak - anak ayam tu dijamin dan keluar semula. isk.... mungkin ada sebab tertentu dorang ni melacur , tak nak bandingkan negeri masing2 , semua sama je ttp ada pelacur.

    BalasPadam
  17. isk..kesian derang. bukan salah derang ni. terpaksa cari rezeki agaknya. dah habis ikhtiar hidup bro..

    BalasPadam
  18. jika sudah 37 kali kena serbu.

    elok GOMEN/PBT HALALKAN perniagaan ni secara terbuka..buat macam pasar daging MUDA/segar..

    membazir beras n masa Kakitangan Polis nak buat kerja benteras jenayah2 lain.

    BalasPadam
  19. pekerjaan paling tua dalam dunia. Selagi ada hayat manusia, pelacuran tetap wujud sebab ada penawaran dan permintaan. Cuma yg sy dok heran sampai lor ni ialah knp yg ramai langgang pelacur adalah lelaki yg dah ada bini kat umah! Saja nak rasa kelainan atau nak test power atau khidmat bini kat umah tak menawan!

    BalasPadam
  20. Apa yang kelakarnya adalah alasan yang di berikan oleh kakitangan kerajaan tu. hahaha.. bila dah 'kantoi' macam2 alasan yang di berikan. Bukan budak2 yang boleh di permainkan.

    BalasPadam
  21. riana, banyak lg keje lain atas muka bumi ni. bukan mereka ni abis ikhtiar, tapi nak cari jalan mudah dapat wang.
    Mr.J@pengerindu & MrsNor,saya sokong anda.kalau x de permintaan, x kan ada pengeluaran. saya sendiri masih lagi tertanya2 kenapa laki org pon masih pergi kat situ....

    BalasPadam
  22. Persoalannya, mengapa majoriti mereka diberkas berkelahiran Sabah?

    BalasPadam
  23. Sejak saya bujang lagi tempat ini telah popular; rasanya tidak mungkin dapat dihapuskan lagi tempat pelacuran sebegini kecuali bala yang meranapkan segala.

    Nafsu & wang seiringnya menjadi hambatan manusia. Biar pun kita kian bertamadun namun amat payah menjaga keinginan dua perkara ini. Baik di bandar besar mahu pun di pekan kecil pasti ada masalah pelacuran & keruntuhan moral ini.

    Benarlah iman manusia ini setipis kulit bawang!.

    BalasPadam
  24. en mazidul..

    "Persoalannya, mengapa majoriti mereka diberkas berkelahiran Sabah?"

    combi rasa kemungkinan mereka ini tiada berpelajaran tinggi dan masalah tidak ada pekerjaan jugak salah satu sebab.sabah bukan mcm pulau pinang atau negeri lain yg ada byk kilang sebagai sumber pekerjaan kepada penduduk.

    mereka terpaksa berhijrah utk mencari rezeki ditempat org.mmg ramai sabahan yg keluar bekerja ditanah semenanjung terutama dilembah kelang.akibat desakan hidup mereka sanggup menjual tubuh.

    dan yg paling penting mereka yg menjual tubuh ini mungkin kerana pegangan agama yg sgt longgar.

    wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sgt mk cik..bdk2 u kt sabah ni majoriti call girl dr semenanjung x tw ler didikan agama x kot atau dh trlalu moden kn..rm100 siap blh bwa blk guma gi buat sambal..

      Padam
  25. Nak kongsi sikit bro Mazidul,
    Rata rata atau kesemua gadis sabahan yang ditangkap berasal dari Tawau dan pantai timur Sabah. Tidak hairanlah kebanyakan mereka ini sebenarnya warga filipina atau indonesia yang telah mendapat kewarganegaraan melalui projek IC secara langsung atau tidak langsung daripada ibu bapa mereka yg pada dulunya mendapat mykad projek lebih awal. So memang tidak hairanlah, kalau ditanya mereka ini mestil Muslim kan. Kalau yg real Sabahan tidak akan tergamak membuat pekerjaan sekeji ini.

    BalasPadam
  26. Eii.... geramnya... eii.... tatau la nak cakap apa dah.. menyampah! tarik rambut dia... ikat kat kipas siling...!!

    BalasPadam
  27. Satu artikel berkualiti. Tahniah krn byk artikel-artikel anda yg dirakam sendiri oleh saudara. Anda seorang yg berani menyelongkar kegiatan yg tdk bertamadun ini.Hapuskan jenayah.

    BalasPadam
  28. jgn la samakan sabah seperti negara thailand..seolah-olah sabah ni sebuah negeri pelacuran!!!.

    BalasPadam
  29. Saya setuju kata beautiful~mess...dan juga math..tak perlulah mention pelacur sabah..cakap pelacur tempatan cukupla..nak juga malukan rakyat sabah...

    BalasPadam
  30. "math berkata...

    Nak kongsi sikit bro Mazidul,
    Rata rata atau kesemua gadis sabahan yang ditangkap berasal dari Tawau dan pantai timur Sabah. Tidak hairanlah kebanyakan mereka ini sebenarnya warga filipina atau indonesia yang telah mendapat kewarganegaraan melalui projek IC..."

    Saya setuju dengan pendapat Math ni..dan saya percaya bahawa yg jadi pelacur tu bukan orang sabah yg tulin semuanya hasil dari ibubapa mereka yg di beri IC projek anak mereka tidak berapa di pedulikan kerana yg penting IC projek yg di berikan kepada mereka(ibubapa) boleh mendapatkan mereka keuntungan(wang) apa jadi dengan keturunan mereka kurang penting,anak2 kurang pendidikan kerja pun tidak menentu..SAYA CADANGKAN SUPAYA MAZIDUL BUAT SIASATAN MEREKA YG DI TANGKAP JADI PELACUR TU DAN MENGAKU/ADA IC DAN BERASAL DARI SABAH ADAKAH BETUL MEREKA ORANG SABAH. BIASANYA KALAU DI SABAH ORANG TANYA SEKOLAH DULU DI MANA?....OLEH ITU SAYA HARAP MAZIDUL CUBALAH SIASAT IDENTITI SEBENAR PELACUR TERSEBUT...SAYA ORANG SABAH TERASA MALU BILA ORANG INDON & FILIPIN DI TANGKAP KERANA MELACUR DAN AKUN ORANG SABAH..BUAT MALU SABAH JA..

    BalasPadam
  31. me 2..saya sependapat dgn Ham. Kalo betul la pelacur-pelacur warganegara tulin sabah buat malu ja..Mmg dorg nie asal sabah tp bukan warganegara tulin sabah tetapi telah d warganegarakan melalui projek IC yg dijalankan segelintir org berkenaan yg menyelewang kuasa yg diberikan kerajaan dgn memberi kewarganegaraan kepada warga filipin dan indonesia.. Saya rasa kerajaan pusat perlu kaji semula kenapa sabah sekarang banjir dgn org2 filipin dan indonesia yg telah diwarganegarakan..Bkn apa kehadiran warga2 nie banyak mengundang masalah2 di sabah khususnaya masalah pelacuran,dadah,rompak,bunuh,rogol dan dll.. Dan apa yg anda lihat ini adalah separuh aja. Cuba anda dtg sabah ramai lagi warganegara palsu nie buat kerja2 mcm nie.. 1 lagi bila tangkap pelacur sabahan nie cuba try tanya dorg nie bangsa apa k.. Kalau Dusun,kadazan, try tnya "sai ngaran nuh??" kalo dorg fhm ini bermakna dorg nie org sabahaan tulin..maknanya sapa nama kamu??..

    BalasPadam
  32. dengan ikhlas dan tanpa hasad dengki.. en Mazidul.. apa yg peliknya pelacur2 tu org sabah,,sedangkan semasa zaman nabi terdapat jugak pelacur..apa bezanya dengan sekarang..dalam 1 komuniti tu mesti ada baik dan mesti ada buruk.. x tnya plak brapa ramai org semenanjung jd bosia?? pelacur ada banyak sebab mereka menjadi pelacur.. terpaksa,dipaksa, dll... tp bosia hanya ada 1 sbb,, nafsu.. bkn ingin menjadi racist.. tp tebuan klau x dijolok sarangnya tidak akan menyengat...sebagai org yg berpengalaman luas..anda sepatutnya tahu apakah perkara2 sensitif yg x patut di persoalkan di tpt yg umum..

    BalasPadam
  33. Mazidul.. oo Mazidul... tanya pada diri anda, tanya pada negeri smnjung anda, tanya pada siapa2. negeri mana yang paling banyak buang anak...???? Selangor mencatat negeri terbanyak buang anak. tida tarmasuk negeri smnjung yang lain.. kalau nak di isu kan ni.. panjang sangat masalah luaran dan dalaman yang ada pada seluruh negeri smnjung... itu belum termasuk bohsia, gigolo, dan macam2 hal lagi. lebih banyak kes2 di area negeri smnjung ni berbanding sabah. tapi kami tidak pula nak katakan kamu ni tidak buat hal, cuma kami malas mo layan, malas mo ambil tahu, semua sudah besar panjang boleh fikir, mo di tegur sakit pula hati korang, mo di tanya korang menengking pula, bila di hebohkan macam2 ja alasan korang bagi.. JANGAN SALAHKAN NEGERI JIKA SESUATU KAUM KE ORANG KE ITU SALAH, JANGAN BANDINGKAN KEBAIKAN DAN KEJAHATAN MELALUI ORANG YANG BERSALAH... JANGAN NILAI NEGERI MELALUI ORANG YANG DI SALAHI, SEBAIK-BAIKNYA TAK PERLU NAK SALAHKAN NEGERI BILA TERTANGKAPNYA PESALAH. Ingat!!!!... jangan RACIST sesuatu kaum kerana hal ini.. . kalau ikhlas nak bantu , buat cara yang betul, tak perlu nak salahkan NEGERI kami (SABAH) ..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.