Sabtu, November 21, 2009

Guru Mencabul Lagi

Saya puji keperibadian majoriti guru perempuan.

Sewaktu menuntut di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, SMJK Slim River, Perak, guru kelas saya, Puan Wong Pok Hing, mengajar subjek Matematik Tambahan. Biarpun garang, ada waktunya kami sekelas tersenyum terusik dek jenaka spontan beliau. Puan Wong, guru berdedikasi, sama seperti kesemua guru pernah mendidik saya sejak melangkah ke darjah satu pada tahun 1974.

“Thanks God, finally, you jadi orang. I am so proud of you,” kata Puan Wong sewaktu terserempak dengan saya di Slim River lima tahun lalu.

Jadi orang? Ha! Ha! Ha! Terserahlah kepada pembaca semua mentafsirkan kenyataan bekas guru saya itu. Apapun, terima kasih Puan Wong, thank you from the bottom of my heart.

35 tahun lalu, ketika saya mula bergelar pelajar sekolah, tidak pernah terdengar kes guru mencabul pelajar. Maruah dijunjung tinggi lalu kejadian memalukan tidak berlaku. Guru, ibu bapa pelajar di sekolah. Mereka dipercayai bagi memikul tanggungjawab memperturunkan ilmu kepada anak bangsa agar menjadi manusia berguna.

Kini, segelintir guru tidak boleh dipercayai. Mereka mungkin mampu berkongsi ilmu pengetahuan tetapi gagal menjadi ‘penjaga’ kepada pelajar di sekolah. Bagi mereka, pelajar tidak dianggap anak malah dijadikan ‘bahan’ memuaskan nafsu.

Gila.

Kes berlaku berulang kali.

The Star Online melaporkan, di Pulau Pinang, guru lelaki berusia 47 tahun dituduh dan ditahan reman 5 hari kerana mencabul pelajarnya berusia 8 tahun.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC II Wan Abdullah Tuanku Said, selasa lalu, guru terbabit dilapor membogelkan anak kecil itu dan menyentuh bahagian sulitnya di bilik muzik sekolah sewaku waktu rehat. Dia kemudian didakwa melakukan seks oral kepada pelajar sama.

Hairan, kebelakangan ini bukan sahaja datuk, ayah, adik beradik lelaki malah guru terbabit mencabul anak kecil perempuan.

Mereka manusia kronik, sakit nurani.

27 ulasan:

  1. Salam,

    dulu, mgkn ada tp xpernah dilaporkn.

    BalasPadam
  2. manusia sekarang dalam kesakitan. Bila mental dah sakit, semua yang tidak normal jadi macam normal. Nauzubillah...

    p/s anak perempuan 3, mcm2 ketakutan ada

    BalasPadam
  3. cikgu diibaratkan lilin yg membakar diri, cikgu juga diibaratkan sbg ibu bapa apabila di sekolah, tp apabila jadi kes begini apa lg gelaran yg boleh diberikan. knp boleh mcm ni? adakah kerna kurang perhatian isteri di rumah atau pun kerna nafsu yg x boleh dikawal dan disebabkan oleh bahan2 lucah yg semakin senang didapati.?
    so apa tindakan yg mampu kita ambil?


    p/s: bro mazidul muka x berubah dlm pic tu.

    BalasPadam
  4. kesibukan tugas dan pentadbiran (zaman ini) agaknya sesama guru tiada masa 'jaga tepi kain kawan'

    'sex maniac' dan 'demam' rasanya boleh dikesan pada peringkat awalnya.

    apakah guru-guru lain tidak nampak petanda2 awal?.

    BalasPadam
  5. tanda kiamat sudah dekat bro...

    kes adik cabul akak pun dah ade... anak cabul mak... ish..23x

    p/s- tertibe teringat pada semua cikgu teman yang sudah tiada... al-fatihah

    www.broframestone.com

    BalasPadam
  6. En Mazidul...zaman saya sekolah saya tak tahu istillah "cabul"..tapi sebenarnya tak tahu pun apa tu "cabul".
    Sebenarnya kes cabul tu ada....tapi tak tahu benda tu salah di sisi undang-undang..cuma balik bagi tahu kat emak je..tapi tak ada tindakan.sebab emak pun tak tahu cabul tu salah...

    BalasPadam
  7. Mungkin guru tersebut sudah kehilangan roh guru..
    Kalau bro mazidul nak ulasan lanjut..nanti saya akan huraikan di mana-mana 'gathering'yang bro anjurkan di selatan tanah air..ari tu saya out station kalau x, pasti kta jumpaaa di sanaaaa.

    fasa 1-pemikir agung
    ajahare.blogspot.com

    BalasPadam
  8. Salam BRO MAZ...

    1974 masuk Darjah Satu? 1980 Tingkatan Satu? macam sekelas saya jerrr...hehehehehe

    Guru dulu tak perlu jadi garang pun, muka serius jer budak dah berselerak lari kalu berselisih...guru sekarang leh boleh buat kawan lepak kongsi rokok...

    Memang biadap sungguh,anak murid sendiri pun tergamak nak usik..

    BalasPadam
  9. ...nampaknya semakin ramai orang yg sakit disekeliling kita...kes ini adalah segelintir dari kes2 yg terjadi sekarang...manusia semakin gagal mengurus akal dan fikiran mereka dari menghadapi tekanan hidup yg semakin mencabar....

    BalasPadam
  10. Framestone - betul tu, kejadian adik rogol kakak baru2 ni buat saya tergamam betul sebab muda2 dah berperangai macam tu si adik lelakinya. Kalau tak dibendung, 10 tahun lagi mungkin si adik lelaki boleh jadi perogol bersiri pula. Siapa tahu?

    Bro Mazidul, saya teringat kisah seorang nenek tua dirogol lelaki muda ketika dia sedang bersolat. Sampai hari ni saya tak boleh lupa kerana.... FAKTOR lelaki melakukan perbuatan terkutuk tu teramatlah sukar diterima. Wanita yang sedang memakai telekung (bukan sedang pakai baju seksi), perempuan tua yang sudah menopause (bukan yang bergetah mcm anak dara), dan ketika dia sedang mengadap yang maha Esa (mana perginya kepala otak perogol?).....

    Terlampau sakit hati kalau teringat.

    BalasPadam
  11. Salam Bro Mazidul,

    Jumlah guru menjangkau hampir 380,000 orang. Dalam setandan pisang, bukan semuanya elok. Tambah pulak dengan suasana akhir zaman ni.

    Tapi saya masih percaya majoriti guru di Malaysia masih punya harga diri dan iltizam yang tinggi.

    Cerita cikgu mencabul tu, memang memberi kesan kepada gelaran cikgu, tapi tak mematahkan semangat guru lain untuk menabur bakti. Insya-Allah..

    BalasPadam
  12. VIC,
    kes rokok kakak agak uniq, jika tidak mengandung, agaknya masih sepi tanpa jadi bahan berita.

    Memula, kali pertama rogol, kali kedua lain maknanya. Takut sangat kepada adiknya.Barangkali besar mana?

    BalasPadam
  13. Sememangnya guru tersebut 'sakit yang kronik'. Ubatnya adalah, sumbat ke dalam penjara dan jatuhkan hukuman yang setimpal dengannya.

    BalasPadam
  14. VIC @ DIANA

    itu just kes yg kita nampak... kes yg adik beradik berkhalwat cam mana pula... nk tangkap tiada bukti

    tau2 je dah beranak pinak seperti dah berkeluarga... siapa yang tahu..

    p/s- refer kes 2 tahun lepas

    BalasPadam
  15. dulu masa saya sekolah rendah..cikgu subjek alam dan manusia saya suka cubit pelajar perempuan di bahagian dada...saya pun penah kene..maklum la nakal sgt...masa darjah 5 buah dada baru nak naik...sebelom cubit cikgu akan raba2 dulu then baru cubit...

    cikgu subjek kemahiran hidup saya apa bila habis kelas di bengkel..dia akan berdua2an dgn rakan sekelas saya dibilik stor bengkel...saya dan kwn2 penah mengendap tp xnmpk apa...student yg dianggap seperti 'adik angkat' itu dilayan seperti teman wanita...xlama selepas itu cikgu itu pindah sekolah...dan rakan saya juga pindah sekolah...apa yg terjd kami semua xtahu...

    itu semua berlaku ketika di sekolah rendah sekitar tahun awal 90an...masa tu mmg xtahu apa itu cabul...agaknya kalau zaman skrg mesti cikgu alam dan manusia saya sudah di dakwa kerana mencabul...

    BalasPadam
  16. Yang menjadi raja dalam tubuh ialah hati,hati itulah yang menentukan kebaikan dan kejahatan seseorang.Hati itulah yang berkuasa dalam tubuh.Hati yang baik menyelamatkan tubuh dan sekelilingnya.Kejahatan hati merosakan kehidupan dirinya dan masyarakat.Yang paling baik ialah hati dan yang paling jahat ialah hati.

    BalasPadam
  17. kes cikgu pompuan mencabul anak murid lelaki ade tak??

    takde kan.. :)

    lelaki oooooooo lelaki!

    BalasPadam
  18. hmm..mmg memalukan warga pendidik n modal insan guru kat negara kita. Pak Tua sbagai salah seorg warga pendidik mmg rasa sgt malu ngan bnda yg jadik ni.....

    Kalu dulu murid buat salah kna rotan dpan prhimpunan..apa kata kali ni guru yg mencabul tu kena hukuman sebat kat Dataran Putrajaya pulak....

    Amacam Bro Maz..ok tak cdangan Pak Tua?

    BalasPadam
  19. Naluri yang pelik boleh berlaku dimana-mana. Dalam jiwa petani, guru, ahli koprat hinggalah ahli politik. Dari sejahil-jahil orang hingga yang ada pendidikan agama.

    Pada satu ketika dulu, kita mendengar kisah seorang imam/bilal di Melaka, merogol seorang wanita di dalam kebun getah.

    AM tahu ada guru yang berkongsi rokok/ganja dengan anak murid semasa latihan sukan di padang bola. Guru membuat satu bulatan, kemudian di tengah bulatan itu, mereka bergilir-gilir 'mengisap', tanpa disedari oleh orang luar kerana terlindung dari bulatan yang mereka bina itu.

    Dan ramai yang tak tahu ada anak murid bercinta dengan guru. Tak kira antara guru lelaki dengan murid perempuan, antara guru perempuan dengan murid lelaki dan antara guru lelaki dengan murid lelaki.

    Mereka membuat pertemuan di rumah guru berkenaan dengan alasan untuk mengulangkaji pelajaran. Ibubapa tidak akan mengsyaki apa-apa, kerana yakin anak mereka akan selamat bila berada di rumah guru.

    AM pernah berkesempatan mendengar dari mulut remaja yang terlibat dengan gejala sosial, bahawa 'pengalaman pertama' mereka adalah bersama guru mereka.

    Petani, pekerja awam, guru, anggota keselamatan, ahli koprat dan sebagainya, semuanya ada nafsu.

    Samada mereka boleh mengawal nafsu itu, adalah sesuatu yang berbeza. Kerana itu yang akan membezakan antara mereka dengan yang berkaki empat.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  20. kadang-kadang kesian tengok guru-guru sekarang...disebabkan seorang dua yang buat onar, habis semua guru yang terpalit dengan nama buruk...

    BalasPadam
  21. ibubapa di rumah pun, ramai yang 'makan' anak, inikan pula ibubapa di sekolah?

    BalasPadam
  22. Orang & orang-orang kedua-duanya amat memberi makna. Saling berguna & boleh diguna.

    Cabul; Guru sanggup mencabul pelajarnya pun sebaliknya ada pelajar menjadi samseng sanggup memukul guru sendiri.

    Guru yang sebegini sebenarnya tidak punyai visi mengajar tetapi fikirannya lebih ke arah caca marba.Tak pasti dengan wawasan seorang Guru.

    Memang benar ini namanya sakit nurani; Saya yakini pelajar samseng ini terpengaruh dari budaya luar atau rumah pelajar itu sendiri bukan bimbingan sekolah. Keluarga & masyarakat kena diperbetulkan.

    BalasPadam
  23. Salam Bro Mazidul...

    Cikgu dulu sekarang sama je. Ada yang 'pilih bulu'... Tapi ada gak yang baik...Tapi cikgu2 sekarang lagi teruk. Kan dari dulu perumpamaan slalu dipakai 'Guru Ibarat Lilin' tapi sekarang perumpamaannya lain 'Guru Ibarat Lampu Kalimantang , Tak Bayar Bil Tak Menyala'... Saya bekerja di sekolah . Saya katakan apa yang saya nampak. Kesal dengan sikap guru sekarang . Yang baik ada tapi boleh dibilang.

    BalasPadam
  24. tak cayer guru home school aje lah... abis cerita...

    BalasPadam
  25. salam,tuan.
    sini sy ingin bkongsi pglaman sy sbg guru...
    tmpat pertama sy posting tdapat 2-3 guru lelaki lmbut dan salah seorg pula secara terang2an memakai pakaian separa wanita siap berhandbag dan mekap lg.bkn shj dia ni kaunselor skolah tp jg pnah jd PENGERUSI persatuan guru kaunseling di daerah sy.
    ada bbrp aduan drpd pelajar2 diganggunya tp x lah seteruk yg sorang lg, yg ala2 macho(gay? walahu'alam..skg dah kawin,ada 3 anak).pernah kecoh kt skolah dia mencabul student lelaki.bukan itu sj, dia jg ada 'adik angkat'(toy boy?) yg dok serumah dgn dia.
    ttp x pernah disiasat..x pernah ada laporan polis dsbnya so ia berlalu begitu saja.
    kt skola suami sy pula, ada sorang guru(umur pertengahan 40-an).smua org tahu suatu ketika dahulu dia pernah dipukul beramai2 smpai lmbik oleh pnduduk satu pulau sbb mencabul murid pmpuan.xda tindakan diambil. kmdian ditransfer ke skolah lain.. ada kes lg yg serupa. kmudian transfer lg.. ada lg kes camtu. fyi, kesemua skola yg terlibat adalah daerah yg sm.
    prbuatan jijiknya terbongkar bila 2 org budak pmpuan tahun 5 bergaduh 'berebut'kan guru tu, msg2 mdakwa dialah kekasih guru. modus operandinya sama... budak2 pmpuan tu mula2 jd fav student,kmudian diberi hadiah..duit..bbrp org dah melapor polis(pelik..x masuk paper pun)tp x brp tau detail. dia skg mgajar di skola tmpat suami sy, dan dia bgtau smua org dia difitnah.x tau la pula knp smua skolah dan org kg. nak fitnah dia..klu dia kata nak ke 'HongKong', maknanya kena hadir ke mahkamah.warga sekolah suami sy sentiasa mgawasinya.tkut berulang.
    x lama dulu.. ada seorg guru(non-Muslim) mceritakan pd suami sy, guru tersebut pernah bercerita dgn bangganya mgenai adventure dia 'main' dgn kanak2.dia jg mgaku tangan dia mggeletar setiapkali dkat dgn kanak2 pmpuan..SEMASA dia mabuk. (kantin sekolah suami sy,selain drpd mjual makanan ringan kt murid2, jg mghidang arak dan air tapai utk pnduduk di sekitarnya.kdgkala, ada jg guru2 yg join..).org kata, org mabuk tak akan bohong.
    ada skola lg, kt sini jg, ketua wardennya(guru) merogol student selepas dikatakan memukau mereka. student tu sedar semasa kejadian tp x dpt berbuat apa2. salah seorg drpdnya dah mgandung. kes ini terbongkar bila salah sorang tmpil mendedahkan kekejian warden tersebut, yg lain2 menyusul.
    pun x tau knp guru tu masih x disumbat dlm penjara.skg dia mgajar di pdalaman.
    mmg dah akhir zaman ni.. bukan guru2 akademik je yg ramai rosak mental,tp termasuklah guru2 AGAMA. x tau dah apa nak jadi ni...
    hmpir smua skola yg sy pernah posting ada kes sumbang spt itu.

    BalasPadam
  26. CONCLUSION

    The best job for pedophilias.

    = Schoolteacher.

    BalasPadam
  27. Dulu mungkin ada, tetapi amat kurang. Kalau ada pun masa tu kurang meluasnya tugas2 media atau kurang canggih/agresif, tak macam sekarang.
    Mungkin guru2 lelaki sekarang termasuk lah golongan yang hampir seperti - bapa, bapa tiri, bapa saudara, datuk, abang, abang ipar & kawan2 lelaki mereka terangsang nafsu serakah dengan apa yang disebarkan oleh media2 sekarang termasuklah internet menyebabkan mereka lupa diri bila mendapat 'peluang' walau kepada kanak2 perempuan sekalipun kerana golongan ini sasaran yang mudah dan hampir (mudah diperdaya/mudah leka/kurang pandai menjaga diri).

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.