Selasa, Oktober 13, 2009

Perempuan Gemuk

Majoriti perempuan berasa bimbang jika gemuk.

Bagi golongan kurang berkemampuan dari segi kewangan, mereka sekadar berdiam diri. Mereka percaya aktiviti harian, menyapu sampah, membasuh kain, dan melayan kerenah anak mampu mengeluarkan peluh sekaligus menurunkan berat badan.

Manakala perempuan berduit kebanyakkannya akan bergegas ke gimnasium untuk bersenam sejurus menyedari berat badan bertambah. Bagaimanapun ramai antara perempuan sekarang cenderung mencari jalan pintas untuk menguruskan badan. Mereka malas bersenam, alasannya kerana kekurangan masa. Justeru, perempuan sanggup memakai corset sempit berhaba kononnya mampu membakar lemak lalu mengurangkan berat badan. Perhatikan, ada juga antara mereka sanggup minum pelbagai jenis cecair dimomok mampu membuatkan perut kenyang sekaligus mereka tidak perlu makan. Malah tidak kurang menjalani proses liposuction bertujuan menyedut keluar lemak berlebihan. Hakikatnya, segelintir perempuan sanggup berhabisan wang biarpun kos rawatan terbabit mencecah RM20,000.

Semua itu mereka lakukan untuk kurus dan memiliki berat badan ideal biarpun sebilangan mereka didapati hanya berusaha separuh jalan. Sebahagian perempuan menguruskan badan bertujuan menjaga kesihatan manakala sebahagian lagi berniat untuk memastikan mata suami atau teman lelaki sedap memandang (untung lelaki!).

Mungkin mereka tidak sedar, sesungguhnya ada lelaki suka mendampingi perempuan gemuk biarpun majoriti saya percaya, tidak.

Betulkan kenyataan saya andai tersilap.

36 ulasan:

  1. Suami kakcik kata, tak suka peluk perempuan kurus - berlaga tulang je! Tapi dia juga tak suka kalau kakcik terlalu gemuk sebab nanti kaki tak larat bawak badan!

    BalasPadam
  2. Salam BRO MAZ...
    saya akui segala pernyataan dlm posting BRO kali ini.
    Dan saya antara wanita yg gemuk juga. Bukan tidak berusaha mengawal tetapi apabila saya tahu yang saya tidak mampu melakukan spt orang lain, saya tumpukan kepada perkara lain.

    Saya yakinkan diri bahawa saya juga cantik dan mampu bergaul dgn ramai orang dgn cara dihormati dan disenangi. Saya lakukan beberapa aktiviti yang boleh ramai orang terlibat dgn saya dan mereka menerima saya seadanya..

    Yang penting, sayangkan diri sendiri, kan?
    *BRO MAZ pun comel, tapi peminat ramai gak, kan? hehehe...

    BalasPadam
  3. Salam kat semua
    Betul..ada..ofis mate saya badan comel gak..ada je peminat..boyepren dia suka keadaan dia camtu..cuma kekadang tu kena usik gak la bila kawan saya kata nak kurus..huhuhu
    Abang Mazidul camne? what's yours?

    BalasPadam
  4. setuju sesangat dengan azieazah..

    apa2 pun yang penting sederhana... jangan kurus sangat dan jangan gemuk sangat..

    pada sang suami.. saya ni comel sangat.... ahaks!! :)

    BalasPadam
  5. memang betul golongan yang 'comel' ni ramai peminat.. lagi satu suara pun sedap..

    tak caya?? adibah noor suara sedap peminat pun ramai.. afdlin shauki 'comel'(of course!!) ramai peminat..suara pun sedap..

    cik Mazidul? pun ramai peminat... suara?? tentu sedap jugak... :)

    BalasPadam
  6. Menarik kalau mereka pandai menjaga pemakaian , saya pernah nampak wanita berbadan besar yang pandai berfesyen.

    Kagum juga.

    2 thumbs up to them

    BalasPadam
  7. saya suka yg chubby2 . kurus xsuka , xbest. mak saya pesan , kalau nak kawin pastikan yang berisi baru sedap mata memadang . hihihi

    BalasPadam
  8. Kita cerita fasal perempuan gemuk, ramai cerita fasal kita. Huh! Apapun, memang diakui majoriti perempuan gemuk bersuara sedap.

    Ada rakan cakap (masa bujang dahulu), "Kalau on the phone, usah 'terpedaya' dengan suara".

    BalasPadam
  9. cik Mazidul..

    betul tu. kalau cakap telefon jgn terpedaya dengan suara..

    mak saya pernah alami insiden mcm nih.. lelaki tersalah nombor.. banyak kali jugak laa dia 'tersalah' nombor.. siap cakap nak berkenalan lagi..

    sudahnya mak cakap.. "awak nih hilang akal ke? saya dah lima anak tau!!"

    BalasPadam
  10. Salam kat semua
    ala abang mazidul..shy-shy cat lak...

    BalasPadam
  11. Saya pun golongan badan berisi. Dulu sebelum kahwin memang pinggang mcm kerengga. Kurus, tinggi lampai. Tapi lepas kahwin terus badan naik tak hengat. Dulu pernah terfikir, kalau beranak takut badan jadi macam tong. Tapi tak beranak pun badan hampir macam tong jugak.

    Saya akui.. saiz badan yang abru ni banyak impak negatif pada saya. Dulu saya seorang yang sangat berkeyakinan. Saya tak takut jumpa sesiapa pun malah amat yakin dengan penampilan diri saya sendiri. Setiap pakaian yang disarungkan ke badan, semuanya nampak elok. Tapi semenjak bersaiz berisi ni, nak pilih baju pun setengah jam. Semuanya nampak tak elok. Nak jumpa orang pun segan. Selalu berfikiran negatif dan merasakan orang sentiasa mengutuk saiz badan kita.

    Sebab tu tak hairanlah ramai wanita yang bermatian2 nak kurus. Saya pun pernah juga cuba mcm2 untuk kurus tp tak berjaya. Pernah terfikir nak buat liposuction. Tapi bila bekas rakan sekelas koma akibat liposuction, terus hasrat terbantut. Susah juga jadi pmpn, gemuk tu hodoh. Kalau lelaki, gemuk tu comel. Tak adil!

    BalasPadam
  12. nak kuruskan badan pun kadang-kadang kena beringat juga...jangan sampai membahayakan diri semata-mata nak kelihatan anggun dan menawan... :D

    BalasPadam
  13. Jangan pula lupa, bagi golongan remaja (yg belum cukup matang menilai) sering terpedaya oleh “mata”. Bagi mereka rupa yang cantik menawan lenggang lenggok atau penuh ciri maskulin adalah pelengkap kesempurnaan..

    Bukan sedikit mereka yang terpedaya, rupa lebih dari budi bahasa..

    Hanya pengalaman dan luas pergaulan yang banyak membantu kita untuk menilai dan memilih...

    BalasPadam
  14. Tuan Mazidul,
    ada gak lelaki yang suka perempuan bertubuh besar. Perempuan pun janganlah terlalu obses dengan kecantikan sehingga bertaruh dengan nyawa sendiri.

    BalasPadam
  15. tahun 2004.. pernah laa kurus sekejap.. merasa laa pakai baju saiz M dari saiz XL..

    tapi nak dapat saiz tu bukan mudah.. berhabis ratusan ringgit..

    masa tu saya dapatkan khidmat nasihat doktor di sebuah klinik di Bandar Tasik Selatan..saya diberikan 3 jenis pil utk bekalan 2 minggu dan plan diet.. tapi skrg dah pindah ke perak jauh pulak nak ke BTS tu..

    p/s: sumber dari doktor.. cik Maria dari stesen cik Mazidul pun pernah ambil ubat yang sama.. betul ke?? wallahu'alam...

    BalasPadam
  16. Salam Mazidul,

    God is fair in whatever he does and none is made differently.

    We are unique in every sense.

    So your size or appearance does not really define as beauty because what's inside is what matters most.

    Saya setuju dengan Saudara Mazidul; kalau bersuara garau pula kebanyakan mereka tinggi lampai orangnya.

    BalasPadam
  17. Wanita sanggup buat apa sahaja untuk menarik. Kan, kan.. hehe

    BalasPadam
  18. Kadang-kadang perempuan yang kurus sangat pun 'kureng' menarik la.. Tapi jangan terlalu gemuk.. Langsung tak menarik.. :)

    BalasPadam
  19. Salam Bro,
    kalo ngam ngan 'BMI' (body mass index) nye k le tu..,
    jgn 'OBESS' sudah.., byk komplikasi nye. Yang montel tu, kalo keterampilannye kemas dan elok, nampak comei le jugak.. kan2! elok gak kalo ada yg nak kuruskan badan tu, tapi kenalah berusaha dan sentiasa mendisiplin diri. takde le semudah skim cepat kaya tu. hehe..
    ..size M je, k gak tu..

    check urs BMI index here:
    (http://www.nhlbisupport.com/bmi/bmi-m.htm)

    hieght=164cm
    weight=58kg
    MY BMI=21.6 (normal weight)

    BalasPadam
  20. Vic , Lelaki Gemuk comel? .. eee suka nyer aku ..


    Salam Ceria dari Mr J

    BalasPadam
  21. saya pun terasa juga..

    qah qah..

    seju mata kali ni..

    genetik berisi..bila berumur makin sukar 'hiris' lemak

    BalasPadam
  22. Bro Maz

    2 tahun lepas jiran jiran tanya pasal my wife

    macam mana dia maintain badan jadi slim tak naik naik

    "dia gi aerobic class"

    Lepas tu masing masing pergi register kat satu fitness center di Mutiara Damansara.

    Lepas setahun, aku tengok...sama jek.

    Ada yang komplen duit dah habis beribu tapi perubahannya sikit sangat.

    Ha ha ha orang kaya ni kan suka makan macam macam, itulah pasal.

    Nota: bini orang tak kaya beli kain 10 meter untuk pakai sekeluarga, bini orang kaya beli kain 10 meter untuk dia sorang je... ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha

    BalasPadam
  23. Saya gemuk juga, suara tak sedap pun...

    Yang pasti, majoriti perempuan mmg obses kepada kecantikan yang saya yakin untuk memuaskan jantina berlawanan(lelaki) - untung lelaki!

    Perempuan kurang pendapatan- berdiam ddiri..

    Perempuan berpendapatan lumayan ramai pergi ke gym?

    Bagi saya perempuan bimbo mementingkan kecantikan melebihi kebijaksanaan. Menabur wang RM2 ribu ke gym atau Rm5 ribu ke slimming centre adalah tindakan kurnag bijak.

    Beli Treadmill, lari di rumah, atau berjogging lebih murah dan lebih bijak.

    RM5 ribu, sedekah ke welfare dan beli buku adalah 10 ganda lebih bijak. Boleh juga deduct income tax.

    adios~

    p/s: menghayati makanan paling sedap di dunia adalah lebih indah dari berlarian di gym. Gemuk atau kurus. Kelak badan ini reput juga. Lelaki, kalau mahu cari perempuan lain, dicarinya juga, tidak usah badan selangsing ratu dunia, muka secantik artis holywood.

    BalasPadam
  24. Salam Mazidul,

    Bukan fizikal atau kecantikan tapi sikap mengambil berat dan penuh kasih sayang yang akan menjadi ukuran.

    Tapi dah lumrah hidup manusia .... ada citarasa masing-masing..and of course semua orang tentu nakkan sesuatu yang nampak cantik, menarik, dan terbaru.


    Secara psikologinya, lelaki akan tertarik kepada yang indah manakala perempuan akan tertarik kepada yang tulus

    BalasPadam
  25. Tak kira gemuk atau kurus. Yang penting biar sihat walafiat. Kalau berpenyakit, apa guna..

    Gemuk atau kurus, beauty lies in the eyes of the beholder....


    P/S: Tapiiiii.. tidak adil jika suami gemuk, berperut buncit macam orang mengandung 7 8 bulan, selalu perli isteri gemuk, atau suruh isteri kuruskan badan.. ada tu siap ugut, nak carik lain!

    BalasPadam
  26. suke dgn stetmen marissa.."Gemuk atau kurus. Kelak badan ini reput juga"

    lelaki suke mendampingi pompuan cantek begitu jugak dgn wanita.so naluri manusia mmg suka yg indah.betul tak azie??

    artis lelaki yg hensem & cool ~ anuar zain & fahrin..

    ade yg loya tekak ke?? cepat pi muntah..! :D

    *out of topic ye..i'm sorry :)

    BalasPadam
  27. ECHAH..

    Betul...! Betul...! Betul...! Hehehehe...

    BalasPadam
  28. Bukan sedikit mereka yang terpedaya, rupa lebih dari budi bahasa..

    Tak kira gemuk atau kurus. Yang penting biar sihat walafiat. Kalau berpenyakit, apa guna..

    Bukan fizikal atau kecantikan tapi sikap mengambil berat dan penuh kasih sayang yang akan menjadi ukuran..


    Lelaki pun ramai yang gemuk, maka sepadanlah dengan perempuan yang gemuk.

    Cantik, lawa memikat, langsing bagai ratu pun tak guna kalau asyik bermulut laser menyakitkan hati.

    Saya juga adalah peminat Adibah Noor, Pelakon Syanie & ramai lagi pelakon yang gemuk. Mereka berbakat & sentiasa dapat menghiburkan hati saya.

    Cumanya kalau memilih isteri biarlah berisi & sederhana serba-serbi.

    BalasPadam
  29. echah..

    ..gemuk n kurus masuk umur tua juga..

    ..artis lelaki yg hensem & cool ~ anuar zain & fahrin..

    bloger hensem & Cool..

    zeq & zeq

    ..Azie sokong echah bawa rebah..

    BalasPadam
  30. alaa zz tu jeles ke??

    ngape hari tu takmoh jupe en mazidul?? kalau tidak bole en mazidul tampal gambo mu disini.

    blogger hensem & cool??

    jap jap...sesuai ke??

    azie kita kan geng..! :D

    *buat drama kat sini ler pulak.sori kat tuan punya blog :)

    BalasPadam
  31. Gemuk asal kan hati baik ,
    Gemuk but stay cute ,
    Gemuk tapi pandai berfashion ,
    Gemuk but have career ...

    But all man (majority) still look for the slim ...

    But we (Chubby baby) dont give up ,,,,, bila kita kurus nanti jgn pandang org 2.

    BalasPadam
  32. Salam...

    sy pon dikategori perempuan 3G ni...

    skrg tgh usaha berdiet..bukan nak kurus sgt tp nak sesuaikan dgn ketinggian bdn...

    skrg wpun 3G xde la penyakit sbb tu rase sedar diri cket nak kurangkan berat bdn!kalau penyakit dah hinggap...menyesal pon xgunekan...hehe..

    [su]

    BalasPadam
  33. ya.. minat juga kalau perempuan berisi.. kalau dah macam yg dalam picture... sorry to say lah... kena dait dulu baru boleh enter.

    BalasPadam
  34. pada sy personally as a lady,sy lebih sng jika kurus.bkn tak suka gemuk,tapi bila kurus,sy rasa self-esteem sy tinggi jd mudah utk sy berurusan hari2. :P

    BalasPadam
  35. erm...masih ade suwamy diluar sane yang suka isteri gemuks..gemuks tanda suwamy bagi cukup makan..tapi bila berat badan makin meningkat..pelbagai penyakit kronik..spt kencing manis,darah tinggi,sakit jantung dan seangkatan dgnnya mudah menyerang tau..so takkan nak dibiarkan begitu sahaja..anda mampu mengubahnye..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.