Selasa, Julai 21, 2009

Wartawan Harian Metro Pereka Cerita?

Saya percaya ramai antara kita gemar membaca akhbar tabloid Harian Metro, HM, malah tidak kurang mempercayai bulat-bulat berita dilaporkan.

Sebelum ini akhbar sama pernah melaporkan kes mahkamah syariah dengan caption, ‘Mazidul dan isteri keluar dari mahkamah setelah disahkan bercerai’. Walhal pada ketika itu Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor belum membuat keputusan berhubung kes itu. Saya kemudian menghubungi editor HM bertugas dan memaklumkan berhubung ketidaktepatan fakta ditulis. Beliau memohon maaf dan kemudian menyiarkan ‘ralat’ keesokan harinya. Syukur, saya masih kekal dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tersayang sehingga ke saat ini biar pun HM telah ‘menceraikan’ kami lebih awal. Laporan terbabit tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah.

Sabtu lalu, paparan muka hadapan HM, ‘Restoran Berahi’ disangkal Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Dalam rakaman percakapan dilakukan polis, dua wartawan Harian Metro dilaporkan mengaku mereka cipta berita terbabit dan gambar digunakan diambil dari internet. Ada pihak mendakwa gambar itu dirakam di Satun, Thailand.

Wartawan terbabit disiasat mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan berita tidak benar dan berniat jahat.

Saya menganggap wartawan terbabit tidak beretika dan harus diambil tindakan sewajarnya kerana menipu pembaca setia di seluruh negara.

Noktah.

Berita muka hadapan HM sabtu lalu disahkan tidak benar, justeru di manakah harus kita meletakkan ‘nilai’ kandungan tabloid nombor 1 di Malaysia mempunyai lebih 300, 000 pembaca sehari itu?

Kini, akhbar Kosmo boleh tersenyum lebar.

* Cuai kali pertama dilihat sebagai kesalahan boleh dimaafkan, jika cuai berulangkali?

* Apapun saya menghormati penulis 'Jarum Emas', Adam Salleh.

* Pengarang Kumpulan HM/Metro Ahad, Mustapa Omar, berkata pihak syarikat sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung berita dianggap tidak benar dihasilkan dua wartawan akhbar terbabit sebelum mengambil tindakan.

* Saksikan Datuk Siti Nurhaliza bercerita kes cetak rompak dalam 360, 9 malam esok.

67 ulasan:

  1. Salam bro...

    Tahniah kerana menyiarkan post begitu. Saya juga berpendapat sama iaitu sebagai pembaca...kita tidak harus ditipu secara "hidup-hidup" dengan laporan yang palsu. Harap ini akan menjadi pengajaran kepada wartawan lain.

    BalasPadam
  2. salam..
    saya memang kurang berminat membaca akhbar tabloid seperti kosmo, bacaria dan sebagainya. dah lama meninggalkan dua akhbar ini semenjak baca artikel tentang siti nurhaliza. masa zaman dia bujang dulu, dua akhbar ni buat macam cerita tapi takde satu pun yang betul. so, semenjak tu, saya memang tak percaya lagi pada apa yang ditulis didalamnya. so, sekarang baca akhbar yang biasa. berita harian or utusan. tapi ini bukan promosi ye. tq.

    BalasPadam
  3. Salam..
    heran gak ek..isu sentiasa panas..
    sebagai wartawan xkn dorang tak mengaplikasikan objektiviti dan etika kewartawanan yang dipelajari..

    Di malaysia kita ada lbh kurang 12 akta yang berkaitan dengan dunia media dan siber yang menjadi garis panduan..

    kalo hal ini terus berlaku..
    hilang kepercayaan khalayak terhadap akhbar tadbloid ini..

    BalasPadam
  4. bentuk hukuman perlu tegas dan keras,
    kesan orang kedua membuat kesilapan lagi.

    dek kerana hukuman yang lembut, itu membuatkan penerima hukuman jelir lidah tersenyum..

    kena hukum , lepas tu buat lagi, hukum buat lagi..tak sudah2..

    BalasPadam
  5. dah lama stop beli metro. banyak merapu.

    BalasPadam
  6. kalu di opis sy, segala email dan surat perlu disahkan oleh pegawai atasan. Kalau berlaku kesalahan tentunya pegawai dulu yg patut kena kerana tidak memantau kerja org bawahannya. Kalu di syarikat akhbar cemana ye? Bos-bos diaorg tu buat apa? takde quality control ke? Tak rasa bersalah ke menipu, memfitnah org lain? Kerja penat2 biar dapat duit halal buat makan anak2..

    pst: tipah tertipu bang...

    BalasPadam
  7. tapikan...hm mmg lagik bes bce tau...
    masalahnyer... die da mcm.... ke"tabloid"an sgt...
    sayang!!!!!
    kosmo in the other hnd....
    nipis sgt....sekejap da abis bce....

    BalasPadam
  8. Eelobor, terima kasih.

    Zuawiri, dibuai 'ketaksuban' berpeluang menulis di front page. Selalunya berita muka hadapan ditulis wartawan lebih senior seperti Jamilul.

    BalasPadam
  9. Skrg ni surat khabar saya baca kat internet je...malas nak beli kat kedai...kadang2 kalu beli saya tumpang baca gak..hehe

    Tentang Harian Metro...hmm, kadang2 artikel kat muka depannya agak merapu dan mengarut jugak...tindakan paling tegas perlu diambil ke atas wartawan dan juga editor akhbar terbabit kerana menyiarkan berita yang tidak benar...

    BalasPadam
  10. mmg dah lama tak baca Metro coz banyak mengarut

    BalasPadam
  11. satu lg.. saya nak persoalkan mana dorang punya 'gatekeepers' yang pantau segala bahan yg dikeluarkan..

    aiyo~

    BalasPadam
  12. Bro Maz

    * Cuai kali pertama dilihat sebagai kesalahan boleh dimaafkan, jika cuai berulangkali?

    Itu bangang namo eh... tak yah kojo wartawan, elok la kojo jadi bonser night club atau pun tukang tarek keto...

    tak pun jadi lah usahawan Tanaman Fertigasi, ternakan ikan air tawar ataupun Lembu tenusu.

    Lopeh tu boleh la dia temberang kek lombu lombu tu pulak, cakap ado tarian bogel kek hujung padang nun...

    Cerita Temberang saya:-
    Di USA - akhbarnya sibuk dengan cerita Alien 24 jam

    DI Malaysia - Cerita hantu, terutama Harian Metro (wah... ini sudah kira promosi nih...)

    Duit punya pasal...

    Sekian dari wartawan temberang...

    HARIAN TEMBERANG ( Gerbang interaksi Temberang...Apa barang....)

    RM0.05 senaskah...

    BalasPadam
  13. Bro Maz

    Kalau akhbar paparkan berita tidak benar,

    1. Adakah mereka akan di ambil tindakan oleh mana mana pihak?

    2. Adakah mereka juga akan didakwa di bawah Akta Percetakan & Penerbitan?

    3. Adakah mereka tidak cukup makan?

    4. Adakah mereka gembira sepanjang hidup kerana berjaya menipu sesetengah pihak?

    5. Adakah berkat hidup mereka? (yang ni zeqzeq boleh tolong jawab...)

    6. Adakah wartawan mereka akan di buang kerja dan hidup mereka akan hancur lebur kerena meeka tidak dapat kerja lain selepas ini, mungkin mereka akan bekerja dengan along, tukang tarik kereta dan sebagainya

    Sekian soalan Wartawan Temberang yang Berang... he he he

    BalasPadam
  14. Bro Maz

    Itu surat khabar Melayu temberang yang dapat di kesan...

    Surat khabar bahasa lain, terutamanya yang kita susah nak baca tu...

    Entah apa pulak yang di temberangnya...

    Mesti dia banyak kutuk Melayu tu...

    Ingat tak kisah Bukit Nipah, Bukit Pendok dan JE... Sepupu yang bacakan, ternyata mereka setiap hari mereka cerita tidak benar "
    Contohnya begini:
    "Lembu, ayam, kambing, kerbau boleh hidup di Malaysia... Kenapa BABI tidak boleh???? Apa keistimewaan 'mereka'.."

    Kalau aku jawab senang je...

    BABI tu HARAM di sisi Islam
    MALAYSIA ni Negara Islam
    Kalau nak sangat bela BABI
    pergi tambak laut kat mana mana buat pulau sendiri, negara sendiri
    Bela BABI banyak banyak ikut suka

    Kat Negara China pun mereka tak bela BABI

    Sekian laporan Wartawan Temberang dari Harian Temberang...

    BalasPadam
  15. Salam.

    Walaupun tabloid, HM tidak wajar mereka-reka cerita dan mensensasikannya seperti itu.

    Saya, kadangkala membelek-belek HM apabila tiada pilihan memeang meragui cerita-cerita yang dipaparkan dan sering tertanya, "betul ker ni?"

    Dengan apa yang berlaku, meruntuhkan sama sekali kredebiliti HM yang kononnya akhbar pengguna no. 1.

    Kepercayaan dan keyakinan saya turut runtuh bersamanya.

    Wartawan berkenaan perlu dikenakan TINDAKAN TEGAS!

    BalasPadam
  16. Nak tak nak, kita kena terima hakikat, HM akhbar (yang dah jadi tabloid) paling laris di Malaysia. Itu menunjukkan tahap mentaliti kebanyakan dari kita.

    Masyarakat kita, rata-rata suka baca berita artis atau selebriti bercerai berai, gaduh di media, dedahkan segala-galanya di media sampai cerita dalam kain pun semua orang tau. Lagi satu, soal buatan orang, seks (ohh bab ni sangat digemari wartawan), tahyul, hantu, jin, semuanya kegemaran masyarakat kita. Kalau kita tukar "selera" kita, boleh laku lagi ke HM? Saya percaya, HM mesti tukar konsep.

    Sebabnya? Kalau kita tak beli akhbar HM.. cemana wartawan dan kakitangan penerbitan tu nak dapat gaji tiap-tiap bulan?

    Bukannya semua kandungan HM tu kurang kualiti. Ada yang bagus. Artikel mengenai kenderaan, hiasan dalaman, hiasan taman dsb.

    Saya sarankan semua baca blog Saniboey. Tulisannya agak kasar tapi tulisan beliau ada maksud terutama mengenai etika kewartawanan. Beliau sendiri pernah bekerja di HM suatu ketika dulu. Apa perasaan dia agaknya bila baca berita pasal wartawan mereka-reka cerita ni?

    BalasPadam
  17. bg aku pd mulanya susah nak terima pasal ni. sebab dah sebati dengan HM. aduhhh.. bolehkah reka2 cerita.. editor dia tak tahukah??

    sebab nak lariskan surat khabar.. berita di buat2.

    aku balik td menyelongkar balik HM cari suratkhabar tu. nak tahu sgt nama penulisnya. tapi tak jumpa. Ntah2 mak aku dah buat bungkus sayur..

    ini di namakan, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga!!

    BalasPadam
  18. Artikel itu ditulis wartawan HM, Salman dan Firdaus.

    BalasPadam
  19. saya tak beli harian metro tapi gunting keratan iklan gempaq santainya di ofis hehehe...

    BalasPadam
  20. betul mcm Azrul ckp.. sekarang nih baca paper kat internet jer.. dah ngarut citer kat harian metro tu.. dah mcm baca bacaria pun ada..

    BalasPadam
  21. okey! Thank's Bro MAS!!
    Aku harap orang sebegini terus di buang tak layak jadi wartawan. tipu pembaca dengan kerja yang tidak beretika!!

    yang dapat di kesan 1 kes ni saja. yang sebelum2 ni.. mungkin ada yang kita tak tahu...

    BalasPadam
  22. opsss..bab periuk nasi..lagi..seksa komen..

    kalau ditanya perompak dia kata tak salah sebab itu sudut dia, jadi kita nak tanya saper??
    salah ker kerja kita??
    bengkok kerr makanan saya??

    BalasPadam
  23. Itu dilema menjadi seorang wartawan... kengkadang, sesuatu isu terpaksa dicetuskan dan biasanya cetusan tersebut tidak dilakukan secara spontan mahupun oleh wartawan berkenaan sebaliknya dari orang atasan... terutamanya Pengarang dan Editor Berita yang terpaksa bersidang untuk mendapatkan berita muka hadapan.

    Meletakkan kesalahan terus kepada wartawan - biarpun wartawan berperanan besar dalam isi kandungan artikelnya sendiri - adalah tidak tepat. Dan tidak mustahil kedua-dua orang wartawan berkenaan tidak mahu melibatkan orang atasan mereka.

    Banyak kemungkinan sebenarnya apabila kita bercerita tentang berita muka hadapan. Itu adalah salah satu daripada kemungkinan yang biasa berlaku dalam dunia persuratkhabaran. Kesimpulan yang penting ialah, berita muka hadapan tidak boleh sesuka hati dimuatkan oleh mana-mana wartawan melainkan diluluskan oleh dua atau tiga orang pegawai yang lain...

    Di mana-mana sahaja, tabloid akan mencetuskan 'huru-hara' dalam dunia pemberitaan... dan banyak pihak terutamanya media elektronik yang perlu juga berterima kasih kepada tabloid kerana tabloid - lebih dikenali sebagai suratkhabar nyamuk - biasanya jauh lebih berani dan sensasi dalam menyiarkan berita biarpun kengkadang tidak berkredibiliti sebelum media-media massa dan elektronik lain mengikuti berita berkenaan.

    Contoh terbaik, Mingguan Perdana sekitar awal 1980-an menyiarkan berita tentang pendaratan UFO di serata Tanah Melayu, biarpun pada ketika itu, masyarakat kurang mengetahui tentang piring terbang dan makhluk hijau kecil yang dikenali sebagai Awang Kenit... dan sekarang, rata-rata mengetahui apa itu piring terbang, meskipun sains cuba menafikan kewujudannya... dan apabila adanya Internet, lebih banyak maklumat yang lebih detail dan saintifik digunakan untuk menerangkannya.

    Begitulah...

    BalasPadam
  24. cerita seks, hantu, kelakuan pelik sebelum org mati eksiden adalah antara tajuk2 yg suka disensasikan oleh HM. Seorg kenalan saya yg bekerja di majalah sebegini pernah mengaku bahawa ada cerita yg direka2 kerana org mmg gemar cerita2 sebegini. Jualan majalah pn boleh meningkat.

    BalasPadam
  25. Hahaha... dulu ada artikel mengenai satu kes yang kebetulan OKT itu saya kenal baik.Cerita yang ditulis dalam HM itu, pada pendapat peribadi sayalah pada masa tu, cuma lebih kurang 30% je betul. Yang lain-lain tu, cuma perisa saja.

    Setiap artikel yang ditulis mengenai kes itu, pasti akan diulang fakta yang 30% tu, dan kemudian ditambah dengan macam-macam jenis perisa. Dan yang paling mengharukan, wartawan ni pulak sibuk interbiu orang-orang yang takde kena mengena secara langsung dengan kes tersebut, tapi secara kebetulan pernah duduk semeja dengan OKT masa majlis kawin, pernah satu kelas dengan OKT 30 tahun dulu...

    Yang ni saya rasa paling "obvious". Bila ada kemalangan ngeri, orang meninggal lemas, dsbnya, mesti ada wartawan yang interbiu waris yang tinggal, tanya kalau arwah buang tabiat ke, atau ada perlakuan pelik ke atau pesanan ke.. waris tu tengah berduka kehilangan, boleh pulak disoal macam-macam..

    Lepas tu ditulislah tajuk-tajuk seperti "lauk ikan parang asam pedas sajian terakhir" .. "I love you sayang, sms terakhir diterima" .. "Tudung putih petanda ajal"... Bukan apa, saya rasa kalau tak betul cara, boleh memberi kesan kepada akidah? Tolong betulkan saya kalau saya silap.

    BalasPadam
  26. yup..setiap wartawan perlu punya asas kukuh sebelum menulis sesuatu berita..jgn cuma nak jual akhbar saja..rasanya tv3 pun pernah jugak sekali sekala mensensasikan sesuatu cerita. hehehe jgn marah!

    BalasPadam
  27. satu lagi...
    kalo cite pasal seks..die no 1...

    BalasPadam
  28. yeke tipu...huhuhu...sy br je nk minat bc HM...xsangka wartawan leh tipu..mmg wartawan 2 dh menjatuhkan imej wartawan-wartawan yg lain...ish2

    BalasPadam
  29. hakikatnya sekarang mmg ramai penipu.
    bukan setakat harian metro sahaja.
    televisyen, banyak mana menipu.
    malah rasanya tv lagi banyak menipu...

    BalasPadam
  30. Unwanted, bagi contoh bahagian mana TV menipu, teringin hendak tahu.

    BalasPadam
  31. SALAM . WALAUPUN MEREKA PERNAH MENGENAKAN SAUDARA..

    SAUDARA JANGAN PULAK MENGGUNAKAN BLOG INI UTK MENEMBAK MEREKA

    BIARKAN MEREKA SAJA YANG MELANGGAR ETIKA KEWARTAWANAN

    TUHAN MAHA ADIL DAN AKHIRNYA PERBUATAN MEREKA AKAN DIHUKUM

    MUNGKIN KERANA TEKANAN KERJA..MAKLUMLAH AKHBAR MEREKA akhbar tabloid no satu

    JADI MEREKA AKAN BUAT MACAM MACAM UNTUK TARIK PERHATIAN PEMBACA DAN RG MALAYSIA TERUTAMA MELAYU MCM SAYA JUGA PASTI MUDAH TERTARIK KEPADA CERITA
    SEKS
    TAHYUL DAN HANTU
    NAK CEPAT KAYA

    BalasPadam
  32. dalam ke nih pulak, apa peranan editor? bukan ker editor juga bertangungjawab dalam hal nih? dalam meng"approved"kan sesebuah berita? i dunno. tak pernah jadi wartawan. sebab tuh bertanya.

    BalasPadam
  33. Biasanya akhbar Harian metro ni akan menyiarkan berita yang 'pelik-pelik' di muka hadapan. Maybe dia nak orang ramai tertarik dan terus membelinya.

    BalasPadam
  34. Dahula, boleh dikatakan saban hari mesti beli paper metro.. Sebab dia punya topik 'lain sesangat'..

    BalasPadam
  35. Wan, bukan tujuuan ingin menembak sesiapa. Sekadar menceritakan perkara sebenar. Blog ini hanya mempunyai purata pelawat 1 ribu sehari tetapi berita dipaparkan HM dibaca lebih 300,000 orang.

    Fad, ya. Editor pastinya memainkan peranan penting memastikan kesahihan berita terutama apabil dimuatkan di muka hadapan.

    BalasPadam
  36. Kalau berterusan jugak lebih baik tukar nama harian Metro kepada 'HARIAN MISTERI', atau 'HARIAN MENIPU'.. Haha.. Tapi dai punya 'HM' ada la jugak..

    BalasPadam
  37. harian misteri la kot.. baru kena ngan berita yg dibuat2 misteri tu...

    BalasPadam
  38. lorr..berita tu pelesu ke..??adehhh buat malu malaysia jer :(

    kerana duit org sanggup buat ape jek.tp combi baca online :)

    org yg teda tenet kot yg beli :p

    BalasPadam
  39. rq mmg tk minat harian metro..

    obvious sgt ke over annya

    BalasPadam
  40. mmg kureng berminat nak baca paper tabloid ni sb ceriternya byk outar (tipu)

    BalasPadam
  41. paling tak suka dlm harian metro banyak tul iklan khidmat ALONG....

    BalasPadam
  42. ala...biasa la tu nak lariskan jualan akhbar tu..nak bersaing lagi ngan bacaan percuma kat internet..hali2 jualan melosot mana untung loo...hehehe... tv menipu tu paham2 sendiri la kan..lebih2 lagi bab politik.. pihak yg satu tu jer la yg betul..nak sebar berita buruk pasal dorang tak berani la pulok..nanti kene terjun bangunan..

    **jgn marah ahh...

    BalasPadam
  43. saudara Mazidul.
    bagi saya tv banyak menipu pada bahagian berita.
    terutama sekali bahagian politik.
    Banyak fakta yang saya baca lain, dalam tv lain.
    saksi jawab lain, dalam berita lain keluarnya.
    media dikuasai oleh kerajaan,
    kalau yang kutuk kerajaan sikit, kena ban, kena buang kerja.
    kutuk pembangkang, dialu-alukan.
    kotor betul politik malaysia.
    suka untuk saya bagitahu, sekarang saya tidak sokong pembangkang, dan tidak juga sokong kerajaan.
    kerana bagi saya kedua²nya tidak betul sekarang.
    kalau hendak menaip, takut terlalu panjang untuk saya taip.
    cukuplah setakat itu kali ini.

    BalasPadam
  44. Salam bro Mazidul,

    Menarik blog nih, terutama isu-isu yang dibincangkan.

    Pada saya akhbar2 tabloid ni antara penyumbang 'ilmu' atau 'maklumat' mengenai perkara-perkara merosakkan akhlak yang berlaku baik di dalam dan diluar negara. Adakah perlu diwar-warkan cerita tentang gambar celebriti bogel, cerita bar bogel di luar negara dsb. Zaman kini dengan menggunakan 'search engine' spt Google sbg contoh, semua perkara berkenaan dapat dicari dengan mudah. Bacalah akhbar tabloid negara ini sbg rujukan. :) Mudahkan? dari tak tahu skrg dah tahu.
    Whats the point? Report isu mcm Sinar buat, isu semasa, permasalahan penduduk sbg contoh (bukan juga nak promote je, sbg contoh) atleast kita dpt tahu apa berlaku disekeliling kita (selain membaca akhbar perdana lain).

    Berbalik kepada selera pembaca, apa yang ada suka baca, itu lah yang akan dijaja oleh mereka :)

    BalasPadam
  45. memang..HM suka mereka tajuk utama yang panas,ini mungkin untuk menarik perhatian pembaca kot,tapi WAJARKAH WARTAWAN HM DIANGGAP PEREKA CERITA?tidak semuakan..pikir-pikir la. "Dalam sesikat pisang ada pisang yang buruk" it's normal.

    BalasPadam
  46. politik di mana2 pun kotor.. bukan di malaysia saja.. sbb yg menghidupkan politik itu adalah makhluk yang bernama manusia.. ada hati dan ada perasaan.. alamak.. dah terkeluar topik daaa

    BalasPadam
  47. Salam,

    I masih berpegang ngan my earlier stand... Harian Metro adalah tabloid sampah yg byk merosakkan minda masyarakat dgn cerita2 murahan.... Kosmo... kalu tak berhati2.. akan duduk sama level ngan Harian Metro... btw.. headline today.. "Roslin tuntut RM50,000" merujuk kepada kes penceraian beliau... n cerita dpt membangunkan minda masyarakat dengan???? headline tu beb....

    p/s: nak carik katalog Cosway jap... sakit perut...

    BalasPadam
  48. Ha...satu lagi, kadang2 tengok jugak Harian Metro kat bahagian sukan, banyak betul iklan TOTO dan nombor ekor... isk2..nak galakkan pembaca main nombor ekor kot??

    BalasPadam
  49. saya ade baca paper semlm...mmg btol ketua jabatan siasatan jennayah sangkal pasal "restoran berahi" tu...hurm...
    Bro Maz..Bulih bgtau kat saya sesuatu tak?? adakah semua wartawan dipanggil utk merekodkan segala kejadian yg berlaku or sesetengah je yg dipanggil??kemudian adakah mereka berkongsi maklumat??

    BalasPadam
  50. iklan TOTO ngan iklan AHLONG.. melambak2 kat Harian Metro.. cuba la tgk.. pastuh satu lagi iklan skim cepat kaya pun bersepah

    BalasPadam
  51. Jangan hanya kerana untuk publisiti, etika dikesampingkan. Bukan semua...tapi disebabkan segelintir itulah, nama baik sesuatu profesion turut tergoncang.

    BalasPadam
  52. i sutuju dgn unwanted..

    !!!!!!!!!!1

    media mmg byk memainkan penipuan lbh2 lg skrg..

    that's why rq dh mls nk tgk berita kat tv..sume nonsense...

    pd hal..the fact is already clear n now, i've found it when it comes to the real worLd..

    mgkn ada yg tk phm apa mksud rq tu, tp biasaLah..

    bumi malaysia sudah tercemar dgn penipuan yg meLampau lebih2 lg bile sume bnda dimanipulasikan oleh pihak yg satu lg yg mmg sengaL..

    dah terang lg bersuLuh, mau sorokkan apa maa..

    BalasPadam
  53. teringat pulak bile satu kali tu rq kuar paper, si wartawan yg intrview tu memutarbelitkan fakta yg rq bg pd die..

    so siut!

    geram..sakit hati rq je baca..

    yg jelas2nya..paper utusan lak tu..

    ehmm..lps ni rq tk nk masuk paper dah...bosan bile org putarbelitkan ayat kte smpai buat org slh faham...

    geram geram geram(gaya upin ipin)

    BalasPadam
  54. areQue.. wartawan akhbar cuba menambah perisa dlm bahan berita mereka.. supaya pembaca lebih tertarik utk membaca... sampai kdg2 cerita benar menjadi salah..

    BalasPadam
  55. currentlife2u... bukan kalau.. mmg betul pun camtu.. :p

    BalasPadam
  56. Mazidul berita hangat!!!Website HR tak boleh ekses.Bila saya lambong sikit Mazidul terus tanam cukup-cukup wartawan HM.Tapi apapulak..yang benar mesti didedahkan,betulkan Mazidul.

    BalasPadam
  57. dah tau pisang sebijik rosak cabut buang masuk dalam kuali..
    dah tau kerbau seekor bawa lumpur, sembelih korban jerr raya nak dekat..

    yang penting bersekongkol tumpang sekaki benda yang tak elok..tak elok juga pada generasi ..akan datang..

    BalasPadam
  58. Sdr Mazidul, ada ketikanya setengah manusia ini suka melihat kita derita, lebih aman lihat kita ditimpa musibah, bila kita senang sering pula nak numpang sekaki; bila musibah itu kena ke batang hidung sendiri barulah tahu langit itu tinggi ke rendah.

    Sy suka juga klik HM itu tapi sekadar melayan sensasi; bila berlaku berita bercanggahan begini memang menyedarkan kita agar jangan jadi manusia cepat percaya.

    Agar keluarga Sdr Mazidul tetap dilindungi Allah Azzawajalla. Bahagia selalu.

    BalasPadam
  59. Idan, terima kasih.

    Zeq, betullah, raya akan menjengah tiba lama lagi. Puasa tahun lalu semua ok?

    BalasPadam
  60. puasa dah abih ganti? raya dah dekat nih? hehe

    BalasPadam
  61. Bang Mazidul, kalo pihak berwajib nak kenakan tindakan, editor akan kena sekali ker?

    BalasPadam
  62. mengapa dan kenapa mereka yang sesetengahnya bergelar wartawan menjadi penipu dan sanggup menipu pembaca?kenapa dan bagaimana merek boleh melanggar etika kerja..renungkanlah salah siapa dan kenapa ianya boleh terjadi

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.