Ahad, Julai 12, 2009

Facebook Kayakan Yahudi

Sebelum menutup akaun Facebook, Fb semalam, saya mempunyai 946 ‘friend’. Melalui pemerhatian saya, tidak ramai ‘friend’ mencatatkan butiran asli diri di Fb. Ekoran bimbang maklumat peribadi diceroboh dan disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab mendorong segelintir mereka menipu, menggunakan identiti palsu. Timbul dua persoalan, pertama, adakah Fb tidak selamat? Kedua, wajarkah mereka menggunakan identiti palsu, dianggap ‘friend’?

Tidak boleh disangkal, majoriti ‘friend’ di Fb sebenarnya tidak kita kenali, identiti mereka kabur biarpun nama mereka tercatat di senarai ‘friend’. Jika dilihat, tidak ramai antara ‘friend’ berani menggunakan gambar dan nama sebenar. Mungkin rupa dan nama tidak menarik, bimbang tidak ‘dilayan’ golongan mengaku ‘friend’, tiada sudi ‘menegur’, tiada sudi ‘bersembang’. Apalah ertinya Fb?

Jadi, usah hairan, jika ‘friend’ lelaki menampal wajah Brad Pitt bersama nama samaran, ‘Putera Handsome’. Manakala, perempuan menggunakan nama samaran ‘Angel’ bersama tampalan wajah ‘Angelina Jolie’ terkenal dengan bibir seksinya. Kesimpulannya, ‘face’ itu sendiri dipalsukan.

Di dunia realiti, jauh bezanya. Kita berpeluang melihat ‘friend’ secara fizikal, mengetahui nama sebenar dan lokasi mereka tinggal. Di dunia maya Fb, majoriti ‘friend’ terdorong tidak bersifat jujur dalam berkawan. Justeru, takrifan ‘friend’ di facebook jauh tersasar berbanding maksud sebenarnya. Itu satu daripada sebab saya menutup akaun Facebook semalam.

Semasa mengumumkan penutupan akaun di Fb, ada Tuan Haji berkata, beliau menggunakan Fb untuk berdakwah. Silakan, tidak salah, teruskan usaha murni itu, respon saya catatkan. Beliau tidak membalas mesej saya. Lagipun, saya sama sekali tidak menyuruh atau dalam apa bentuk sekalipun memaksa beliau mengambil tindakan sama. Bagaimanapun, perhatikan, berapa ramai ‘friend’ kita kenali berdakwah di Fb? Fikir dan jawab secara jujur kepada diri sendiri.

Zack Zuckerbeg, CEO Fb, billionaire Yahudi. Tahun 2008, Fb dilaporkan mengaut keuntungan berjumlah USD300 juta, antaranya melalui pengiklanan. Hakikatnya, syarikat hanya berminat mengiklankan produk atau servis di Fb jika jumlah pengguna Fb terbukti ramai, jika tidak mereka hanya membazirkan wang dan masa. Pengguna Fb kini mencecah 175 juta di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Jika kita pengguna Fb, maksudnya kita secara langsung terbabit membantu mengkayakan Yahudi.

Ada bantahan?

53 ulasan:

  1. salam kenal... actually saya tak tahu pun yang Fb ni milik yahudi... sebab niat utama saya adalah nak mencari kawan2 sekolah...dan alhamdulilah, byk gak kawan sekolah yg dapat dijumpai. tapi skrang ni dah tahu...tapi saya tak buat apa2 tindakan sama ada nak stop Fb atau teruskan aje... ini kerana, saya berpijak kepada niat saya iaitu mencari kawan dan mengeratkan silaturrahim... so,... saya dalam dilemma.... Yg penting... sedih gak sebab ditipu...

    BalasPadam
  2. ah, saya rasa kebanyakan dari kita sudah salah faham dengan konsep facebook atau laman seumpama nya..

    saya sebelum ini memang sudah terdedah dengan laman seperti friendster, myspace, dan terkini facebook hampir 10tahun lamanya, dan pemerhatian saya, semuanya bergantung pada diri kita untuk menipu atau tidak. saya contohnya, menggunakan akaun facebook hanya untuk rakan terdekat yang sudah dikenali secara realiti, method untuk bersembang atau bercerita, apatah lagi masing2 jarang berjumpa atau bertanya kabar.

    kalau kita enggan berhubung dengan strangers, then u dont have to approve their application to be in our friend list - mudah bukan.

    BalasPadam
  3. sokong kerana ada pilihan

    berdakwah??ada pilihan lain tak??

    mcm mana jika rompak bank wang itu dibuat dakwah??

    BalasPadam
  4. Hady, you are not answering my last question.

    Orang ramai menggunakan Fb dengan pelbagai tujuan. Satu daripada tujuan terbabit, mencari kawan lama dan berhubung dengan mereka. Itu difahami, saya juga sebelum ini menggunakan Fb dengan tujuan sama.

    Persoalannya, apabila kita membuka akaun Fb, kita secara langsung menambahkan bilangan statistik berdaftar Fb, sekaligus menjadi statistik menarik perhatian pengiklan untuk memperkenalkan produk mahupun servis mereka di Fb.

    Memperkenalkan produk atau servis di Fb, bukan percuma. Pengiklan membuat bayaran kepada Mark, pemilik Fb dengan kadar tertentu. Jika tidak masakan Mark, kini billionaire.

    Soalan saya, adakah awak membantah fakta, awak seorang daripada pengguna meransang lebih 'mengkayakan' CEO Fb?

    Ya atau tidak?

    Mudah, kan?

    BalasPadam
  5. Grow2, fikirkan analogi berikut. Kita enggan melihat orang dibunuh kejam tetapi pada masa sama menjadi seorang daripada penaja membeli pisau digunakan dalam kes pembunuhan.

    Kemudian kita kata, "Pisau itu aku gunakan untuk memotong sayur" ... :)

    BalasPadam
  6. Lebarkan usaha boikot;

    http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

    BalasPadam
  7. Mazidul,you ni benar benar racist lah. So what Yahudi di cipta oleh seorang yang Jewish? Is that how you judge somebody? By their race? Apa apa pun Facebook dicipta dengan niat yang baik, dan orang yang macam awak ni yang konon nya rasa tak pernah buat dosa saja nak boikot. You takde benda lain nak buat dengan hidup you ke? Saya rasa kalau facebook dicipta oleh kaum kamu sendiri kamu tidak akan menkritik sebegini rupa dengan berbau perkauman.

    BalasPadam
  8. Adam, closing my Fb account with reasons is considered racist? Wow!

    Your empty profile shows who you really are. I think ...

    BalasPadam
  9. layari www.hpa.com.my

    di situ..bnyk produk2 yg didedahkan yg mngandungi rambut manusia, lemak babi, dan sgala jnis mknn yg diddahkan yg mngandungi syubhah..

    didedahkan secara ekslusif oleh persatuan pengguna islam pulau pinang!

    di samping kite blh tau brapa byk produk yahudi yg sdg rakyt kte makan dan minum setiap hari...

    sedarkah kita mknn yg bermula dari sumber yg kite dpt tu pun dr mana??

    bkn skadar fb yg prlu diboikot...makanan yg paling afdahl untuk kite boikot dulu..

    BalasPadam
  10. "Tidak boleh disangkal, majoriti ‘friend’ di Fb sebenarnya tidak kita kenali"

    Ayat di atas itu tidak kena pada saya. 100% mereka yang tersenarai dalam 'friends' saya adalah kawan yang SAYA KENALI.

    BalasPadam
  11. Fad, ok. Apa komen awak berhubung para terakhir?

    BalasPadam
  12. Ini yang kita kadang-kadang tidak sedari...

    Yang dengan terang-terangan seperti perokok-perokok tegar (Dunhill, Marlboro, dan pelbagai jenama lain...) merupakan penyumbang utama kepada dana yang digunakan untuk peluru-peluru Yahudi bagi membunuh rakyat Palestin. Maka, berhentilah Merokok!

    BalasPadam
  13. Jika dilihat pada pengasasnya, memang sokong 100% boikot yahudi ni.. But terserahlah pada orang lain. yang penting pandai menilai baik @ buruk.

    BalasPadam
  14. tiada bantahan...
    cuma kena alert juga pasal lain yang bersangkutan dengan yahudi..
    terlalu banyak..
    bilalah yahudi ni nk hancur..

    BalasPadam
  15. Soalan saya, adakah awak membantah fakta, awak seorang daripada pengguna meransang lebih 'mengkayakan' CEO Fb?

    itu betul. sudah tentu pengguna FB menyumbang secara tidak langsung. saya hormat niat mereka yang ingin boikot FB. pendapat peribadi saya, ialah cuba untuk boikot, mengikut kemampuan individu. personally, saya melihat facebook lebih dari sudut positivenya. sama saja dengan tv di awal kemunculan dulu. saya ingat lagi ada novel karya negarawan shahnon bertajuk tivi - menceritakan pandangan orang terhadap tv sebagai punca dosa. tapi saya percaya kita mampu buat pilihan. terpulang pada individu.

    dan bagi yang phobia dengan FB ialah pusat maklumat CIA, anda tak perlu masukkan butiran peribadi selengkap lengkapnya dalam profile. cukuplah dengan maklumat asas. mudah kan?

    :p

    BalasPadam
  16. Entah apa sebabnya komen saya tadi jadi "hilang" dalam internet. Tapi saya nak tambah sikit..

    Mungkin Facebook saudara Mazidul ramai yang saudara tak kenal, lantaran saudara adalah selebriti, makanya dikaitkan dengan saudara dalam bentuk peminat atau "kawan". Pada saya, dengan Facebook, saya dapat bertemu semula dengan ramai rakan lama sejak dari sekolah rendah pun ada! Dan saya sangat gembira. Rata-rata kawan Facebook saya adalah dari rakan sekerja, rakan sekolah, saudara mara.. yang tak guna penyamaran.

    Soal boikot, itu hak peribadi saudara. Tapi dalam mengajak ramai ramai pembaca blog ni memboikot sama, boleh tak saudara Mazidul cadangkan macam mana kita nak hidup sekarang tanpa ada kaitan - secara langsung atau tidak dengan Yahudi.

    BalasPadam
  17. Audra, ini antara komen awak, 'Tapi dalam mengajak ramai pembaca blog ni memboikot sama ..'.

    Saya pasti, awak tersilap dalam kenyataan di atas. Lihat, dalam 2 posts berhubung Facebook, tidak pernah saya menggunakan perkataan 'boikot' atau mengajak pembaca memboikot Facebook.

    Jika ada, buktikan :)

    Saya cuma menyatakan fakta dan sebab mengapa saya menutup akaun Facebook, itu sahaja.

    Berikut satu lagi kenyataan awak, menarik perhatian saya, 'boleh tak saudara Mazidul cadangkan macam mana kita nak hidup sekarang tanpa ada kaitan - secara langsung atau tidak dengan Yahudi'. Jawabannya, saya MENDAHULUKAN tindakan boleh dilaksanakan terlebih dahulu dan terdaya saya lakukan tanpa memeberikan impak negatif keterlaluan kepada diri saya. Bolehkan? Lebih baik daripada tidak bertindak langsung, rasanya.

    BalasPadam
  18. Hady, ini kenyataan awak, 'pendapat peribadi saya, ialah cuba untuk boikot, mengikut kemampuan individu'. Ya! Itu sedang saya lakukan :) Mudahkan?

    BalasPadam
  19. Tahniah... anda telah berusaha dari menyokong yahudi dengan meninggalkan facebook... semoga anda meninggalkan juga rokok yang sememangnya jelas agenda yahudi dan sememangnya merosakkan... (bukan untuk mazidul, tetapi utk perokok tegar)

    BalasPadam
  20. Salam,

    Saya mengakui saya seorang daripada pengguna yg 'mengkayakan' CEO Fb. huhuhuhu... tetapi senarai friends saya terdiri dari rakan yang saya memang kenali. namun saya berbangga dengan usaha en mazidul sebagai seorg islam. walapun cuma perkara kecil bagi sesetengah orang tetapi itu adalah salah satu usha yang baik.
    ---- mmm dah lama x mkn Mc D--- huhhuhuhu..

    BalasPadam
  21. Nyonya, orang kampung panggil 'rokok timah' :)

    BalasPadam
  22. dah rokok timah pulak.. tp rokok daun tu mmg ramai kawan2 makcik timah menyedut rasanya.. hehehe

    BalasPadam
  23. susah kita nak hapuskan yahudi , mungkin kita bole hapuskan yahudi yg duduk dekat israel , tapi sekarang byk yahudi yang bijak x duduk dalam israel , mereka ada bersepah seluruh negara mencari kekayaan . yahudi da cipta rokok yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit . yahudi x perlu pergi berperang mengunakan senjata , cukuplah berapa juta orang di dunia yg mati kena barah otak , kanser paru-paru dan sebagainya berpunca dari rokok . Boikot dan pendedahan harus didedah daripada kecil , didik lah anak2 korang supaya menghindari brg buatan & ciptaan yahudi , terutamanya rokok. mcm2 lagi produk keluaran yahudi yg byk puncanya kepada untuk memudaratkan orang2 islam . sebagai 1 matlamat kepada semua orang , x mati pun kalau x merokok , x lapar pun kalau x makan McD , tak dahaga pun kalau x minum coke . bak kata nabil , lu ada otak lu pikir lah sendiri . hidup ada pilihan dan itu adalah hak hidup korang sendiri .

    BalasPadam
  24. Minta maaf kalau saya silap faham. Saya baca komen-komen di atas juga, dan mungkin kerana saya terlampau cepat membaca sampai silap faham.

    Okay. Jawapan saudara "saya MENDAHULUKAN tindakan boleh dilaksanakan terlebih dahulu dan terdaya saya lakukan tanpa memeberikan impak negatif keterlaluan kepada diri saya. Bolehkan? Lebih baik daripada tidak bertindak langsung, rasanya."

    Dalam soal ini, pada pendapat saya, takde jalan tengah. Kalau nak elak/boikot/berhenti, kena lakukan terus. Begitu jugak sebaliknya. Secara total. Tak boleh ada sikap berdiri atas pagar dalam sesetengah perkara yang berkaitan dengan Yahudi, secara langsung atau tidak.

    Rata-rata saya melihat ramai orang mengajak untuk memboikot/mengelak/berhenti dari menggunakan barangan yang ada kaitan dengan Yahudi atas alasan kekejaman mereka di Gaza baru-baru ini. Senarai barangan/makanan/minuman amat panjang saya terima untuk diboikot. Tapi saya masih lagi tertanya-tanya atau menunggu kalau kalau ada sesiapa yang boleh mencadangkan alternatif. Sampai sekarang saya masih lagi menunggu.

    Saya ada cadangan. Tapi saya simpan dulu. ;)

    BalasPadam
  25. cubo cek yahoo, friendster dan yg sewaktu ngannye nie milik sapo? google pon milik sapo ek?! kekadang tu kiter ni secara x langsung telah menyokong yahudi & sekutunye.. camner nk buat? sedangkan bateri kecik dlm kompiter Macintosh ni pon terang2 tulih MADE IN ISRAEL!! tapi adakah kiter ader pilihan lain? nak guna PC, Bill Gates tu org amerika, sekutu Israel ermm.. 2x5 jer leee.. so, tawakkal pd Allah jer ler, aper yg boleh tolak, kiter tolak, klu xde choice.. pasni buat solat tobat byk2.. ermm, nasibb!

    BalasPadam
  26. Audra, it's ok. Saya tidak berhasrat menuding jari kepada pengguna Fb lain. Saya cuma menjelaskan mengapa saya memadamkan akaun fb milik saya, bukan milik orang lain, full stop :)

    ADAM sebelum ini melabelkan saya racist, mengikut pandangannya selaku pembaca dan pelontar komen tanpa identiti. Tetapi dia sekadar berani membaling batu sembunyi tangan. Perlukan dia dilabel 'pengecut'?

    BalasPadam
  27. salam
    hidup kita di dunia sekarang ni memang sudah nak lari daripada produk yahudi. kita tahu, daripada sekecil2 benda sampai sebesar2 benda pun dicipta oleh yahudi. kita memang tak akan nafikan kita banyak bergantung kepada produk2 ciptaan yahudi ni, sehinggakan komputer yang kita gunakan untuk saling komen ini pun dicipta oleh yahudi
    memang ramai yang pertikaikan pasal boikot ni. Senang cerita, tepuk dada tanya iman, macam En Mazidul cakap, yang kita boleh elak, elakkan lah, kalu tak boleh, nak buat camana. Jangan la pulak kita hentam orang yang nak elak produk yahudi ni semata2 kerana tidak sependapat dengan kita. Sebagai seorang Islam kita patut menyokong tindakan BOIKOT produk yahudi, bukan dgn saling menyalahkan dan saling menjatuhkan.

    BalasPadam
  28. Rosnanie, pembaca baharu di blog ini? Apa pun, saya fikir awak menjelaskan perkara sebenarnya dalam komen 2 para di atas.

    BalasPadam
  29. tak ler baru sangat, tetapi selalu baca je, jarang nak komen, cuma topik ni agak hangat, so terpanggil nak komen. Tks, tapi saya bersetuju dengan En Mazidul,

    BalasPadam
  30. Ros, apa pun terima kasih kerana sudi melawati blogi ini. Saya juga telah memjenguk blog awak :)

    BalasPadam
  31. Ros, apa pun terima kasih kerana sudi melawati blogi ini. Saya juga telah memjenguk blog awak :)

    BalasPadam
  32. Saudara Mazidul,

    Tak usah pedulikan seorang "pengkomen" bernama ADAM itu. Kalau kita membalas, bermakna kita pun berada dalam kelas yang sama dengannya.

    Saya nak bagi satu contoh: Seorang pengamal makan sayur-sayuran (vegetarian) telah menghadiri majlis makan seseorang yang mana hidangannya tiada satu pun yang betul-betul berunsurkan sayur-sayuran semata-mata. Contoh menu, gulai kurma ayam bercampur ubi kentang, sayur yang digoreng bersama dengan udang/ayam, dan salad yang dihidangkan bersama telur rebus dan sos cili.

    Wajarkah vegetarian tadi hanya mengambil ubi kentang, sayur goreng (buang udang/ayam) dan salad (buang telur) semata-mata kerana tak ada lauk lain yang membolehkan dia makan?

    Cuba tanya kepada vegetarian.. sanggup tak dia?

    BalasPadam
  33. Salam Audra, kalau saya sebagai vegetarian, saya minum sahaja. Selepas itu saya keluar mencari makanan sesuai. Lagipun saya percaya, dia bukan menetap atau akan berada di rumah terbabit dalam jangka waktu terlalu lama, kan?

    Izinkan saya membawa awak ke dunia realiti. Saya mengidap kencing manis sejak 14 tahun lalu, usia sekarang 42 tahun. saya kerap menghadirkan diri ke majlis keraian. Majoriti minuman disajikan, manis. Justeru, ada ketikanya saya tidak minum langsung. Bagi mengatasi masalah itu saya bawa air mineral sendiri (alternatif I) pertama atau selepas majlis saya pergi mencari minuman sesuai (alternatif 2)dan untuk mengelakkan timbul salah faham di antara saya dan penganjur, saya jelaskan perkara sebenar.

    Apapun, pada hemat saya, kita harus membandingkan apple to apple. Vegetarian membabitkan kepercayaan, kadangkala berhubung agama. Sedangkan mengguna atau tidak menggunakan Fb tidak ada kena mengena dengan agama, kan?

    Tanpa menjadi pengguna, saya masih hidup seperti bukan pengguna lain.

    BalasPadam
  34. fuh..isu hangat!

    boikot makanan dr YAHUDI dulu dan Amerika serta sekutu2 nya dahulu..itu lbh afdhaL..byk mknn2 yg tak perlu mnjadi keperluan kite tp kite mkn jugak kan?

    then nk boikot fb ke tak ikut suke otak korg la nk fikir camne plak..

    tk perlu gaduh kerana seorg pengecut...

    ada berani?

    BalasPadam
  35. ..mesej dari ADAM.
    samada

    ..dendam peribadi tuan punya BLog

    ..agama
    ..bangsa.

    ..bila kenal salah satu unsur itu baru BEST mengomen....(letih jari jerr jika layan)

    BalasPadam
  36. Ehehe...

    Manusia ada pilihan. Kenapa makan McDonald atau KFC atau Baskin Robin kalau Orang Islam ada rangkaian makanan sendiri?

    Kenapa tak pegi Mekah lagi sedangkan duit yang ada dah cukup untuk haji...? Umur sudah hampir separuh abad..?

    Kenapa Masih guna microsoft kalau kita ada Linux Redhad, macintosh, Susei bla..bla..bla...

    Kenapa? Itu kan semua pilihan manusia.

    Bukankah di Tanah Suci ada McDonald? Ada TGI Friday malah Chilis bahkan Baskin Robin merata-rata. Bukankah yang mengadap Masjidil Haram itu KFC ramai pengunjungnya?? Bukankah yang dihuni Jemaah itu Hotel HILTON yang tersergam besarnya.

    Tepuk dada tanya selera. Kita mahukan kejumudan terus membelenggu otak Melayu Islam di sini. memaki caci golongan Yahudi sedangkan Nabi Musa, Daud, Sulaiman dulu juga Yahudi. Bahkan Rasulullah punya seorang Isteri bangsa yahudi.

    Benci kita kadang-kadang tidak bertempat. Apa kata sila boikot dulu pesta-ria yang menggalakkan anak muda bersosial tanpa batas?

    Atau boikot saja rancangan tv yang semakin lama semakin mendedahkan dada putih wanita.

    Huummm... Membantah? :)

    BalasPadam
  37. Marissa, saya masih ingat komen terdahulu awak berhubung post warga Afika. Awak gemar berkawan dengan mereka sedangkan ramai tidak. Walaupun dibantah, awak masih berkawan dengan mereka, kan?
    Kerana tindakan awak berlandaskan keputusan peribadi.

    Samalah. Menutup akaun Fb, keputusan peribadi saya.

    Ada bantahan?

    BalasPadam
  38. bro mazidul: kdg2 pendapat kita disalahtafsir bila emosi menguasai fikiran..apa2 pun pilihan peribadi adalah hak masing2.. kita sekadar berkongsi maklumat.. betul tak?

    BalasPadam
  39. Salam.

    GOOGLE, yang memiliki BLOGSPOT sejak 2003, diasas & dicipta oleh Sergey Brin & Larry Page - kedua-duanya Yahudi.

    Jadi, baik Mazidul tutup blog ini jugak.

    BalasPadam
  40. memang tak dapt dinafikan founder FB ni antara jutawan terkaya dan termuda di dunia. Hasil kreativiti beliau mencipta FB dan memperolehi keuntungan from the application builder dan advertising inilah baru dinamakan perniagaan internet yang sebenar..
    point saya ialah, founder FB ni boleh jadi orang yahudi, org melayu, org cina atau orang ape sekalipun lah...yang penting die yang cipta FB ni dulu...cube kalo orang yang cipta FB ni orang melayu, cina ke or india..tujuan nye tetap same..untuk mendapat keuntungan hasil ciptaan dan kreativiti mereka...kesimpulannya ialah terpulang niat masing nak gunakan FB untuk tujuan ape...sebab dalam kite dok pikir nak gune Fb ke tak, founder die semakin hari semakin kaya raya

    BalasPadam
  41. salam...

    friend list aku ada almost 700 org... n more than half adalah mmg kawan2 aku yg personally aku kenal... so, i dont see any issue here... unless someone sengaja nak carik excuse la... or it is unfair kalu kita generalize hanya berdasarkan pengalaman kita semata2... aku pasti ramai pengguna FB yg lain tak menghadapi masalah maklumat palsu nie...

    bab yahudi tu... hmmmm... 1st... kita kena bezakan yahudi n zionist... even an Iranian Jews condemning Israel and Zionist in parliment... and ada certain quater jews kat Israel tubuhkan NGO to support the Arab... tlg diorg buat balik rumah... hantar petition kat israeli gov suruh berenti amik tanah org Arab.... so.. again... quite unfair la nak generalize yahudi as a whole... dan apa yg menyedihkan ia dtg dari someone wit a status like u...

    i dont care watever reason u wanna deactivate ur FB account.. its ur choice... but dont dictate ppl to accept ur opinion... why i say u r trying to dictate? pls refer to the ur last sentence.. From the word 'Jika' until 'Bantahan?'.. kita semua respect ur judgement... but by questioning back dgn bertanyakan 'Ada bantahan?'... it shows cam ko rasa opinion ko nie is the ultimate or mother of all opinion... correct me if im wrong... but again.. u cant dictate me to think otherwise... cheers...

    BalasPadam
  42. salam bro, mmg la . . ada org main fb nie suka2, ada tue mmg letak gambor betul, mcm saya, saya add kenalan yg benar2 saya kenal. pasal isu mengkayakan org yahudi ini saya sarankan bro dan rakan2 yang lain kunjungi blog ini bagi mendapatkan maklumat yang betul. Sila layari . . .

    http://kami-peduli.blogspot.com/2009/06/hukum-urusniaga-dengan-syarikat-yahudi.html

    BalasPadam
  43. skrg ni dah x boleh nak ckp kita guna "brg" buatan org yahudi 2 salah... sb kita x de "brg" sedemikian... lainlah kalau org islam ada buat "brg" seperti itu tapi org islam msh nak gunakan, itu baru la boleh bising. setakat ini saya x prnh dengar lagi ada web mcm facebook / myspace milik org islam... ada? kalau nak ikutkan milik org yahudi... technologi intel pentium(processor) tu milik org yahudi jugak... so mcm mana? abg mazidul nak kompangkan jangan guna tech itu jugak ker?

    BalasPadam
  44. Assalamu'alaikum,seagai seorang penuntut universiti, saya juga tidak lari dengan membuka akaun di facebook(fb). oleh itu, ingin saya meluahkan sedikit pandangan tentang facebook. pertama sekali, ingin saya bertanya apakah tujuan sebenar anda membuka akaun facebook? ada beberapa pandangan daripada para ulama yang mengatakan bahawa facebook itu haram hukumnya. mungkin haramnya disini adalah disebabkan oleh pemanfaatnya sendiri yang menampal pelbagai gambar yang boleh mendatang nafsu atau berbaur perkauman. Ada juga yang mengatakan bahawa facebook ini melalaikan umat islam. Tetapi dalam konteks yang lain, sebenarnya kita boleh menggunakan facebook dengan tujuan yang baik dan sememangnya facefook telah dicipta untuk tujuan yang baik iaitu menghubungkan seseorang individu dengan sahabatnya dan ini sebenarnya menjadi wadah yang mampu mengeratkan silaturrahim sesama kita. Ignin juga saya sarankan disini bagaimana pula jika kita menggunakan facebook untuk berdakwah? bagaimana pula jika pembaca note yang ditulis oleh kita dengan tujuan berdakwah itu dibaca 5 orang, 10 orang, atau mungkin beratus orang? Tidakkah anda terfikir bahawa betapa besarnya pahala disitu? SUBHANALLAH...jadi disini ingin saya simpulkan facebook boleh digunakan demi memenuhi kemaslahatan kita di dunia ini dengan tujuan menghubungi para sahabat kita. Ketahuilah bahawa
    “Barangsiapa memberi petunjuk pada orang lain, maka dia mendapat ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang melakukannya.” (HR. Muslim). Sekian wassalam.

    BalasPadam
  45. Salam..
    Saya telah baca semua komen2 sebelum saya.
    Pada pendapat saya, ia bergantung kepada niat seseorang.
    Jika tindakan yang dilakukan itu dirasakan betul dan membawa kepada kebaikan, lakukanlah. Jika salah, perbetulkanlah.
    Saya tidak membantah dengan cadangan En Mazidul utk menutup akaun FB. Itu hak En. Mazidul.
    Kalau boleh, saya mahu menyokong..
    Tetapi kini kita masih tidak mempunyai pilihan lain.
    Jikalau kita boikot semua pun sehingga jangan guna Macintosh, jgn guna Google, jgn guna microsoft, jangan guna barangan yahudi, mereka akan lebih mentertawakan kita, akan mengejek kita sebagai kaum yang ketinggalan zaman! Kaum yang x ada civilization! Bukankah mereka itu jenis yang suka mementingkan peradaban? Mereka akn lebih besar kepala dan cuba untuk memperbodohkan agama islam dan penganut2nya dgn mggunakan media mereka. Kita pula bagaimana??
    Mereka akan lebih memijak kepala kita. Jadi point sy d sini, kalau nak boikot makanan, boikotlah.. kita jaga makanan kita, itu penting. Kalu rasa FB tu x penting, tutuplah. Tapi marilah kita berusaha mendalami ilmu mereka. Kehebatan mereka. Kita 'kaji' mereka. Gunakan media mereka! Bukankah itu satu bonus untuk kita? Seperti mereka lakukan pada ilmuan islam kita terdahulu. Manalah tahu, suatu hari nanti orang islam juga kukuh seperti mereka. Manalah tahu??

    Kita tidak berniat untuk mengkayakan yahudi, tetapi ayuh kita cuba untuk meningkatkan diri dengan menggunakan media yang mereka miliki.

    Sy cuma menyatakan pendapat saya.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  46. apakata,kita sbgai rakyat malaysia ni wt laman sosial sniri..Malaysia pn skrg dh canggih..xde hal nk lam IT nie kn..so,niat kebanyakan daripada kita tuk crik kwn2 lama akan tercapai tanpa kayakan yahudi 2.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.