Ruang Iklan Zone A

Jumaat, Mei 08, 2009

Terima Kasih AADK

Saya mula bertugas di TV3 pada 17 Julai 1995. Memulakan kerjaya sebagai wartawan kadet dan perantara program Malaysia Hari Ini. Saya kemudian diberikan peluang bekerja sebagai wartawan eksekutif rancangan Remaja dan Majalah 3. Beberapa tahun kemudian saya dipindahkan ke Jabatan Berita Dan Hal Ehwal Semasa, menjalankan tugasan wartawan berita, selepas itu mengendalikan rancangan bual bicara, Bincang Petang.

Sepanjang 7 tahun berlalu, saya melihat ramai rakan wartawan baharu dan lama samada petugas media cetak mahupun elektronik menerima pelbagai anugerah. Anugerah, bukti komitmen dan dedikasi mereka sewaktu melaksanakan tugas. Saya amat gembira melihat kejayaan diraih.

Tahun 2002, saya menyertai program ‘999’ dan kemudiannya diberikan ruang menerbitkan rancangan ‘360’ sehingga kini. Empat tahun bersama 999 dan lebih 2 tahun bersama 360, saya terus melihat rakan wartawan menerima lebih banyak anugerah hasil tulisan dan paparan mereka di TV. Saya teruja dengan kejayaan mereka biarpun tidak terlintas di fikiran untuk menempa kejayaan sama. Saya sedar sumbangan dihulurkan selama lebih 14 tahun di bidang penyiaran hanya sekelumit. Apapun, tidak menerima anugerah bukan penghalang saya terus berkarya. Minat dalam kerjaya ini tidak pernah luntur biarpun pernah ditegur, dihina, dicerca dan dimaki, sesekali dipuji masyarakat, penonton setia.

360 pernah menyiarkan episod berhubung penyalahgunaan gam dan ‘benzo’ di kalangan remaja dan golongan dewasa. Paparan kesan buruk mereka ketagih gam atau 'glue'. Saya masih ingat saat menemubual bapa penagih gam di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor lebih setahun lalu.

“Anak saya kalau hendak turun dari rumah flat ini, dia tidak menggunakan tangga atau lif. Dia keluar ikut beranda, pijak belebas tepi itu, dari tingkat empat dia turun merangkak macam spiderman. Berani betul, sebab otak dia khayal akibat gam disedut,” katanya.

Jam 2.30 petang tadi saya dihubungi kakitangan komunikasi korporat TV3, Irma Mahamat Tahir melalui emel. Kata beliau Agensi Anti Dadah Kebangsaan, AADK memilih saya untuk menerima Anugerah Wartawan Terbaik TV 2009 berhubung tugasan saya laksanakan itu. Anugerah pertama saya, selepas hampir 15 tahun menghambakan diri di bidang saya minati.

Terima kasih AADK, TV3, jurukamera dan krew 360.

38 komen:

Mohd Riziqin Hill berkata...

Tahniah..

Teruskan usaha!

MOHD FAIZ FAYI berkata...

Tahniah En MAzidul...semoga lebih berani dalam mendedahkan kisah2 kepincangan dalam masyarakat Malaysia.....Hidup En. MAzidul

Framestone berkata...

klu ikutkan mmg byk anugerah yang mampu bro perolehi (kata orang sapa la kite mereka nak pandan).. yang baru di sanjung bintang.. yang lama sekdar di tambat di tepian

apa2 pun teruskan berkarya bro.. xde anugerah pun xpe..asalkan karya kita dihargai..

lagi banyak anugerah lagi banyak tekanan yang akan orang len berikan.. takut karya kita tidak berjiwa hanya pada nama sahaja

Mama Farish berkata...

Tahniah Cik Mazidul!!

DyeNaZ berkata...

TAHNIAH EN.MAZIDUL..KITA BERKHIDMAT DALAM BIDANG YG KITA SUKA BKN KERANA NAK DAPAT ANUGERAH TOL X???KEPUASAN ITU LEBIH BERMAKNA PADA SESETENGAH ORG....SEMOGA SUCCESS SLALU .....

H.E.H berkata...

Tahniah! Setelah hampir 15 tahun memerah keringat akhirnya dapat juga hasilnya. Semoga penghargaan ini akan menjadi titik tolak dalam perjuangan en mazidul meneruskan agenda permasalahan masyarakat.

Tahniah sekali lagi ...

PG berkata...

Salam Mazidul.
Tahniah saya ucapkan.Semoga anugerah itu akan meningkatkan lagi prestasi kerja saudara.Dan semoga saudara akan terus membogkar rahsia kehidupan masyarakat.

AzMas berkata...

Tahniah bro

beliamuda berkata...

tahniah En Mazidul!

abuamin berkata...

Tahniah! Alfu Mabruk!

The bOne berkata...

Tahniah Bro...
teruskan usaha yang murni sahaja..Kerje biar ikhlas..
jangan ada something yang menyimpang dari niat yang murni tu..

D'Rimba berkata...

Tahniah atas kejayaan bermakna membongkar segala kekalutan..Jangan lupa tukarkan kembali threesixty kepada tigaenamkosong atau tiga enampuluh sedap juga itu.

siti murni berkata...

Salam tahniah buat bro mazidul..keep up your good work. Hopefully, dgn anugerah ni bro akan lebih berinspirasi dlm kerjaya:-)
kena buat kenduri kesyukuran nih..hihi

ainul02 berkata...

tahniah en mazidul!!! walaupun tidak mendapat apa2 anugerah, janji kita tetap puas dgn kerja yg kita lakukan dan hasilnya pasti menyenangkan org. pahala pun dpat.


p/s : tp gaji mesti tetap mau bayar ma. btol x??

AL-K berkata...

tahniah bro, keep the good news coming...

askmaniss berkata...

Setiap kejayaan perlukan pengorbanan, setiap pengorbanan pasti menjanjikan kejayaan....dan antara pengorbanan itu ialah kesabaran, dan antara kejayaan itu adalah pengiktirafan....Teruskan perjuangan...

SITI berkata...

Tahniah!

echah_syed berkata...

tahniah bro..! *thumbs up*

xillix axillixa berkata...

tahniah...

NahWaL berkata...

pertama kali komen pertama.wah.macam mana tu.

tahniah bro! memang kita tak minta, tapi kita cume minta orang recognize dan hargai usaha kita.

keep it up keep it up.

Azman berkata...

Tahniah Dude!

ManB

Hafis HBD berkata...

TAHNIAH UNTUK ANDA, EN MAZIDUL.
PEMILIHAN ANDA UNTUK MENDAPAT ANUGERAH WARTAWAN TERBAIK TV 2009 AMATLAH BERSESUAIAN. KREDIBILITI ANDA TIDAK PERLU DIPERTIKAIKAN LAGI. ANDA SEMEMANGNYA WARTAWAN TV3 YANG TERBAIK. ANUGERAH SULUNG YANG ANDA MENANGI ADALAH PETUNJUK PERMULAAN KEJAYAAN ANDA SEBAGAI WARTAWAN.

TAHNIAH UNTUK ANDA..
SEMOGA MENJADI WARTAWAN CONTOH,
INSYAALLAH....


Ihklas dari saya,
Pembaca Setia Blog Anda.

Azween!! berkata...

tahniah ^^

alidyangon berkata...

Bro Maz

Tahniah dan teruskan tugas Bro itu sampai pencen atau sampai bila bila.

Selain dari Polis dan Anggota Keselamatan Awam, tugas wartawan juga memang mencabar dan dicabar...

Sanggup
1. Kena maki hamun
2. Menerima Ancaman dari orang jahat
3. Tak tidur siang malam
4. Jarang jumpa anak isteri serta keluarga
5. Membahayakan keselamatan dan nyawa sendiri
6. Terjun sungai, laut, gaung, hutan, tanah runtuh dan lain lain

Semuanya demi untuk mendapatkan berita dam kemudian disiarkan di TV atau lain lain media untuk 'Kita tonton/dengar/baca ketika duduk-duduk dengan selesa sambil minum teh tarik dan bersembang sembang sesama keluarga atau kawan kawan...

Sekali lagi Tahniah Bro...

Semuga bro Maz juga mendapat rezeki yang murah, keberkatan dalam hidup dan pekerjaan serta kesihatan yang berpanjangan serta dikasehi oleh maysarakat terutamanya isteri dan anak anak dan keluarga serta orang orang yang beriman.

Amin

Jazak Allah hu khairan

Tentera Sabilillah berkata...

Salam perkenalan...

http://panjihitamdaritimur.blogspot.com

Makheran berkata...

saudara mazidul...
tahniah diucapkan atas anugerah tersebut. semoga ia menjadi pendorong kepada saudara untuk melakukan yang terbaik dalam kerjaya saudara

Anas berkata...

Tahniah Mazidul! Teruskan semangat anda itu..

amirul berkata...

Salam Bro,
Alhamdulillah... Tahniah atas anugerah yg bakal diterima... Teruskan menyumbang... :)

zeqzeq berkata...

saya tetap sanjungi tugas saudara..moga mendapat balasan DI sana..biarkan org di sini tak nampak..
tugas menolong masyarakt (info dll)sumbangannya subjektif utk nampak hasil..
..tahniah teruskan

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Terima kasih semua. Memang betul, anugerah tidak semestinya menjadi buruan. Ramai antara kita bekerja sepenuh hati tetapi tidak pernah diberikan sebarang bentuk penghargaan sehingga pencen. Semoga Allah menganugerahkan ketenangan kepada golongan itu.

cute berkata...

Tahniah En Mzidul..

Satu pengahargaan buat diri, keluarga, dan warga kerja TV3..
Apapun, tanpa penghargaan sekalipun, En Mazidul telah pun menjadi yang TERBAIK diantara yang terbaik.
Semoga terus berjaya!!

bagak... berkata...

Tahniah ...tapi hati2 ya..

carrotsusu berkata...

tahniah mazidul..

keep it up!

Dj Epoi berkata...

Salam.....

TAhniah Bro!!!!

Gua terus bersama Bersama Mazidul

Walaweiiiiii.....

tajudin berkata...

Tahniah Tuan MAS,

Terus berusaha dan kuatkan kerja dalam mencari redha Allah, jalankan amanah sebaik mungkin.

Azrul Hisham berkata...

Tahniah saya ucapkan... :)

Kami sentiasa sokong brother Mazidul

Ogie berkata...

Tahniah Mazidul....

Keep it up man!....anyhow...take care ok!...

pijal@r.en.tu.ng berkata...

Bravo!....bro....!congratulation!