Isnin, Mei 25, 2009

Cerita Hantu

Ramai mendakwa pernah terserempak pelbagai jenis hantu, antaranya pontianak, pocong, langsuir dan penanggal. Bagaimanapun majoriti dakwaan gagal dibuktikan, hanya sekadar cerita.

Kenyataan pakar agama, hantu itu syaitan. Mereka diangkat hijab mampu melihat makhluk terbabit.

Apapun, hantu seringkali didakwa dilihat majoriti orang Melayu. Masyarakat Cina hanya bercerita berhubung hantu melompat dengan tangan terdepa kehadapan. Manakala, jarang cerita hantu dikongsi masyarakat India di negara kita.

Jika anda pernah bertembung hantu, catatkan pengalaman itu dalam blog ini. Teringin tahu pengalaman itu.

17 ulasan:

  1. saya tidak pernah melihat hantu secara khususnya tapi pernah merasai pengalaman berada berhampiran hantu.

    Tak tahu pula nama hantu tapi mungkin hantu yang sudah tidak bertuan yang sering membuat kacau di rumah seorang kenalan. Antaranya ialah membakar pakaian, sofa, memecahkan pinggan mangkuk, calit darah pada dinding serta anak kenalan tersebut, menutup handycam dengan kain ketika rakaman. Mungkin pada sesetengah orang perkara ini tidak menyeramkan tapi inilah hakikat... berbagai cara hantu mengacau manusia.

    antara pengalaman pertama ketika hari siang. Kenalan ketika itu hendak ke tempat kerja tetapi tiada kenderaan. Saya pergi ke rumahnya. Kemudian dia berkata

    "cuba kau cakap besar dan suruh hantu tu lontar selipar kau atas atap"

    ketika saya berada di dalam rumah terdengar bunyi dari atap rumah... hu hu hu... sah! selipar dah ada atas atap.

    Kemudian ketika saya berada di depan rumah kenalan saya tadi... tiba-tiba bunyi gelas pecah. Rupanya gelas dilontar dari dalam bilik rumah tesebut, sedangkan tiada sesiapa di dalam bilik.

    Ketika hendak menghantar kenalan tersebut ke pejabat... cari-cari helmet pula tak jumpa. Dah kena sorok dek hantu.

    Dah macam-macam pengamal perubatan tradisional dan bomohorang datang nak halau hantu tersebut... tapi gagal...

    kalau perasan dalam misteri nusantara banyak cerita jenis macam ni... hantu tak tunjuk rupa... just macam kelibat dan mengacau penghuni rumah dengan memecahkan kaca dan membakar.

    BalasPadam
  2. Saudara Mazidul

    Cuba ubah pemikiran rakyat Malaysia dari takut hantu, berkawan dengan hantu, mengunakan hantu untuk sihir manusia, guna hantu untuk jatuhkan bisnes orang lain.

    Cuba ubah pemikiran kebanyakan orang Malaysia, tak kira Melayu, Cina, India dan bangsa lain di Sabah Serawak agar jauh dari kepercayaan karut, bahawa hantu adalah segalanya.

    Percaya dan yakinlah bahawa, kita manusia di jadikan Allah dengan sebaik-baik kejadian, kita lebih baik kejadian dari malaikat, hantu, Jin, syaitan, dan makluk lain di muka bumi ini.

    Kita guna kekuatan kita untuk membina kita sebagai manusia, khalifah di muka bumi ini.

    Fauzi

    BalasPadam
  3. Pernah laa jugak beberapa kali tapi tak pasti ilusi ataupun betul.. Nampak kain putih kusam terbang depan mata lepas tu tiba-tiba bau wangi.. Entah laa..

    Yang pasti hantu itu gelaran dari bangsa gua sendiri iaitu Melayu.. Yang wujud sebenar-benarnya seperti yang ditulis dalam sebuah buku yang bertajuk Alamul Jinni Wasy-Syayatin oleh Umar Sulaiman Al-Asyqar iaitu jin dan syaitan..

    Memetik dari surah Al-Quran :-

    "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas."

    (Surah Al-Hijr, ayat 26-27)

    Memang susah nak berjumpa dengan orang yang betul-betul ada pengalaman bertemu dengan makhluk halus ni.. Seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud :-

    "Sesungguhnya ia dan para pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihatnya."

    (Surah Al-A'raf, ayat 27)

    Ada ramai orang yang menolak kewujudan perkara-perkara halus macam ni, menganggapkannya kekampungan dan menukarkannya menjadi virus sebagai ganti alasan..

    Ertinya: "Yang sebenarnya mereka mendustakan apa yang mereka belum mengetahuinya."

    (Surah Yunus, ayat 37)

    Gua dah terkeluar tajuk dah ni.. Tapi macam yang gua cakap, gua sendiri pun tak pasti samada yang gua nampak tu betul ataupun tak.. Yang lebih tahu tentangnya?.. Korang sendiri pun tau jawapannya..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum.

    Pengalaman saya, kerja 24jam di site, site supervisor india 2 orang, wiring team - chinese 4 orang, testing team 4 orang melayu. Budak cina 4 orang tu tengah leka mencangkung mengadap wiring kat panel, ternampak sepasang kaki berdiri kat belakang. Siapa pula yang tak pakai kasut dalam site dan kaki penuh bulu! Ada yang pergi toilet, nampak lembaga mengerunkan dalam cermin, saya dan rakan hanya nampak kelibat lembaga hitam besar & tinggi lalu. Masa kejadian tu kami masing-masing muka pucat, esoknya budak-budak dah tak nak datang kerja malam lagi, penat pujuk deorang suruh siapkan kerja. Site supervisor tu gelak-gelak dengar cerita budak cina tu sebab sebelum tu masing-masing bukan main berlagak lagi.

    Susah nak buktikan kewujudannya, tapi dah termaktub, memang jin itu wujud.

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...
    apa yg sy thu hanya ada syaitan iblis,dan jin..hantu adalah jelmaan jin dan syaitan...jin boleh merubah menjadi apa saja..apabila berubah fizikal dipanggil gelaran lain...contohnya..hantu raya,hantu pocong,langsuir dan sbgainya..spt kita juga asal kita hnya dari Nabi Adam a.s dan hawa...namun skg pelbagai kaum dan bangsa ada..ini berlaku apabila sesama bangsa menzalimi bangsa sendiri...apepn..tragedi yg pnh sy lalui byk skali..apa yg sy mampu kongsi disini sewaktu sy di tgkatan 5..tok sy d kampung sdg nazak..sy tiba dgn perasaan yg suram mlihat rmai org mbacakn ayat2 suci..sy trbayang sesuatu yg memilukan akn berlaku...setelah msuk tok sy msih nazak dan kian lemah...ia berlarutan shgga snja..namun tidak spt yg djgka..dia msih brnyawa..tiba2 pd kul 7.50pm lbih kurg dia membuat isyarat tgn seolah menunjuk kearah langit dgn gaya 'seakan smbol jaga2'jari penunjuk kearah atas..selepas apa yg berlaku yg disedari sy dan mak sy..sy mmberitahu bhw ada yg x kne ni..mak sy pn sgera mmgil ustaz brdekatan rumah...setibanya ustaz di rumah..tok sy kian gelisah dan mampu bgun spt org sihat..namun dgn prtolonngan Allah swt hasil doakan dr ustaz td tlah menteteramkan keadaan..stelah mmbuat air penawar..keadaan ok..dia boleh suruh ustaz td blik plak..mcm x kne ble tok sy mghalau ustaz dgn mgatakan dia sudh sihat..namun stlh ustaz pulang..ktika kami bru hndak melelapkan mata..wlaupn aku x sdap hati..tiba2 tok aku bgun dgn pantas..meronta2..(aku terasa sambil menaip ni)dia spt mndpt tenaga yg luar biasa..kami mbaca ayat kursi dan ayt suci yg lain..namun msih tidak dpt mententeramknnya..ustaz yg td dtg krn seakan bnda plik blaku die rasa..tibanya dia..die mbuat prsediaan utk berubat..stlh sume dilakukan brulah tok kmbali pulih tetapi amat lemah..(byk cite yg sy x mampu kongsi kerana terlalu panjang)wlaubagaimanapun..setiap kejadian itu adalah dtg dari Allah swt dan kte harus mncari jalan mnyelesaikannya di sertakan doa kpdNYA...sekian..

    BalasPadam
  6. en mazidul..

    sy pun pernah mengalami 'rasa' jin itu ada.

    ketika waktu maghrib atau tgh mlm biasanyer.bunyi mcm angin yg kuat dan menderu kemudian jatuh diatas bumbung rumah.then dgr tapak kaki berlari diatas bumbung.

    sy percaya mmg jin sbb dia bole dtg dlm rupa bentuk angin sbb sy ada menyimpan buku ustaz haron din mengenai jin.

    mula tu rasa takut juga tp lama-lama sy hanya berkata dlm hati..'tolong jgn ganggu kami'

    so selepas 3 atau 4 kali dia dtg smpi skrg dah tak ada lagi.alhamdulilah

    .............

    yg klako tu..mula huby yg dgr dulu tp dia tak ckp dgn sy sbb bimbang sy akan takut.pastu sy pun mcm dia jugak masing-masing nak simpan sendiri-sendiri.

    nak jadi cerita..tetiba pada satu hari anak sy tanya 'mama kat atas bumbung ada tikus besar ke..??'

    kami berpandangan sesama sendiri so terbongkar rahsia alam .. :)

    BalasPadam
  7. saya cuma pernah lihat hantu dalam mimpi & hopefully biarlah tak terjumpa secara realiti. Gerun..!!
    Saya tahu syaitan, jin & iblis do exists..just minta dijauhkan dari anasir2 ni.

    BalasPadam
  8. salam.... hakikatnya memang ada hantu atau jin. jika kita mahu berkawan denganya..sukalah ia kerana peranan golongan ini ialah mahu menyesatkan manusia.

    BalasPadam
  9. Kita plak tak pernah jumpa tapi kadang2 boleh rasa kehadiran benda2 cam ni...hmm....sebab tu kita percaya yang Jin atau Syaitan atau hantu ni memang wujud...

    tetapi skrg ni masyarakat banyak sangat disogokkan dengan cerita hantu...jadinye diaorang ni takut tak bertempat...masalah gak tu bro hehe

    BalasPadam
  10. Bro Maz, apa kata bro buat siasatan tentang cerita yg diwar2kan dalam akhbar harian Kosmo dimana terdapatnya kes2 kemalangan disatu2 tempat yg membabitkan hantu & apakah ianya benar & tiadakah tindakan untuk mengurangkan kadar kemalangan di kawasan tersebut? Harap ianya menjadi satu siaran di rancangan 360 bro seperti yg pernah bro huraikan kejadian histeria dahulu.

    BalasPadam
  11. Cerita semasa Darjah 6, dalam cuti penggal 3 persekolahan(belum Baligh).
    Masa menunggang basikal melalui celahan jalan kecil dalam ladang getah, pulang dari memancing ikan waktu hampir maghrib,terpandang ke atas arah sepohon pokok besar hitam (mungkin Putat), niat ingin melihat mentari samada sudah hilang atau tidak.
    Tergantung berbuai berayun-ayun di dahan dengan mata merah serta berbulu bergerutu seakan katak puru hanya ada seekor ,ada sayap dengan kepala ke bawah, sekali imbas.
    Mengayuh basikal tanpa menoleh ke belakang, tiba di rumah masuk selimut terus deman.Seminggu.

    BalasPadam
  12. Setiap hari ada saja 'hantu' yang naik teksi aku.! Macam2 jenis 'hantu' yang naik. Yang paling tension sekali jenis 'hantu nak naik free'.! sakit jiwa..! silap2 aku pun boleh naik 'hantu'.! hehehe!

    BalasPadam
  13. masa kecik2 dulu, naik basikal, ada perempuan muda jalan kaki, ingatkan orang, potong je la. tiba-tiba kat depan perempuan tu ada balik, hahaha kelam kabut kayuh laju2 balik rumah atok..

    BalasPadam
  14. MELALUI PEMBACAAN SAYA, YANG ADA MANUSIA, JIN, SYAITAN IBLIS MALAIKAT. INI SEMUA MAHKLUK CIPTAAN ALLAH, HANTU-HANTU ITU SEMUA ADALAH JELMAAN JIN-JIN JAHAT DAN SYAITAN YANG SUKA MENAKUT-NAKUTKAN MANUSIA. BEGITU JUGA DENGAN UFO, ALIEN. APA YANG SAYA TAHU, ITU SEMUA ADALAH JIN. JIN ADALAH BANGSA PALING LAMA HIDUP.

    BalasPadam
  15. saya tak percaya hantu, cuma percaya syaitan dan jin bertukar menjadi benda yg buruk untuk menakutkan MANUSIA... untuk menunjukkan mereka lebih berkuasa dari kita..

    Kita sendiri kena berusaha untuk mewujudkan pendinding dalam diri kita..

    Kalau jiwa kita pun kosong, senanglah bende tue nak menerobos dlm akal & badan kita..

    BalasPadam
  16. tanpa niat EGO sebagai manusia yg dari dulu tak pernah menang lawan jin/hantu/syaitan(sejarah dolu2), kita hanya perlu niat tak nak kawan n tak nak lawan.(baca apa yang patut)
    Terdapat atau terhidu lokasi yang keras tidak perlu ego nak melawan hantu/ jin, cukup hanya niat jangan ganggu kita.

    --tak sudi ' nampak anda', tak perlu munculkan diri.

    BalasPadam
  17. sebenarnya bukan semua orang boleh nampak hantu..pernah kah kita terfikir yang perkataan hantu itu bagaimana ianya wujud? perkataan hantu wujud kerana manusia zaman kini lebih takut kan hantu daripada tuhan..terbalik kan perkataan tuhan..akan jadi hantu..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.