“Saya frust dengan lelaki!,” ujarnya di bawah pengaruh alkohol.
Biarpun wajahnya kelihatan gembira, hakikatnya jiwa derita. Dia meneguk arak bagai tiada hari esok, keterlaluan. Tidak mampu duduk tegak apatah berdiri.
“Saya tak pernah tengok dia mabuk macam ni,” bisik rakannya berdiri di sebelah.
“Dia ada anak dua ke?,” telah saya.Bingkas rakannya menjawab …
“Ish! Mana ada, bujang lagi”
Selalunya, majoriti wanita bekerja di pusat hiburan, janda.
Mengapa gadis ditinggalkan lelaki begitu dahsyat jadinya? Sedangkan mengikut kata pepatah, patah tumbuh, hilang berganti.
25 komen:
Salam,
Pesan orang² tua kalau nak bercinta jangan beri 100% hati pada pasangan dan jangan letak 100% kepercayaan pada mereka.
Kalau putus kelak takde la frust menonggeng mcm ni.
konon2 nya tu nak hilang kan tension, stress... nak lupakan boyfriend la tu... tapi buat benda yg lagi merosakkan badan sendiri...
pendeknya akal...
patah tumbuh hilang berganti. tapi yang tumbuh munkin tak sama dengan yang telah hilang
tu sebabnya dia frust sangat
Kebanyakan lelaki yang berkunjung tempat2 begini (tidak semua) hanya suka menaburkan janji manis untuk melunaskan nafsu dan mengikis harta tetapi apabila sudah mereka sudah mendapat madu, beginilah kisahnya..
hati muda
perasaan bergelora
terlalu ikut kata
mudah ikut rasa
sudahnya.... bencana...
Al-Bima, puitis sungguh!
Wandi, ada kebarangkalian tak kalau pengganti tu lebih baik?
Kerana gadis mencintai lelaki kerana nafsu melebihi kasih sebagai sesama manusia...Cinta Ilahi lehib Agung..andai gadis ini punyai keimanan...klu pun tk sepenuhnya, separuh pun mampu mengawal kelakuannya. Pegangan iman rapuh inilah jadinya. Di dunia sesat di akhirat melarat/
Wallahu a'lam...
-Andeh-
habis madu, sepah dibuang.
Salah siapa??? Kerajaan?? Ibu bapa??? Kawan kawan ??? diri sendiri???
Sinonim nya semua ini berkait rapat.. Kerajaan tak mengawal.. hancur pusat semua ni dibuka merata.. Ibu bapa.. manjakan anak .. beri kebebasan sampai anak naik kepala.. memberontak... kawan-kawan.. ni leh kata setan utama.. weh try la sket sket.. Memang try tu tak salah tapi kalau try menda ni lama lama kena try skali ngan orang lain..
Diri sendiri?? satu hal lagik.. pilih jalan yang salah.. sedangkan manusia sentiasa ada apa apa yang akan berlaku dia sendiri automatik otak akan bagi input jalan jalannya untuk keluar dari sesuatu hal.. yup salah fikir.. preppp masuk la jalan salah huhu.. Heran.. heran.. heran...
hakikat duniawi...
"Perempuan-perempuan jahat untuk lelaki-lelaki jahat, lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik, lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik pula..."
Surah an-Nur; ayat 26
salam...
bab hati ngan perasaan ni susah sikit. bagi perempuan, kalau ditinggalkan orang yang dicintai, kiranya masa depan dah musnah. ntahlah. komplekslah perempuan ni. harapnya saya tak jadi begini.
http://pkrpasdap.blogspot.com
jangan salahkan orang..salahkan diri sendiri...
Assalamualaikum abg mazidul,
saya nak bg link tentang blog rakyat indonesia yang mengutuk malaysia. harap org lain juga dapat tgk blog ini dan sama2 lah kita flag blog ini kerana ianya boleh membawa kpd pergaduhan rakyat malaysia dan indonesia.
http://id-top.blogspot.com/
http://www.malingsia.com/
terima kasih.
"patah tumbuh hilang berganti" tapi yg berganti mana mungkin akan sama dgn yg hilang..
apapun sesuatu musibah itu berlaku akan ade hikmahnyer cuma kita sedar atau lupa,rela atau redha dan positif atau negatif :)
En.Mazidul,
Bila semuanya diserahkan kepada lelaki,jiwa dan raga mungkin juga kehormatan diri diberikan pada yang dicintainya,akhirnya begitulah jadinya..
Perlalu terlalu ikutkan perasaan. Lelaki bukan tak ada tapi perempuan lebih beremosi.
Kita dikurniakan akal, bukan sekadar otak seperti haiwan.
Berubahkah keadaan jika 10 gallons arak diteguk?
Dapatkah kita putarkan masa supaya kita tidak lagi sedih?
Satu pun tidak.
Life is too short... why make it shorter?
Senyum-senyum selalu.
Mungkin terlalu kecewa kerana apa yang sepatutnya dipertahankan selama ini telah diserahkan...dan setelah itu ditinggalkan dengan janji manis sahaja...
janji ingat pegangan dan ajaran agama..
kelak hidup terpelihara..
adat terjunjung nama...!
patah tumbuh hilang berganti...itu kalau tumbuh yg baru bergantilah..kalau tk tumbuh2 jgk..mcm tulah jadiknya bro...yg penting akal dan nafsu sendiri yg patut dikawal..bila tk terkawal gitulah jadiknya...dh besar panjang..gunakanlah akal waras yg ada tu utk ke arah kebaikan...jgn lah dok gunakan akal utk ke arah yg salah pulak...okeylah..lu fikirlah sendiri erk :P
tension? stress?? marah?? sakit hati?? xde ubat ke semua ni?
islam itu cukup indah... cukup berkesan untuk ubati masalah dalaman seperti ni??? solat 5 waktu, solat sunat, al-quran.... semua nye cukup indah.. tetapi kenapa arak yang pahit, masam dan busuk lagi hina di pilih??
hurm... susah kalau hati dah sayang...
cakap apa pun tak guna...
saya sokong kekutu..
vote for kekutu!!!
Apa yang diajar bonda ayahanda sejak kecil? Apa yang diajar guru di sekolah / sekolah agama / pusat tuisyen / maktab / kolej / universiti? Apa yang sepatutnya muslim / muslimah buat di dunia?
Apa hala tuju dunia? Ke mana kita selepas dunia? eee..ngeri la saya..ampunilah dosa ku dan saudara-saudara seagama islam dengan ku..
terlepas didikan..ketabahan...
Catat Ulasan