Ruang Iklan Zone A

Rabu, Mac 11, 2009

Memilih Kerja

Tempias kemelut ekonomi dunia mula dirasai di negara kita. Saya menerima banyak aduan berhubung kes pekerja dibuang, tidak dibayar gaji dan diarah bercuti.

Pada masa sama, masih ramai antara warga kita dikatakan memilih kerja dan sanggup menganggur.

Soalan saya …

Jika anda graduan, sanggupkah bekerja dan menerima gaji RM1200 sebulan?

29 komen:

ahmad berkata...

makan+minyak+motor+sewa rumah+parking+bil2+kesihatan+sedikit keselesaan-(shopping+bagi mak ayah+simpanan untuk kahwin+cukai+insuran+investment+saving utk ms depan)=kurang2 rm1500 ..

tight tu..
saya nak kahwin,bang!
stakat hidup solo buat apa.

tak cukup 2..
kalau duduk kat kampung kijal, terengganu blh r..

kalau motor tak meragam,
tuan rumah tak naikkan sewa,
minyak turun harga,
barang turun harga,
mungkin ok kot..

org mcm sy kena bwk kete.
at least kete kecik..
sy lelah+resdung teruk..
gi klinik kurang2 rm 80 mesti kena punya..
baik dok rumah, amek upah menaip:-)

AnDeH berkata...

Salam,
Saya merupakan bekas graduan jurusan pentadbiran pernigaan (kepujian) Perbankan Islam. Sejak bergraduasi sekitar mei 2008 pelbagai jawatan di sektor perbankan telah cuba diterokai samada dalam bidang convensional mahupun sistem kewangan islam sendiri.
Namun, benar telahan ekonomi yang berpunca daripada krisis sub prima di US menyebabkan sektor PerbankaN adalah antara tempias yang mendapat kutukan hebat oleh 'sumpahan' kegawatan ini.
Justeru, saya bertindak untuk merebut segala peluang yang masih ada walaupun untuk tempoh perkhidmatan yang singkat sementara menunggu pemulihan ekonomi yang dijangka lebih baik menjelang 2010 nanti. Guru sandaran (GSTT) merupakan peluang yang berjaya saya rebut saat ini dengan menjadi guru mata pelajaran Science & ICT.
Selain peluang "pengalaman" yang menjadi faktor utama graduan diketepikan oleh majikan ketika ini; faktor peningkatan kemahiran, menambah pengetahuan dan lain-lain mampu memberi nilai tambah pada diri saya untuk menceburkan diri dalam bidang yang saya minati selepas ini.
Wallahu a'lam.

-Andeh-

Jake's Daughter berkata...

Sanggup..dan saya pernah bekerja dengan gaji sebanyak itu ketika mula2 bekerja selepas tamat pengajian...

cute berkata...

Salam, En mazidul

Kata orang daripada takde,lebih baik ada..kan.
Tapi dah jd graduan, gaji RM1200 tak berbaloi lah dengan apa yang sepatutnya dia dapat.
Sekiranya graduan memilih pengalaman sebagai perkara utama,mungkin dia akan menerima pekerjaan walaupun bergaji RM1200 sebulan..

eZaN berkata...

salam...

disebabkan keadaan ekonomi sekarang ni..saya sanggup bekerja walau gaji sedikit cuma..janji ada duit utk mkn..

@cu SaYaNg berkata...

acu mula berkerja dulu dgn gaji 1200...Alhamdulillah skrg nie dah melebihi dah...keje je dulu.yg penting pengalaman.lps dh ada pengalaman baru le leh demand gaji..

cengko berkata...

mula2 keje tahun 1998 dulu gaji cuma rm1080 je... tapi bersyukur sebab dah dapat keje...

lama2 naik la gaji tu... berkat kesabaran & ketekunan... insya-allah

Hafis HBD berkata...


saya masih menuntun di institusi swasta. bagi pendapat saya, RM1200 cukup bagi permulaan. bukankah gaji itu saban tahun akan meningkat sedikit demi sedikit?
tapi kalu duduk dikampung, mmg cukup sangat,tp klu dibandar rasenya tdk cukup...

Hafis HBD berkata...


abg ipar saye, dicutikan bkerja,
beliau mmberitahu kpd saye, majikn lebih gemar mgambil pkerja asing bbnding pekerja tempatan kerana pekerja asing gaji kecil sudah memadai. pekerja tempatan tlalu demand....

cute berkata...

erm.. kalau soalan tu diajukan pada cute, cute akan buat keje seperti gaji RM1200 juga.. huhuhu
not more than that.

cute berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zaidi Al-Kashafi berkata...

Jika saya graduan, saya sanggup bekerja dan menerima gaji RM1,200 sebulan. Malah saya pernah bekerja dengan gaji RM400 sebulan selama setahun selepas saya graduasi. Jangan memilih sangat kerja ni.

i'M yORkE berkata...

tgk keadaan gak ar..kalau kat kelantan,rm1200 memang lebih dari cukup ar..tambah-tambah hidup single lagi ni..hahaha

Framestone berkata...

isu ini yang bakal saya jadikan as projek paper untuk di present hujung tahun nie di inetrnational conference

http://belibuy.blogspot.com/2009/03/my-project-paper-for-international.html

doa2kan ye bro

hysMan.. berkata...

kalu gaji berupa tu kat jb,kawe SANGGUP..
key'el tak tau ler........
itupon kalu bg yg boros nehi tak cukup ler....

X-PO berkata...

kalau nk ikutkan, mmg xsggup..yela, skrg kn sume bnda2 mahal sumenya..ssh nk tgung hdup keluarga.lg2 yg bru nk kawin..arap2, nnt dpt la kerja sbg ckgu nnt..hehe

Mr.eEJat berkata...

emm..saya akan berkerja dahulu walaupun gaji yg ditawarkan tidak sebeberapa..mana tau selepas bekerja kita kan dapat peluang gaji yg lebih tinggi...??

MAZEMIE MAZ berkata...

kenapa tak terima? drp terus menganggur...

jijahberkata berkata...

yupp.. sanggup.. asal ade kije sndri dan tak mintak dari ibu ayah lagi. Bagi saye dapat kan dulu pengalaman masa bkerja sebab pengalaman tak boleh dibeli dengan wang ringgit rite? -bakal graduan gak ni huhu..

Nan_travolta berkata...

Pendapat saya,sy sanggup..sebab sy pn graduan jugak..Gaji pn lebih kurang macam tue..Daripada menganggur xda keje sebaiknya bekerja dan dari situ kita dapat simpan sedikit duit dan dapat menampung perbelanjaan.

H.E.H berkata...

kalau saya, saya sanggup dan menerima gaji sebanyak itu kerana daripada tiada langsung baik ada sikit

fiza berkata...

sy graduan yg x sampai setahun bergraduat..kepujian kelas pertama dari u tempatan.sy skrg bekerja utk gaji yg kurang dari RM1000 sebulan slps ditolak epf.saya tdk pernah bekerja sblm ini jd ini merupakan pengalaman yg sy rasa patut ada pada sy utk ke peringkat seterusnya.
tinggal di KL yg serba mahal tapi sy masih mampu membayar sewa,bagi sikit kat mak dan byr ptptn.
Alhamdulillah,sy akan berhenti dlm masa terdekat utk menyertai sektor kerajaan..penantian sy dah berakhir untuk kerja yg lebih baik.
so pada sy ada juga graduan yg sanggup bekerja walau gaji kecik utk pengalaman dan kelangsungan hidup..

si nakal andi berkata...

TAK SANGGUPPPPP...

awz berkata...

SANGGUP.dan itu yg saya lakukan slps tamat belajar, sy grad bln 12 thn 2004, bekerja ape saje yg dpt ketika itu. 2 bln bekerja sbg cashier di kedai serbaneka dgn gaji sebulan rm600. bln ke-3 alhamdllah dpt kerja yg sesuai dgn kelulusan saya, walaupun gaji yg ditawarkan ketika itu hanya rm1000 (blom di tolak epf+socso)
namun demi sebuah pengalaman, saya terima. dgn duit sebyk itu, dan tggl dikawasan USJ, dpt juga sy membayar sewa bilik, beri 100 pd mak di kg, bli sebuah motor utk kegunaan harian dan bayar PTPTN. Alhamdllah, saban tahun gaji sy meningkat sesuai dgn kemahiran, dan kini setelah 4 thn, saya masih ditempat yg sama dan semestinya dgn gaji 3 kali ganda dari pertama kali saya menjejakkan kaki ke ofis ini.

tajudin berkata...

gaji sikit tak pe, tapi "bunyi" jawatan mesti mau besar. jawatan Pengarah Urusan tapi gaji cuma RM900 sebulan -- jual burger -- sepupu saya tu...

niena kierana berkata...

salam,

sanggup.. kalau itulah pilihan yang ada daripada takde kerja langsung. semasa lepasan diploma 05 dulu, saya tak de kerja yang bersesuaian dgn dip kat tempat saya (Labuan), kerja bahagian media massa agak susah sikit nak dapat kat sana.. sebb hanya ada Labuan fm.

so saya kerja kat kedai emas. dapatlah 350 sebulan..ikutkan hati mmg tak cukup.. nak2 lagi jiwa remaja nak berbelanja.. tapi kenalah terima..

now saya masih menuntut kat Usm penang.. insyallah hujung tahun ni tamat.. sudah semestinya keadaan ini yang mengganggu fikiran saya.

tapi saya tak kan teragak2 menerima apa jua kerja walaupun gajinya kurang dari selayaknya saya dapat..

contohnya ada didepan mata saya, bf saya juga bersusah payah dahulu mencari kerja yang sesuai dan akhirnya sekarang dia boleh berbangga dengan jawatan yang diterima dan setimpal dengan ijazah yang dimiliki..

kerana semua insan mahukan yang terbaik tuk diri juga keluarga..
SABAR itu tiang segala kejayaan masa hadapan kita..

peace =)

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Bagi saya tiada rotan akar berguna. Jika berusaha, akar mampu menjadi rotan akhirnya.

Jangan sesekali putus semangat memperbaiki kehidupan. When there is a will, there is a way, InsyAllah.

cahaya_kehidupan berkata...

bro..sy penah keje ngan haji RM800 sbln jerk. blum tolak epf n socso lagik tu..still bleh mkn lg..yg penting blaja susah dulu baru senang kemudian. pastu belajar membahagi-bahagikan duit tu...control nafsu membeli..heheh..insyaAllah..bleh idup ngan RM1200 utk zaman skrg...jgn terlampau ikut org lain yg berbelanja mewah...beli ikut kemampuan dan keperluan sahaja...zaman moden mcm mn pun, tk semestinya serba serbi nk moden...itu semua boleh diatur...pakai selagi ape yg boleh dipakai...hehehe...bleh terima tk bro...

xillix axillixa berkata...

saya: tak sanggup... tolak upah jaga anak... makan minum... tak baloi...