Ruang Iklan Zone A

Sabtu, Februari 07, 2009

Hangit Menusuk Hidung

Pagi tadi krew 360 ke Pusat Kurungan Haiwan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, DBKL di Setapak.

Terperanjat, lebih 150 pencinta haiwan berkumpul di kawasan sama membantah secara aman pembunuhan haiwan secara kejam didakwa dilakukan kontraktor dilantik DBKL sepertimana dipaparkan 360 dalam siaran 4 Februari 2009. Saksikan melalui tv3.com.my. Anjing didakwa dijerut leher manakala kucing dibenamkan ke dalam air dan dibelasah sehingga mati bukan dibunuh menggunakan kaedah suntikan.

Kurang 100 meter dari pusat terbabit, bangkai anjing dan kucing dimasukkan ke dalam lubang digali tanpa dikambus. Bau hangit menusuk hidung. Lebih memeranjatkan di kawasan itu terpacak papan tanda DBKL, ‘Dilarang membuang sampah, denda RM2000’.

Semua berada di lokasi mahu kegiatan di pusat terbabit dipantau lebih teliti pihak DBKL.

Bahan liputan bakal disiarkan 360 pada 11 Februari akan datang.

29 komen:

rainingheaven berkata...

ni masalh yang aku tak tau nak panggil dieowng ni MANUSIA ke BINATANG..BINATANG pun SAYANG anak die..korang ni berjiwa mengalahkan IBLIS..

Dj Epoi berkata...

Satu pembunuhan yang kejam!!!!!
Diamankah sifat2 dan perasaan sesama makluk sekian alam!!

Hidup dimuka bumi Allah ini ada hubung kaitnya ( Kitaran )
Baik haiwan! Baik Tumbuhan!

Saya mengecam!!! PEMBUNUHAN yang dijalankan!!!
Seperti tak bertamadun manusia sekarang!!!
Papan Tanda Wayang jer tuh!!

Pecinta Haiwan PANTAU Dbkl
Dbkl PANTAU kontraktor dilantik
360 PANTAU .....SEMUA...

SYABAS!! 360

AnnysS berkata...

masyallah, kejamnya.. kita nie Allah bagi tumpang aje kat bumi Dia. sampai hati ade jugak manusia yg sanggup buat mcm nie. haiwan tue semua tak ade mulut nak bercakap. diaorg nie semua sepatutnya dikenakan hukuman yang lebih teruk. Abg mazidul diaorg nie boleh tak dikenakan hukuman?

AnnysS berkata...

abg mazidul diaorg nie kalau dikenakan tindakan undang2 ke tak? sampai hati diaorg nie bukan manusia laa sanggup bunuh binatang yang tak boleh bercakap mcm tue.

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Ann, saya akan bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada selasa akan datang.

Dj, nanti jangan lupa tonton 360 next week, kita akan dedahkan semuanya. Ramai aweks cun datang bawak play cards dan banners. Semua tak puas hati. Saya berdiri tengah panas, rasa sejuk :)

AnnysS berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Dj Epoi berkata...

AnnysS

Orang ....Gempal...

Cepat Marah....
Cepat Sejuk...
hahahahhaha....

hazlin berkata...

Salam Sdr MAS,
amboi, sempat lagi nengok awek cun. nak tengok juga.

ni soalan lari dr tajuk.
pernah ke sdr MAS jengah ke blog pengulas pengulas yg datang ke blog ni? Kalau pernah, bagusla...

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Hazlin, semasa orang cuba mengenali saya, saya juga cuba mengenali orang :) Kalau tak, macamana tahu Mr. Right umur 29 tahun?

echah_syed berkata...

amboi en. mazidul mesti senyum smpi telinga bila dikelilingi aweks cun! :p

hazlin berkata...

Sdr MAS,
thank you. for your info saya "kenal" sdr masa mula-mula sdr menyertai TV3.. and still the same nowadays...:)

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Cikgu Hazlin, hopefully I will stay the same in the future :)

AnnysS berkata...

Dj Epoi ckp apa tak faham laa? boleh terangkan tak :)

jus call me ida.. berkata...

NI masalah orang atas tak buat pemantauan atau ditutup mata dan telinga nya

Sedingin Salju berkata...

Amboi, awat depa ni teruk sangat? Awat depa macam tu? Binatang pun sayang kat anak. Tak taulah apa nak jadi. Chek suka kucing.

ha encik, bolehkah tukaq waktu 360 tu? nak dengaq beritalah masa tu encik.

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Sedingin, Takkan sebab segelintir penonton nak tengok berita, kita kena tukar waktu siaran kut?

Sedingin Salju berkata...

haha, hanya cadangan semata-mata.

AnnysS berkata...

sedingin mudah aje online kan ade g aje kat tv3.com.my

Sedingin Salju berkata...

Ya tak ya jugaklah kan AnnysS? nantilah pi muat turun.

AnnysS berkata...

pandai pun sedingin sekarang dunia dah moden. kita kena gunakan kecanggihan teknologi utk menyenangkan kita. hehehe Sedingin salam perkenalan

Sedingin Salju berkata...

Ok AnnysS, salam perkenalan juga dari chek di Penang ni no?

H.E.H berkata...

Tuhan Maha Mengetahui.. Dan setiap perbuatan manusia akan ada balasan dariNya

H.E.H berkata...

Ok. Kita sama-sama saksikan

Dj Epoi berkata...

AnnysS...

Orang yang berbadan Besar selalunya...
Cepat Panas....!!!
TETAPI cepat sejuk dan tak simpan dalam hati!!! ( Macam Bro Zidul )
Macam Gua gak laaaaaa.......hahahah

Mazidul Akmal Sidik berkata...

360 siaran 11 Feb 09, fokus kekejaman terhadap binatang. Komen pelbagai pihak dirakamkan. Ada pihak goyah berikutan tayangan visual 360, siaran 4 Feb lalu :)

AnnysS berkata...

Dj Epoi ye ke. tapi kira hebat la Dj ngan Abg Zidul kita nie aktif walaupun gempal. hehehe bukan mengata nak bagi tau kebenaran aje. saya pun gemuk gak hehehe


Pihak yggoyah tue mesti kecut perut. mesti dia marah2 dlm hati hehe. padan muka dia baru dia tau.


Bro mmg layak laa jadi wartawan yg berkaitan dgn isu sbb kadang2 isu nie jd sensitif dan melibatkan pelbagai pihak. so sesuai laa dgn penampilan bro. kalau muka tak garang mana boleh nanti org pijak kepala kita pulak.

satu lagi yg sesuai utk mengelupas isu karam singh walia.

Jgn sangka gemuk tak berbaloi sbnarnya gemuk tue satu kelebihan hehehe. jgn marah membebel banyak sangat bro

@cu SaYaNg berkata...

mereka memang jahat...

Nurly Hamid berkata...

Mereka ni kejam!!! macam takde otak.. Haiwan pon perlukan kasih sayang dan perhatian. cuba kalau manusia diperlakukan sedemikian, apa perasaan mereka??? begitulah juga perasaan haiwan itu. sayangilah mereka!!! :)

ridduan berkata...

tahniah bro...bagi aku rancangan nie pun sebagai medium dakwah bil hal, sbgi petlover aku menentang seskeras nyer tindakan kotraktor DBKL ingatlah Allah maha berkuasa teringan kisah permpuan di azab kerana menyiksa binatang, tahniah bro..bertaubatlah wahai umat..sebelum mata terlelap..masa pndedahan tue..semua bangsa bersatu inilah perpaduan kaum yang kita sama2 kita cari...