Ruang Iklan Zone A

Rabu, Januari 28, 2009

Misi Membantu Masyarakat

Jangan lupa menyaksikan 360 malam ini jam 9 malam.

Kes kuari beroperasi tanpa lesen di Rawang, Selangor- selesai

Kes lori berat menjadikan lorong berhampiran kawasan perumahan di Klang, Selangor – selesai

Paparan terbaru ..

Masalah gerai milik Majlis Perbandaran Selayang di Selayang Indah dimonopoli warga asing.

Penduduk Taman Tun Sardon, Gelugur, Pulau Pinang dihimpit masalah air najis akibat sistem pembentungan tidak sempurna.

16 komen:

Nik Muhammad Hafiz berkata...

wahhh..banyak sungguh isu menarik hehehehe

amirul berkata...

Salam saudara,
Terima kasih keatas wujudnya rancangan 360. Serba sedikit dapat menyelesaikan masalah masyarakat. Ternyata sesetengah pihak mahu glamor dahulu baru selesaikan masalah masyarakat. Iyelah... masalah yang berlarutan selama beberapa tahun boleh diselesaikan secepat mungkin setelah masuk tv. Taniah sekali lagi keatas 360... teruskan usaha murni anda...

hazlin berkata...

kenapa bila 360 bongkar baru pihak "tertentu" ambil tindakan???
Kalau 360 buat dono je...amacam?

hysMan.. berkata...

kena tengok ni..
xleh mis.. :P

SAS berkata...

Tidak adil malah satu jenayah apabila warga asing boleh berniaga sesuka hati apabila peniaga-peniaga tempatan terpaksa membayar lesen, menghadiri kursus kesihatan dan mendapatan suntikan mencegah jangkitan penyakit jika mahu berniaga.Rajin atau pandai mencari kesempatan tidak boleh menghalalkan perbuatan yang salah.
Sepatutnya mereka warga asing mengisi kekosongan, bukan menjadi pesaing warga tempatan...

Framestone berkata...

isu yg terbaru di low yat mengenai warga asing berniaga bro xwat ke

H.E.H berkata...

Aduan rakyat disekat
Rungutan penduduk setempat
Datang 360 mengangkat
Tidak kira jauh atau dekat

Sifat mulia penuh berkat
Kerja ikhlas hati tekad

Bukan mengejar pangkat
Hanya satu niat hakikat
Untuk membantu masalah masyarakat

Dj Epoi berkata...

Shabas Bro & 360...

malam ni harus Gua nunggguuuuu!!!!

Tie berkata...

Tentang warga asing ni, mungkin kita sebagai rakyat sama2 kena bersuara lebih lantang.... supaya pihak yang berkuasa betul2 bingkas bangun dan bertindak.

Takut laa...kehadiran mereka ni bukan saja mengganggu keselamatan penduduk tempatan tetapi seperti mazidul tulis ni, telah menutup sebahagian dari periup nasi golongan peniaga kecil.... kesian gak mereka ni..

zeqzeq berkata...

PBT oh PBT yang terlepas pandang...PBT lagi

Sedingin Salju berkata...

Ha encik, nak tanya sat. Apa yang diertikan dengan 360 tu. yalah, apa maksud dia encik?

Dj Epoi berkata...

Bro Gua ....angin Gilak nih!!!!

Gua on jer TV tadi.....
Nak layan 360 tadik...
Tut...tut...tut...
Signere tak dapat daaaaaaaaaa!!!!

Gua harap pasnih Pihak A _ _ _ O
Buat lah sesuatu bila hujan!!!!!
Bayar doiiiit mahal 2
Tapi siaran..HAMPEH.COM.MY

Yang Kecewa
DJ EPOI

hazlin berkata...

alamak, yg last tu tak tengok la sebab dok layan anak betong... di tv9

amirul berkata...

salam saudara,
Waktu siaran 360 boleh ke diubah? Ini kerana, selalu miss... contohnya lewatkan sejam ke pe ke?

hysMan.. berkata...

lewat sejam ok gak..trus tgk ally kol 11..wawawawa.... :P

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Siaran 360 boleh disaksikan melalui tv3.com.my