Ruang Iklan Zone A

Isnin, Januari 19, 2009

Meet Uncle Hussain

“Dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke 23, kisah manis. Tapi saya nak tanya satu daripada kisah pahit?,” tanya saya.

“Masa dulu, susah, kami biasa makan nasi dua ringgit, tiap-tiap hari, itu jer bajet ada,” balas Lan, vokalis Meet Uncle Hussain pagi tadi dalam MHI.

Saya melihat mereka kumpulan Indi dianggotai anak muda ‘humble’, bijak merendah diri. Lagu mereka ‘Lagu Untukmu’ dipilih sebagai juara lagu 2008.

“Tapi sekarang, awak semua suka makan ikan bawal goreng Medan Selera di Kota Damansara, kan?,” soal saya lagi.

Mereka terkejut.

“Ha! Ha! Ha!,” semua tertawa.

Berkebetulan pemilik gerai ‘Bawal Power’ di lokasi terbabit, jiran saya.

23 komen:

Sedingin Salju berkata...

Encik, pada pandangan encik, adakah mereka tunduk dan merendah diri?

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Sedingin, tak jelas ke maksud merendah diri? Segelintir artis, bila dah dijemput ke MHI, kata datang tapi tak muncul.

KeBaYa BaTiK berkata...

Meet Uncle Hussin meet Mr. Mazidul!

Hmm.. congrats depa menang AJL mlm smlm.

Fireroll berkata...

bagus MUH....
kami sentiasa menyokong muzik indie.

Faizal berkata...

Macam mana anak tengok semula rakaman MHI untuk temuramah MUH ini?

Dj Epoi berkata...

Salam Tahniah buat Meet Uncle Hussain....
Korang memang layak ponk dinobatkan sebagai Juara...!!!!
Chayook.......

Dj Epoi - Brutal support LOCAL BAND!!

Hafis HBD berkata...

tahniah MUH

H.E.H berkata...

Indie band, evolusi muzik malaysia

SERIAL berkata...

wow meet uncle hussein!!!
tahniah2!!!
suke sgt u all menang!
love u all sangat2la....
I LOVE YOU!!!!!
encik mazidul pun saya suka, ;D
kem salam kat MUH!!
tau2..kem salam jgn lupa!

dEa berkata...

tahniah to meet Uncle Hussein..!
moga banyak lagi Indi Band akan dihargai!

echah_syed berkata...

slm..

baru dgr kat mhi pagi tadi tentang blog en mazidul..

mmg saya ni selalu ketinggalan flyte ekeke :p

@cu SaYaNg berkata...

Hussain...Hussain...Hussain...
Hussain...Hussain...Hussain...
Hussain...Hussain...Hussain...
Hussain...Hussain...Hussain...
Hussain...Hussain...Hussain...

Hussain Bravo!!!!

Framestone berkata...

ops meet uncle framestone pulak lepas nie

Zaidi Al-Kashafi berkata...

Inilah zaman kebangkitan semula irama muzik rock, tapi kini giliran rock indie pula. Kalau di tahun 1989 kumpulan Search dengan lagu Isabella, tahun 1990 kump. Mega dengan lagu Takdir dan Waktu. Tahun 2007 kump. rock indie Estranged dengan lagu Itu Kamu, lagu dan lirik juga ciptaan Taja & Tass.

Begitulah halnya dengan populariti irama-irama lain seperti pop etnik, dangdut, nasyid, balada, dan banyak lagi genre lagu.

IdzaRis berkata...

Enche Mazidul..
teman oghang peghok juger..teman suker beno nengok deme dalam MHI dan 360.
selamat berjaya!!

hysMan.. berkata...

congrats 4 MUH..
u'all mmg layak pon menang klu nk d bandingkan dgn 'superman' jadian..wawawa..
:P

iN berkata...

artis berkumpulan yg akan bakal mengangkat rentak muzik "bawah tanah" bukan sahaja di malaysia malah, insya allah ke peringkat lebih tinggi..

better mark them!

:)

hazlin berkata...

bila MUH perfom di AJL, memang dah agak MUH juara..
Congratulations!!!!!

cahaya_kehidupan berkata...

tahniah utk group MUH...aku sker korang menang huhuhu...

Nik Muhammad Hafiz berkata...

...mereka antara artis yang memang merendah diri...saya pernah shoot untuk dia org...saya tau...

KUDING-KUDING berkata...

tahniah.... dah jadi presiden amerika dah... heheheh

Shaffik berkata...

Memang bagus muzik indi ni. Mereka bergerak secara sendiri. Bila diAnugerahkan sebegini memang berbaloi..

jus call me ida.. berkata...

Tahniah MUH!
Semoga akan sentiasa menyelitkan nasihat2 dan kata2 yang bererti untuk diikuti oleh remaja2 zaman ini yang sgt perlukan haluan dan petunjuk!..Saya tak tahu la apa maksud indi2 ni...yang saya faham tak dipengaruhi dan ber'kepala' sendiri... tapi yang pasti semoga masih berada dalam lunas2 Islam dan dalam keimanan hingga ke nafas terakhir..