Ahad, November 09, 2008

Hukum Tembak

[ Gambar, ehsan BERNAMA ]

Pengebom Bali, Amrozi, 47, abangnya Mukhlas, 48 dan Imam Samudra, 38 tahun dijatuhi hukuman tembak sampai mati awal pagi tadi berhampiran Penjara Pulau Nusakambangan, Jawa Selatan, Indonesia. Mayat diterbangkan ke kampung halaman mereka di Jawa timur menggunakan helikopter, dilaporkan AFP.

Mahkamah selepas perbicaraan selama 5 tahun mendapati mereka bersalah mengakibatkan kematian 202 mangsa letupan di Bali pada tahun 2002, 160 warga asing termasuk 88 warga Australia dan 38 Indonesia.

Selepas hukuman dijalankan, lebih 3,500 polis Indonesia bersiap sedia mengawal di jalanraya memastikan keselamatan lebih terjamin, bimbang ada pihak melancarkan serangan.

Jemaah Islamiyyah menganggap mereka sebagai hero, ‘holy warriors’.

Perancang utama Pengeboman Bali, warga Malaysia, Noordin Mohammad Top masih bebas.

21 ulasan:

  1. Apa-apapun..ini bukan cara kita sebagai orang Islam.Kalau nak marahkan orang pergi nightclubs apa kat bali tu..pergilah marahkan kerajaan Indonesia yang membenarkan semua tu.Bila buat macam ni apakah rasanya perasaan mak bapak orang yang terbunuh yang tidak tahu apa-apa tentang Islam eh...

    BalasPadam
  2. kasihan juga aku tengok mereka.tapi memang dah lumrah,setiap perbuatan mesti ada balasannya,

    BalasPadam
  3. salam mazidul,tak tau nak komen apa..semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..sesungguhnya mahkamah dunia telah menghukum mereka..

    BalasPadam
  4. Ini membuat kan kita risau dengan keadaan dunia.

    Hari kiamat tiba bila lelaki jadi perempuan & perempuan jadi lelaki, yang baik jadi jahat dan yang jahat jadi baik...dll...

    politik lagi arghhh... heee...

    yang penting kita hepi..

    BalasPadam
  5. Wangi74, saya dah pergi ke Bali. Lokasi tu sekarang hanya tanah kosong dan penuh dengan kad ucapan takziah ..

    Miss Jaz, mereka juga telah menghukum orang ..

    BalasPadam
  6. Karma..

    Itu penjelasan bagi mereka saya rasa..!! Setiap perbuatan akan dibalas dengan perkara yang sama malah berlipat kali ganda..
    Saya menyanjung perjuangan mereka menegakkan agama Islam tetapi dengan menggunakan kekerasan?.. Saya sama sekali tidak setuju..!!

    "Dalam Islam tiada paksaan".. bukankah itu sudah sangat jelas?..

    Sekadar memberikan pandangan biasa..

    Salam dari si jahil..

    BalasPadam
  7. Kalau ikutkan memangla kesian kat diorang yang kene hukum bunuh tu tapi cara diorang(pengebom) tu salah.Islam terang terang tak suruh mencederakan(bunuh jauh sekali) orang KECUALI kalau nyawa kite terancam atau dia cube rosakkan ape ape kepentingan islam dengan cara kekerasan.Itupon atas name self defence,islam tidak menyerang tetapi hanya untuk self defence.Islam adalah agama yang sempurna yang mementingkan tolenransi,kasih sayang,respect,adil dan jauh sekali bersifat zalim.Walaupon mereka yang mati itu adalah kafir dan sebabnye dibom adalah kononnye untuk mencegah maksiat,caranye adalah salah sama sekali.Mereka telah bersikap zalim terhadap orang orang yang tidak langsung memberi grave threat pada islam atau individu.Walaupon kafir dimata pengebom,mereka tetap manusia dan islam tidak sama sekali menyuruh berlaku zalim sesame manusia tidak kirela kafir atau sesame islam.Ambil contoh nabi muhamad,bile berperang,musuh yang tak bersenjata tidak diapakan,tawanan perang dibebaskan.Hanya menyerang bile diserang atas name pertahankan diri.Disebabkan itulah,musuh sangat sangat menghormati nabi muhamad dan islam.

    Membenteras maksiat itu perlu tapi cara yang betol juga perlu.Sedikit sebanyak,cara pengebom ini telah memupuk dendam dan memburukkan islam dimata orang lain.Adakah ini yang islam mahukan?

    BalasPadam
  8. Islam bencikan kekerasan.. mengapa jalan itu yang mereka pilih??

    BalasPadam
  9. Menegakkan Islam, BAGUS.

    Tapi cara keganasan? SANGAT TIDAK BAGUS.

    Saya sangat tidak bersetuju kalau mereka kata apa yg mereka buat adalah jihad.
    That was sooo not jihad I think.
    Membunuh orang-orang yg tidak bersalah.
    Walaupun mereka bukan Islam, mereka tidak patut dibunuh.
    Entah la.
    Hukuman dunia dah dijalankan.
    Hukuman akhirat, hanya Allah yg Maha Mengetahui.

    BalasPadam
  10. ulama telah menyatakan mereka bukan mati syahid, kalau nak mati syahid berjuanglah di medan perang. masa perang di afghanistan atau iraq ada volunteers dari indonkan, kenapa mereka tak join? Nak menunjukkan rasa marah atau tak puashati bukanlah dengan kekerasan, mungkin lebih ramai lagi yang mengikut mereka selepas ini. Nauzubillah.

    BalasPadam
  11. persoalan untuk saudara mazidul, agaknya untuk melakukan perbuatan seperti itu, adakah semua orang boleh lakukan? bagi saya, orang yang melakukan sudah tentu cukup ilmu dan pengetahuannya tentang apa yang dilakukannya, tentang betul atau salah tindakannya. pelik bila kita sebagai umat Islam menyanggah perbuatan orang yang berjuang mempertahankan agama dengan cara begini, mengebom pengunjung "BAR" yang terang2ngan merupakan punca kemaksiatan. namun, bila ribuan umat Islam yang ditindas dibunuh setiap hari oleh rejim yahudi, kafir laknatullah, siapa pula yang berani bersuara? berani bertindak. seolah2 kita tidak menunaikan solat dan kita menghalang pula orang melakukan solat. mencegah kemungkaran paling utama dengan kekuasaan, kedua dengan lidah, dan selemah-lemah iman ialah hanya dengan hati. agaknya kita di mana? bagaimana pula pihak yang berkuasa? yang sepatutnya mampu mencegah dengan kuasa tetapi tidak menggunakan kuasa yang ada... Islam itu memang satu agama yang Syumul, Toleransi, dan bersifat kasih sayang, tapi Islam tak mengajar kita untuk menjadi seorang pengecut bila saudara sesama agam kita ditindas...
    maaf atas percakapan saya, sekiranya meninggung mana2 pihak. ini isi hati saya. pandangan saya. jika terkasar bahasa harap dimaafkan...
    MINTA WASIAT KEPADA YANG TUA
    MINTA PETUA KEPADA YANG ALIM
    MINTA AKAL KEPADA YANG CERDIK
    MINTA BERANI KEPADA HULUBALANG
    MINTA DAULAT KEPADA RAJA
    assalamualaikum...

    BalasPadam
  12. Kenapa ketua ketua mereka sendiri tidak melakukan apa yang disarankan oleh mulutnya kalau ianya suatu yang mulia?

    Ini seperti episod dalam sejarah pembunuh upahan di mana perkataan perancis "Assasin" mula terbit. Era Hasan Ibni Sabbah..

    Ha, pergilah sendiri menjadi pengebom berani mati atau melakukannya sendiri! Kenapa perlu merekrut orang lain misalnya?

    BalasPadam
  13. Kite sebagai saudara islam ingin menolong dan telah pon berbuat ape yang dirasekan patut.Macam kes israel tu,bukannye negara negara islam ni takde buat mende.Dah puas bincang,buat perjanjian damai la itu ini.Tapi tetap jugak dilanggarnye israel.Kite still jugak nak amik langkah perikemanusiaan supaye kalau boley tak berlaku perang dan kekalkan keharmonian antara negara yang tak bergolak.Yang pentingnye sekutu kuat israel ni(Amerika) yang patut dibasuh dulu sebab dialah yang lindung israel ni.

    Tu satu hal,orang islam ngan islam seniri pon bergolak.camnela orang lain nak tolong.Puak syiah and sunah saling membunuh sesame seniri.islam ape macam tu?Israel pon amik la kesempatan atas kelemahan dalaman orang islam seniri,gelak je diorang tengok.Sebab tu nabi muhamad pernah cakap,janganlah kamu berpuak puak,bersatu kite teguh,bercerai kite roboh.Sejarah pon dah ajar,kaum muhajirin dan ansar bersatu,barula jadik kuat.Nabi muhamad musti sedey je tengok,apela nak jadik dengan umat dia ni,hancur.Sebab tu nabi pernah cakap,bende yang dia paling takut selepas dia wafat ialah ulamak.tulah contoh yang nyate kat dunia sekarang,kononnye ulamak yang suke membuat undang undang dan pemikiran sendiri.

    Islam melarang keras sama sekali berlaku zalim sesame manusia.sedangkan zalim dengan haiwan pon bedosa apelagi ngan manusia?Pasal kes bom kat bali tu,mereka kafir and aktiviti clubbing tu adalah bende yang biase pade mereka.so they are innocent peoples and biarla mereka asalkan mereka tak ganggu masyarakat islam.Semua tu boley dibendung ngan cara rasional.Cube bayangkanla kalau ade pelampau kafir pulak,diorang pulak pi bom masjid ke or mane mane tempat orang islam atas alasan mereka tak suke islam.Ape pulak yang kite rase and fikir?Musti kite pikir ish jahatnye si kafir ni,pastu musti dendam nak balas balik.So macam tula yang diorang anggap kat islam ni.It never ends kalau camni.

    Dalam bab bali bombing ni actually menunjukkan niatnye kearah kebaikan tapi care yang salah sama sekali.Tiade paksaan dan kekerasan dalam islam.Enmity will create more enmity.Kalau semua islam bersikap kononnye nak "cleanse this world from sins",jawabnye tak amanla dunia ni.ntah ntah berape banyak ntah bar yang kene bom kat KL tu,riot senegara.semua orang takot nak keluar sebab kene bunuh,semua dipupuk hatred dalam hati.As long as we know each other places and hormat each other,tiada masalah dalam hal camni.Sekadar pendapat saje,biasela lain pendapat.saya mintak maaf kalau keterlaluan...

    BalasPadam
  14. berani mati apabila mengikut arahan ketua?! betulkah?! adakah dikira mati syahid?!
    rasanya tidak kan, tapi itu urusan Tuhan Yang Maha Esa.
    ketuanya masih belum ditangkap, dan ulama negara repblik itu menganggap kematian mereka bukan mati syahid..

    BalasPadam
  15. Salam...

    Persoalannya sekarang. Adakah benar mereka pengebom atau hanya ingin menutup kes.???

    Pejuang Islam ada had kesabarannya.
    Takkan semua nak berunding. Kita tak tahu cerita sebenar jadi jangan nak banyak menuduh sbb nanti jadi fitnah.

    Bagaimana pula perang di Afganistan, Iraq, Somalia, Bosnia.
    Orang Islam tidak bersenjata di tembak, di rogol, di bunuh dan di perlakukan seperti anjing.
    Bayangkan jika mereka anak kita, ibu kita, kakak kita, bapa kita...
    Ibu di rogol depan mata, bapa di tembak, anak di gantung...
    BAYANGKAN...

    Apa yang kita buat untuk membantu???
    Pasal mahal pun, "kita akan hantar pengaman bila perang dah habis".....
    Itu saja sedangkan penduduk bukannya mahukan pengaman ketika mereka di rogol atau di bunuh... mereka perlukan perjuang....

    Jadi di sini, jangan pertikaikan apa yang di buat oleh pejuang, tetapi pap yang kita buat untuk membantu berjuang...

    Islam itu bersaudara...

    Fikirkanlah...

    BalasPadam
  16. kalau kita mengikut jejak orang2 kafir melakukan kekerasan, maka tiada bezanya antara kita dan mereka.. selalunya yang lebih ramai mati dalam serangan berani mati ini adalah kanak2 yang tidak berdosa...

    BalasPadam
  17. saudari nurdaniella.... memang Islam tak mengajar kekerasan, tapi harus diingat dalam keadaan-keadaan tertentu kekerasan adalah WAJIB. seumpama membunuh, hukumannya juga bunuh. Kalau benar semua perkara perlu diatasi dengan kelembutan, maka takdelah pulak yang dikatakan syahid. Nabi S.A.W sendiri mengetuai sahabat lain untuk berperang menentang kafir laknatullah. Bile berkeras, orang kata kita pelampau. sedar atau tak, sikap begini yang membuatkan kafir laknatullah berani menyerang umat Islam. rogol, bunuh, dan seksa mainan mereka. bersalahkah orang yang mereka bunuh itu?

    BalasPadam
  18. Pengeboman di Bali.

    Jika kita buat undian di kalangan umat Islam saya yakin pasti majoriti dari kita menolak kekerasan pun kekejaman yang dilakukan oleh pejuang Jemaah Islamiyyah ini. Tetapi buat kata AnakMelayu membunuh, hukumannya juga bunuh. Tentunya itu yang mahu dicetuskan oleh kumpulan Jemaah Islamiyyah.

    Samalah jika kita ini suami atau isteri orang yang berzina, apakah hak kita untuk hidup di dunia ini. Jelas hukum zina rejam sampai mati, bunuh juga: apakah perundangan Islam itu kejam. Telah terlalu ramai bangkai bernyawa di dunia ini lantaran kita tidak menjalankan hukum Islam secara syumul atau menyeluruh. Kerajaan di mana-mana negara yang mengganggap maksiat itu perkara remeh malahan dilindungi lagi; seharusnya kena sedar akan bala & musibah yang bakal menimpa.

    Kenapa terjadi di Bali bukan di negara kita, bukan juga di Siam (?). Impak perundangan atau amalan agama sesebuah negara tentunya menjadikan tragedi begini tercetus sementelah ada golongan yang telah tidak berdaya lagi menahan diri melihat maksiat ini terjadi. (Mungkin)

    Saya menganggap ini adalah bala yang dicetuskan oleh ketidak mampuannya kita mengamalkan Islam yang sebenar. Ad-Din. Bala yang diturunkan Allah Azzawajalla sesungguhnya tidak mengenal siapa.

    Jemaah Islamiyyah sekadar mencetuskannya & menerima hukuman setimpal. Mangsa terkorban sememang menjadikan kita simpati lantaran mereka semua bukan orang yang berdosa. Kesan serangan ini buat kata Sdr Mazidul hanya tinggal tanah kosong.

    Bila kita menungkan sendirian "Siapa" agaknya yang perlu dipersalahkan. Jemaah Islamiyyah & pemimpin sememangnya lah sahih diwartakan bersalah. Sebaliknya?, punca angkaranya?. Asal kejadian tercetus pengeboman ini kenapa?. (?) terlalu banyak persoalan yang perlu kita selesaikan jika mahukan peristiwa tragis ini tidak berulang lagi.

    Yang pasti kita sebagai umat Islam sentiasalah mendekatkan diri dengan Dia Nan Esa, agar kita mendapat perlindungan & hidayahnya.

    BalasPadam
  19. salam semua....tergerak untuk bagi ulasan jgk sbb sy bca mcm2 ulasan kt dalam ni..betul..rudingan perlu dan teramat perlu dalam situasi yang melibatkan perang dan senjata. skrg kita lihat semula kronologi persengketaan yang melibatkan umat Islam...selatan Thai, Bosnia, Afghanistan, Iraq,(sekadar menyebut beberapa kes, namun rentetennya msih pnjag u disebut), adakah tiada rundingan di lakukan dlm semua situasi ini..umat islam bergantung kepada Barat sebagai pakar runding penyelesaian masalah ini yang secara terangan si pakar runding ini juga penindas dan anti-Islam. saya puji sikap untuk berunding tapi bertahun rundingan dilakukan satu jalan penyelesaian pn masih kabur dan sy x salahkan anggota JI jika dia guna cara kekerasan sebagai jalan TERAKHIR menyedarkan dunia tentang kezaliman kafir.cuba fikir kenapa ada yg berani jadi pengebom berani mati...sbb mereka tiada pilihan...senjata yg terhad, suara menuntut keadilan x dipedulikan, penindasan yang berterusan, semua itu menyebabkan mereka memilih JALAN TERAKHIR SEBAGAI PENGEBOM BERANI MATI. ini semua kerana mereka TIADA PILIHAN.
    saya pernah berbicara dengan seorang rakyat selatan Thai, katanya mereka sudah tidak percaya lagi dengan rundingan kerajaan. Kerajaan Thai anti-Islam dan mereka sudah tiada pilihan selain PENGEBOMAN BERANI MATI untuk menekan pihak kerajaan. itu yang berlegar di fikiran mereka. kita bukan dalam situasi mereka jadi jangan menghukum mereka salah atau betul.Penghakiman hanya terletak di tangan YANG MAHA ADIL.Kebanyakan yang menjadi pengebom berani mati terutama di Iraq dan Afghanistan adlah mereka yang menjadi pejuang kepada pembebasan tanah air mereka. penggunaan kaedah peperangan biasa hanya menyebabkan mereka kalah dalam peperangan kerana tingkat teknologi senjata perang yang jauh bezanya, cara berani mati dilihat lebih berkesan dalam menekan pihak barat berbanding cara biasa, dan itu jalan yang mereka pilih kerana itu jalan terakhir yg masih ada.

    UNTUK LEBIH PENJELASAN CUBA TELITI KRONOLOGI SEMUA KES YANG ANDA SEMUA SEBUTKAN......ADAKAH MASIH ADA HARAPAN UNTUK RUNDINGAN PADA PALESTIN YANG LEBIH ENAM DEKAD BERUNDING TAPI MAKIN RAMAI YANG MATI DISEKSA?.....


    SEKADAR ULASAN...TIADA KAITAN ANTARA YANG HIDUP ATAU MATI

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.