Ruang Iklan Zone A

Ahad, September 21, 2008

Asam Boi Mengundang Maut

Lelaki berusia 20 tahun maut ditikam abangnya sendiri gara-gara mempertahankan tindakan adik berusia 3 tahun memakan asam boi kepunyaan kakaknya berusia 14 tahun.

Mangsa cedera parah di rusuk kiri dikejarkan ke klinik namun meninggal dalam perjalanan.

Kejadian berlaku di Kampung Paya, Layang Layang, Kluang, Johor 9 pagi semalam.

Suspek berusia 24 tahun ditahan polis dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sukar saya membayangkan kesedihan merundung keluarga terbabit kehilangan anak 9 hari sebelum umat Islam merayakan Aidilfitri.

14 komen:

raudhah berkata...

di mana letaknya akal yg dikurniakn Allah?dgn adik sndri pun berkira..smpai berbunuh-brbunuhan..

Tie berkata...

Laa...kenapa pula boleh jadi begitu..Takkan marah sampai bunuh2 ni..Mesti ada kes lain agaknya..

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Raudhah, kekadang api kemarahan sukar dipadamkan biarpun masalah timbul berbentuk trivial. Wartawan 360 di Johor akan membuat liputan dan bakal dipaparkan dalam siaran 360 17 September ini. Jangan lupakan saksikan ..

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Tie, pelik tapi benar. Kes itu berlaku.

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Ops! BUKAN 17 Sept, 24 Sept. Selalunya saya terlewat .. maaf

raudhah berkata...

owh..ni mst tgk ni..

Nik berkata...

mak aihhh...sia sia jer...kesiannyer...tapi betul kata abg mazidul..kengkadang..api kemarahan tuh boleh membuatkan kita lupa sebentar atau membuatkan kita mengambil tindakan atau berkata kata benda yang tidak sepatutnyer...

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Nik, bila marah manusia seringkali melatah. Bila melatah, tindakan jadi tidak terkawal. Bila tidak terkawal, apa sahaja boleh belaku.

mamafaris berkata...

macam cerita batu belah batu bertangkup.. gara2 telur tembakul..

Mazidul Akmal Sidik berkata...

mamaFaris, kata orang sejarahkan berulang, cuma versi berbeza, motif tetap sama .. Selamat Hari Raya kepada semua.

azlin hashim berkata...

Bdk usia 3 thun apa lah yg dia tahu... belikan je lah yg lain..
Berbaloikah asam boi sebiji kalau nyawa adik sendiri melayang?

alahai..sbgai abang & kakak, kita kenalh jd pelindung pd adik2..
pelikkan? kdg2 kita lebih pentingkan kwn2 @ org luar dari keluarga sendiri...

Dunia...dunia..

AL-FATIHAH untuk arwah..

blog BeliBuy berkata...

perbalahan antara adik beradik sejak dulu pernah berlaku..

p/s- cuba hayati perbalahan anak Nabi Adam sehingga terjadinya sejarah pertama manusia di kebumikan

Nik berkata...

betul tuh bang..bila tak terkawal...macam macam boleh jadik... tetap saya terkilan dengan berita nieh...

arryani berkata...

Agak masa dia tikam tu....tak terfikir ke....Sadis betul. Dia ada problem sbnarnye. Dia tak dpt kawal kemarahan. Ni tahap kritikal.Membahayakan kslamatan org lain. Org mcm ni perlukan bantuan. Senang criter masaalah gagal kawal emosi..